Buku setebal 3 inci (lebih kurang la). Warna kuning. Buka sahaja, dah pening kepala. Memang memeningkan, himpunan teori-teori berkaitan dengan nombor dan ayat. Tapi sebenarnya aku pening dari semalam. Tidur terlebih masa, dari lepas isyak sampai 15 minit sebelum Subuh habis. Musim luruh, faham-fahamlah, malamnya panjang, maka tidur pun panjang dari biasa. Kesannya, aku pening.
Berbalik kepada quote si Mang ni...
Aku pulang dari tingkat 1 perpustakaan yang dikatakan seram oleh aku pada entri lepas. Aku gagahkan juga, demi kertas Matematik Gunaan (Applied Math). Nama macam selekeh sahaja, tapi...ini digunakan untuk menyukat kadar air garam yang lalu dalam air, lantunan spring oleh kereta dan aliran elektrik dalam litar.
Aku pulang dari tingkat 1, aku sambung semula di 'coffee house' area asrama budak-budak ini. 'Coffee house' ini port sesuai untuk 'dating' sebab biasa aku tengok pasangan Korea berdua-duaan masuk ke sini. Tapi Pak Nab, Naim bawa buku setebal 3 inci dan memerah kepala macam mana nak menyelesaikan soalan demi soalan. Kalau aku rakam gaya mereka, aku pun tak mahu join....tapi seronok belajar di sini. Angin baru katakan...
Aku pergi bilik Mang, mana tahu ada apa-apa dia nak sampaikan kepada aku. Tapi Mang tanya soalan lazim kalau nak menjelang kertas Math ini.
Mang: Kau dah habis ke?
Aku: Aku start pagi tadi, terus menerus sampai sekarang.
Mang: Ooo, baguslah tu. Aku turun naik. Macam inilah.
AKu: Macam graf Sine la, turun naik. Turun naik...
Mang: Tak juga. Sine lain. Start dia zero, ending pun zero.
Aku: Habis itu?
Mang: Grad Cosine la. Mula-mula dah 1, semangat sikit. Last sekali pun satu, ambil exam pun semangat sikit.
Aku: Mmm...kau memang terbaik. Apa-apa la Mang.
Aku berlalu keluar, pakai stoking dan pulang.
Lawak. Kepala 2 manusia dah penuh dengan rupa graf Cosine dan Sine. Tepu.
Tapi, kenapa tak seperti graf Tangen? dari infiniti negatif ke infiniti positif. Kan bagus?
Jumaat, Oktober 31, 2008
Selasa, Oktober 28, 2008
A Moment to Remember.
난 먼지가 좋아.
먼지를 짖어 벗으면 경험해.
슬픔은 모든 말이야?
이렇게...
더 버리면 돼.
불, 불 있나?
사랑도 돈도 이 담배 같은 거지.
이 쓰면 뭐하라?
불이 없니.
불 없이 사랑을 피울 수 있나?
담배...
버리지 버려 버려...
버려 버려 버려...
슬픔도 이렇게...
이렇게
I like dust
When it's all over me,
Its feels good,
When the sadness is all over me,
I can just...
Just dust to off.
Light...got a light?
Love and money are like this cigarettes.
What's the use without a light?
Can you love without light?
Cigarettes...
I'll just chuck it away.
Chuck it, chuck it.
Same with your sadness...
Terima kasih kepada Jihad Jamarei kerana promosikan filem ini kepada aku. Filem romantis, seperti filem Hollywood; The Notebook. Bagaimana kalau orang yang kita sayangi lupa nama sendiri dan ucapkan nama orang lain pada diri kita tapi katakan "I Love You" pada kamu.
Haha. Itu 'part' sedih yang Jihad katakan pada aku hari itu.
Hari-hari lalu terlalu penat bagi aku. Khamis aku pergi Kedutaan Malaysia, Jumaat pergi Nikon Service Centre, Sabtu pula pergi rumah En. Hanisan selaku pegawai pendidikan dan latihan JPA di sini, Ahad pula ada jamuan barbeque.
Tapi yang paling seronok aku rasa, tidur dalam bas. Aku tidur dengan nyenyak sekali. Sampaikan telefon bimbit aku ada 2 panggilan telefon yang tak berjawab. Paling tak boleh diterima, bangun tidur, terburai buah limau dari poket baju aku. Pening-pening lalat aku kutip aku bagi pada Khay Inn depan aku. Aku tak tahu apa dia cakap pada aku, tapi yang pasti ada ucapan "Thank you ye,".
Pening lalat.
Satu lagi punca aku letih Sabtu lalu, Guitar Hero. Aku menemui permainan komputer berasaskan muzik. Bermain gitar seperti lagenda Slash atau band dunia terkemuka; Metallica, Rolling Stones, Aerosmith, Black Sabbath, Iron Maiden. Tak lupa juga band yang menggegar dunia seperti K.I.S.S. Aku tahu K.I.S.S sebab perwatakan mereka sungguh ganas! Mewarnakan muka mereka hitam putih, memakai pakaian yang penuh duri-duri serta reka bentuk gitar macam kapak!. (aku ada simpan poster K.I.S.S sebelum aku layan modern rock) Jangan lupa juga pada Tennacious D, band sempoi dengan mesej lagu yang terlalu simple.
Cara bermain mudah sahaja. Mata yang tajam dan tangan yang cekap. Aku mula dengan level "Easy". Hanya perlu menekan not-not gitar dan goreng seperti legenda Rock. Perjalanan seorang gitaris bersama band terkenal. Dapat goreng gitar dengan baik anda ditawarkan bermain di konsert Eropah, tour, dan dunia kegelapan sebagai pentas terakhir anda melawan goreng gitar dengan gitaris dunia kegelapan! Tapi semua bermula dengan kelab di kawasan kejiranan rumah...
Aku sedaya upaya bermain sampai mata aku lebam. Tangan aku sakit, jari tengah aku kejang sementara. Bateri papan kekunci habis (aku pakai wayarless).
Tapi aku puas! Sambil bermain, layan lagu rock n roll!!!
Target aku main 'game' ini adalah dapat memberi skor terbaik untuk lagu 'most-favourite' aku: ONE by Metallica.
Apa lagi, cubalah bermain!
(ketuk, ketak, ketuk, ketak....bunyi papan kekunci, lagu Slash macam palat!)
Bersama SI Tua. (Abe punya blog)
Kekadang isi aku merapu, tapi ada yang baik untuk dibacakan? Aku pernah khabarkan siapa ABE pada entri-entri aku terdahulu, dan dia semakin mantap menulis blog walaupun pernah akui blog aku 'best'. Aku kena cakap Abe lagi 'best' dari aku punya. Aku kagum dengan entri terbarunya: Bersama Si Tua. Alang-alang aku promosi blog dia tanpa bayaran, apalah berkongsi ilmu dan bermuhasabah diri. Betul tak
Lawati blog Abe a.k.a junior aku yang kiut: ->KLIK SINI<-
Bawah ini ada juga.
Minggu exam, sabtu, last week…. sekitar jam 2 a.m…
Setelah bertungkus-lumus mentelaah pelajaran di perpustakaan, aku terasa pening. Terasa juga terus nak balik rumah untuk terus tidur tapi memikirkan exam bermula tulat(hari selepas lusa dalam bahasa Kelantan), aku gagahkan juga membaca buku dan memahami yuche yokhak(fluid mechanic). Setelah hampir sehari suntuk tidak bangun dari kerusi,melainkan solat dan ke tandas terasa panas di punggung dan hilang focus gamaknya.
“Keluar jap beli kopi panas kat GS mart lepak kat anyang chon”
Ah..nikmatnya kopi hazelnut panas di dalam kedinginan angin korea yang sedang mengalami pra-musim luruh. Sambil minum berjalan di tepi sungai anyang chon, menikmati indah ciptaan Illahi. Tiba- tiba aku terasa sayu, entah mengapa..adakah sebab aku telah ber’cerai’ dengan si dia? Sebab teringatkan family? Atau terfikir penyesalan akibat kerana sebuah tarbiyah??? Na’uzubillah himinzalik…bisikan syaitan lagi…
“Lain syakartun laazidannakum….” Tetiba terkeluar dari mulut aku ayat itu dan secara tidak sengaja tertilawah ayat itu yang entah rentakya aku sendiri tidak tahu.
“Lagu apa kamu nyanyi tu?”
“huh…”
secara automatic aku terpandang ke belakang. Pakcik Korea ni bikin aku terkejut aje.
“무슨 노래 했냐?( lagu ape kamu nyanyi tu?)” soal pakcik itu.
“oh…bukan lagula pakcik” jawab aku sambil tersenyum.
………………………………………………………………………………………………………………………
Sambil duduk di tangga aku dan pakcik tua tu berborak macam-macam perkara. Menurutnya lagi, dia selalu lepak di anyang chon ni kalau hatinya tidak tenang, terasa stress yang amat mampu dilunturkan dengan ketenangan di anyang chon, katanya lagi.
“MengingatiNya hati akan menjadi tenang”
Kata-kata itu selalu menjadi pegangan bila aku dalam keadaan resah.nak je aku cakapkan ayat tu kepada pakcik tua bila mendengar keluhan dia.
Kami berborak panjang dari topic pelajar Malaysia ke Korea, krisis IMF, ekonomi dan serba sedikit pasal sejarah Korea tiba-tiba pakcik tu mengajak aku minum di kedai berdekatan. Minum…kalau setakat minum macam kat kedai mamak masih boleh ku terima, order teh panas, roti canai satu dan borak ok tapi yang menjadi masalahnya minum korea adalah minum air kencing. Maksud aku air kencing setan. Dan aku tau, jawapan yang aku bakal berikan nanti akan menyebabkan aku terpaksa menerangkan dengan panjang lebar, huraiannya adalah sama yang telah aku biasa buat sebelum-sebelum ini.
“Saya tak boleh minum, sebab saya Islam” aku menjawab beserta sebabnya sekali kerana aku tahu pakcik tu konferm akan bertanya kepadaku kenapa tak boleh minum padahal umur sudah 21 tahun dah. Dan aku juga tahu itu adalah jawapan yang sama entah ke berapa ratus kali aku gunakan kepada semua orang.
“Oh…orang Islam tak boleh minum ya?” soal pakcik tua itu. “ apa lagi yang kamu semua tak boleh buat?” pakcik tua itu menyoalku lagi.
Alamak..ini aku tak gemar ni, bukan tak gemarkan tentang Islam, tapi aku mengantuk dan mahu menghabiskan stadi aku tu.
“Kami tak boleh makan babi, pegang tangan perempuan selain keluarga, tak boleh tak pakai tudung kalau perempuan dan macam-macam lagi” aku malas nak cerita secara komplikated sebab aku dah tak kuasa nak melayannya.
Kalau aku cerita tentang hukum atau secara lebih detail, akan mengambil masa dan mungkin dia pun takkan faham sebenarnya dan mungkin ini juga cara tidak betul dalam berdakwah, tahu Islam tidak memakan babi, tak minum arak tapi tak bercerita dari asas mengucap dua kalimah syahadat tapi entahla..aku bingung time tu.
“Pakcik tak ada agama. Dulu, pakcik beragama Kristian, keluar masuk Buddha, keluar balik masuk Kristian dan sekarang tak ada agama” . “ cumanya pakcik belum pernah lagi nak cuba masuk Islam. Nantila kot” sambung pakcik tua itu lagi.
“Haih, senang je dia keluar masuk agama, pasni nak juga cuba-cuba masuk Islam, ingat Islam ni bapak kau buat ke?” marah aku kepada pakcik tu tapi dalam hati semata-mata.
“Kenapa kamu Islam?” soalnya lagi.
“Ya Allah, tolonglah aku, hidup aku pun berterabur macammana aku nak bagi jawapan terbaik ni?? Bukannya aku tak nak jawab kenapa aku Islam. DugaanMu sungguh kuat Ya Allah. Bantulah aku…. Uh, aku sembah ape yang aku sembah dan kau sembah ape yang aku sembah. Takkan aku nak jawab macamtu. Takkan aku nak bagi dalil Naqli padahal dia tu secara terangnya adalah kafir. Kena guna dalil Aqli ni, tapi ape ya??”
“Saya Islam sebab mak saya Islam, ayah saya Islam dan suasana masyarakat saya di tempat area rumah saya Islam” jawab ku secara ringkas.
“Tak kena dipaksa ke masuk ISLAM? Macammana kamu boleh percaya? Sedangkan pakcik tak kesah puna anak-anak pakcik masuk ape-ape. Dan kamu tahu tak, pakcik hanya percaya pada diri sendiri, percaya pada kekuatan badan dan mental pakcik. Pakcik mampu mengawal tubuh pakcik mengikut arahan pakcik!” kata pakcik tua itu dengan muka seriusnya, siap menggayakan lagi otot-otot dia yang dah kendur tu.
Ya Allah, rasa nak je aku lempang pakcik tua ni. “ Pakcik, saya bagi satu situasi kepada pakcik. Pakcik sekarang berada di lautan dan sedang lemas. Ketika itu, tidak ade satu pun kapal lalu, orang ataupun apa-apa yang boleh untuk berpaut. Dan pakcik sedang kelemasan hampir maut..siapa akan menyelamatkan pakcik, apa yang pakcik akan buat?”
“Pakcik akan berenang mencari daratan dan bantuan”.
“Dan pakcik akan cramp sebelum sempat jumpa, sebab saya cakap memang di lautan yang luas tiada apa-apa” aku menyampuk kata-kata pakcik itu.
“Kalau macam tu, pakcik akan berenang sambil menunggu bantuan atau keajaiban”
“Keajaiban dari siapa? Bukankah pakcik cakap tadi pakcik percaya diri sendiri? Itu dah buktikan yang pakcik perlukan ‘sesuatu’!” tegas aku lagi
Pakcik cakap, pakcik yakin dengan diri, tubuh dan minda pakcik tapi tadi pakcik cakap, kalau stress, pakcik akan datang lepas sini atau minum arak. Pakcik cakap, pakcik yakin dengan diri, yakin dengan tubuh badan pakcik, pakcik mampu kelip mata, geggam tangan jalan, jogging tapi cuba pakcik hentikan sekejap jantung pakcik dari berdenyut. Hanya selama 10 saat sahaja. Buktikan yang pakcik yakin dengan diri dan mampu kawal tubuh badan sendiri”
“Pakcik cakap minum arak boleh hilangkan masalah, stress tapi tu bukan hilangkan masalah tapi hilangkan akal waras pakcik sekejap? Nanti da hilang mabuk, masalah tu masih ade bukan?” aku tau maksud pakcik tadi yakin dengan diri adalah mungkin yakin dengan usaha sendiri tetapi aku pusing balik kata-kata dia tu. Just use his words again as shield. Main balik kata-kata dan psikologi die.
Pakcik itu hanya diam dan sekadar aish-aish je dari tadi. Oh ya, walaupun nada penulisan semacam keras tapi sebenarnya kami sedang berborak penuh kemesraan. Dalam keadaan santai.
“Tapi, macammana kamu hendak percaya benda kamu tak nampak?” soal pakcik tua tu lagi.
Aku da naik fed-up da sebenarnya dengan orang tua ni tapi entah kenapa aku masih teringin nak layan dia.
“Pakcik, takkanlah semua bende kita tak nampak kita tak percaya? Pakcik nampak ke bulu mata pakcik sendiri?”soal aku kembali.
“nampakla kalau ade cermin…takkanla tu pun tak tau..aishhhh..!~” getus pakcik tua itu.
“Dahtu, pakcik nampak guna cermin, bukan mata sendiri. Sama juga tuhan, kita perlukan sesuatu untuk melihatnya. Melihatnya tidak bermaksud melihat tetapi percaya..” aku menjawab tetapi tidak lengkap sebab aku terlack idea dan ditambah pula dengan perkataan korea yang susah untuk menerangkan kepada pakcik tu.
Aku mahu menjawab melihatnya dengan Iman tapi aku tak tahu perkataan itu dalam bahasa Korea dan aku tanak perbincangan aku makin berlarutan makin panjang. Mujurlah selepas aku berikan jawapan itu dia tidak bertanyakan soalan yang berkaitan agama lagi. Bukannya ape, aku kalau bab-bab agama ni memang takut kalau nak main jawab. Salah jawab, mati aku. Rosak nama Islam.
Tak terdetik pun di hati aku nak berdebat pasal bende ni sebab aku bukan macam Ahmat Dedat tapi orang tanya aku jawab la secara ringkas. Dan aku fikir atas nama maruah Islam dan tugas dakwah. Lebih-lebih dari tu, aku secara jujur akan menjawab aku tidak tahu sebab aku bukan pakar sangat dalam bidang ini dan aku akan biarkan yang ahlinya menjawab.
Ni memang dugaan yang besar bila berada di bumi asing dari Islam. Tiba-tiba terasa sedikit penyesalan, kerana tidak penuhkan ilmu agama sebanyak mungkin di dalam dada sebelum ini.
Kami berpisah dan aku berharap aku tidak akan berjumpa si tua itu lagi. Biarlah dia berjumpa Ahnaf ke, Kamil ke, atau siapa-siapa yang ahlinya barulah dia akan mendapat jawapan yang tepat aku kira. Tapi banyak pengajaran yang aku dapat actually.
“Ijazah terbaik datangnya dari jalanan,
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman…” dipetik dari blog adib
.
“dan sembahlah Tuhanmu sehingga datang kepadamu yakin(kematian)” -al-Hijr 99
Komen aku: Mari muhasabah diri. Mampukah kita bercakap kalau kita jadi ada dalam situasi Abe?

Ahad, Oktober 26, 2008
Kasut Sama?

Kasut kami dikatakan sama, kerana coraknya sama.
Tapi, aku mudah kata "Lain la. Aku bertali,"
Mmm, kasut Vans sekarang banyak di datangkan dengan slip-on dan tali bagi setiap satu jenis.
Aku malas nak isi sesuatu untuk cerita 2 hari lepas yang agak sibuk. Sebab aku penat macam semua tenaga aku hilang. Punca utama? Ada...nanti. Entri berikutnya.
Sabtu, Oktober 25, 2008
Lampu Isyarat Bila Nak Hijau?
Lokasi: Lampu isyarat depan Coffee Beans cawangan Itaewon.
Baru sahaja nak berlari meluru ke Coffee Beans, tapi isyarat merah membatalkan segalanya. Aku yang dari tadi muka berkeriut cuba mahu menimbulkan rasa bengang pada lampu isyarat, tapi tak mampu. Tak larat lagi hendak berdiri tegak. Aku berdiri 15 darjah senget dari paksi 90 darjah. Aku melihat lampu isyarat, dengan harapan sekarang lampu hijau. Bila hijau, aku meluru pintu Coffee Beans. Itu hajat aku sekarang.
2 jam setengah sebelum itu...
"Macam klinik, dow" komen Pak Nab mengenai servis di Nikon Centre. Barang yang rosak (lensa atau kamera dan sebagainya) adalah pesakit dan doktornya adalah pakar-pakar mereka. Aku pun rasa kagum juga dengan servis yang ada. Sama juga seperti aku pergi Apple Service Product Centre. Layanan yang bagus, tapi Nikon lagi terbaik aku rasa.
Sebab apa aku katakan begitu;
Minuman kopi yang tidak memerlukan syiling sendiri dikorbankan demi secawan kopi. Boleh juga kalau mahu berdozen kopi. Air jus yang dipekkan dalam kotak, beratur dengan banyak di peti ais meminta untuk diambil. Banyak. Orang tak ada. Komputer siap dengan talian internet, boleh upload gambar kalau mahu. Serta di bagi peluang untuk mencuba produk baru mereka atau produk yang tak mampu kami miliki selaku jurugambar amatur yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi.
Mesejnya disini, aku minum dengan banyak.
Masa yang tinggal untuk menunggu solat Jumaat masih lama, berbaki 1 jam setengah lebih. Lalu kami berjalan-jalan sekitar tengah kota. Dari Namdaemun Sijang yang kaya barang-barang murah yang kurang kualitinya (pusat barangan kamera pun boleh juga, katanya), ke pusat fesyen jalanan di Myeong Dong.
Dah lama aku tak berjalan-jalan pagi separa buta (tak ramai orang di kawasan sebegini sebelum tengahari). Perubahan mampu dilihat di Korea kalau anda tak melawati tempat itu dalam masa 2 bulan. Dah wujud KOSNEY baru di Myeong Dong, ada ZARA pula tu. Tapi aku tak masuk, buat apa. Aku bukan pengejar fesyen. Kalau nak masuk pun sekadar cuba meletihkan urat-urat kaki.
Pusing-pusing. Akhirnya aku beli kasut satu. Lepas ini aku tak boleh beli kasut. Bajet aku untuk kasut aku sudah pakai. Kasut apa aku beli? Sama macam dulu, VANS juga tapi warna lain.
Akhirnya menuju kembali ke jalan pergi Itaewon.
Hari ini sejuk sekali. Pernah dulu orang tanya aku, "Sejuk-sejuk kat sana mesti nak selalu buang air kan?". Ya, dan benda itu berlaku. Di kala bas masih belum tiba lagi, jauh lagi. Aku rasa macam senak yang sangat.
Macam cerita Juno pula. Minum air oren, jalan-jalan, pergi tandas. Pergi periksa samada sudah mengandung atau tidak. Aku lain. Aku minum jus anggur, jus oren. Pak Nab suruh minum lebih, percuma katanya. (air free di Nikon Service Centre tadi)
Kaki aku tiba di lampu isyarat tadi.
(Bahagian atas sekali baca semula kalau mahu)
Hijau sahaja terus aku meluru ke pintu Coffee Beans, bukan niat mahu beli air kopi atau teh. Tandas yang aku cari. Coffee Beans kedai paling strategik untuk buang air berbanding SUBWAY (kedai sandwich), sebab SUBWAY letak tandas sebelah kaunter. Coffee Beans jauh dari kaunter. Ini semua aku sudah fikir masa aku menahan....
Lega, lega, lega...terima kasih kepada Coffee Beans terutama kakitangan tandas mereka. Kalau makcik cleaner yang ada dalam itu suruh tunggu juga, mahu aku seluar aku basah disitu.
Mana ada, gurau je....(gelikan entri ini?)

Khamis, Oktober 23, 2008
Ijazah Jalanan.
"Ijazah terbaik datangnya dari jalanan,
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman..."
Mentera Beradu, Malique.
Aku tak boleh tidur malam. Insomnia bukan pada waktu yang salah, selepas kertas subjek 'core' yang selesai, rasa begitu lapang dada. Tapi ada lagi sebenarnya, buat macam tak ada. Harap-harap telinga aku besok tak ada tahi, sebab esok peperiksaan TOEIC, di Malaysia setaraf MUET? Entah, esok sesi mendengar sahaja.
Dah lama aku tak mengarang benda ilmiah kan?
Dahulu aku suka bercerita tentang lelaki dan wanita. Tapi aku sudah berhenti, aku mahu merasainya. Aku mahu rasa cinta yang dikhabarkan hebat, mistik dan unik atau apa-apa lagi penulis, pensyarah, pemuisi khabarkan tentang cinta. Aku sudah hilang tujuan nak mengetahui benda baru sebagai menambah ilmu kehidupan.
Sejak kebelakangan ini aku gemar menumpukan pada sesi pembelajaran. Kekadang aku buka balik buku Matematik taraf sekolah menengah di Korea, abaikan isi buku Matematik Tambahan di Malaysia. Korea lagi mencabar, bukan nak banggakan negara ini. SPM kita hanyalah jalan nak bergerak pada satu fasa seterusnya, bukan tiket kita boleh bangga.
Buku FIzik pun aku suka selak-selak ketika bosan. Asas kejuruteraan ada disitu. Aku rasa nak kuatkan balik apa yang aku belajar untuk masa hadapan aku di pentas mencabar. Aku tak tahu apa yang berlaku tahun depan. Aku pasrah habis. Semoga cahaya kejayaan sentiasa menyinari aku.
Tapi ijazah jalanan?
Jangan lupa cara kita bergaul dengan manusia setempat. Jangan lupa siapa kita di mata manusia lain. Walaupun falsafah suku manusia kata, "peduli apa kata orang", pakai ketika perlu. Jangan semua situasi kamu praktiskan.
Hormati manusia lain kalau kamu mahu dihormati.
Sayangi manusia lain kalau kamu mahu disayangi.
Minati manusia lain kalau kamu mahu diminati.
Terimalah manusia lain kalau kamu mahu diterima.
Cintailah manusia lain kalau kamu mahu dicintai.
Konklusinya,
Semua bermula dari kita.
Bermula bagaimana kita mahu melangkah.
Duduk dalam tempurung, tak mahu mengetahui hujan sedang lebat diluar. Itu namanya bodoh. Bicara dalam kelambu, menutup telinga apabila petir berdentum. Itu namanya takut.
Ijazah usaha 4 tahun tak berguna kalau terperap bawah tempurung, bicara dalam kelambu.
Akhir kata, selamat maju jaya kepada yang nak naik pegang jawatan dalam PPMK. Aku tak kisah siapa nama kamu, siapa diri kamu 10 tahun lalu, dengan siapa kamu bergaul.
Kalau kamu berjaya memimpin, nama baik kamu dapat.
Bukan aku.
Kalau kamu salah memimpin, ramai mengutuk kamu.
Bukan aku.
Seperti tadi,
Semua kembali kepada diri sendiri.
Mmm, esok kena jumpa En. Hanisan di Kedutaan Malaysia. Apa yang bakal dibualkan?

Rabu, Oktober 22, 2008
Kasut Bola (Cerpen Tak Siap)
Pengarang: Mohd Adib B Yazid
“Dush…”
Jauh bola itu melayang. Riuh rendah padang hari ini. 2 kumpulan budak kecil sibuk bermain bola sepak. Angin petang itu terlalu lembut berlalu, tak seperti hari-hari lalu. Sejak kebelakangan ini cuaca sangatlah panas sehingga aku pun tak mahu duduk lepak di tepi padang sekolah. Mata aku merayau mencari hiburan petang hari. Harap-harap terjumpa atau terlihat suatu yang mampu hiburkan hari aku hari ini. Cuma berseorangan duduk di bangku batu yang usang. Lalang tumbuh menipis dibawahnya.
Pertahanan, penyerang, penjaga gol. Watak utama dalam sebuah pasukan bola sepak. Sukan yang satu-satunya aku paling gemari, bola sepak. Dari kecil lagi aku sudah didedahkan dengan sukan ini. Sukan yang peraturan mudah difahami dan mudah dipelajari. Syaratnya, jangan guna tangan, guna kaki.
“Abang, hati-hati!,”
Salah seorang dari kumpulan kanak-kanak menjerit kepadaku. Bola lambung kearah aku, sempat aku elak. Kalau tidak, habis benjol kepala. Dahlah tidak bermain, sakit pula yang dapat.
“Sorry, bang. Nasib baik tak kena,”
“Tak apa. Abang tak apa-apa. Adik teruskan bermain,”
“Terima kasih, bang,”
Perbualan singkat yang menyenangkan. Sudah menggembirakan hatiku. Aku tahu aku bukannya seperti bangku batu yang aku duduki. Ada manusia masih sedar bahawa ada makhkluk sedang memerhatikan mereka, iaitu aku. Aku lihat jam sudah 5.30 petang tapi cuaca masih terik. Kalau masa kecil aku keluar rumah pada waktu begini pasti aku sudah dimarahi ibuku. Mana tidaknya, saki baki cahaya matahari masih bersinar. Ibuku tak mahu wajah putihku bertukar gelap. DIa mahu wajah anaknya putih seperti wajah ayahku; putih dan hensem katanya.
“Argh, kalau dulu aku ikut cakap ayah, apa akan jadi dengan diriku sekarang?”
Aku mengeluh sendirian. Bermonolog luaran. Harap tiada siapa mendengarnya. Sejak kebelakangan ini aku selalu meratapi nasib aku yang tak sudah-sudah.
Aku merenung kesilapan silam…
“Amir, esok petang kita ada training di sekolah. Cikgu Azam pesan suruh bawa kasut.”
“Baik. Kalau ibu aku izinkan, aku pergi. Kalau tak…”
“Alah, penting ni Mir. Sabtu ini kita ada match. Kau dahlah orang penting, sapa nak score nanti,”
“Aku cuba cakap dengan ibuku. Jumpa esok!”
Aku terus mengayuh basikal dengan lajunya keluar dari perkarangan sekolah. Aku cuba menamatkan perbualan ini agar cepat sampai ke rumah. Ibuku hari ini sudah berjanji mahu masak makanan kegemaranku hari ini, ayam masak kicap. Aku suka masakan yang dibubuh kicap didalamnya. Tak kisah kalau seringkas telur mata kerbau di tuang kicap, aku pasti akan menggemarinya. Ayah aku kata, aku hantu kicap. Kalau ibuku sibuk menjahit baju yang ditempah orang lain sehingga tak sempat hendak menyediakan hidangan tengahari, aku makan nasi berlaukkan ikan masin dan kicap. Ayah aku peneman ketika aku menjamu makan tengahari.
Ayahku seorang penoreh getah. Keluar rumah awal pagi, tapi tidak lupa untuk menemaniku ketika waktu tengahari. Ayahku kata masa terbaik dalam kehidupan kita adalah masa kita dengan keluarga kita, ayah dan anak, ibu dan anak, ayah dan ibu. Sebab itu ayah kalau boleh mahu setiap hari menghantar aku ke sekolah menaiki motor Honda Cup 70 buruk itu. Aku sentiasa menolak pelawaan. Alasannya, aku suka pergi ke sekolah bersama rakan sebaya aku.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam. Ha, dah balik pun anak abah,”sahut ayahku di pintu rumah.
“Emm. Abah dah makan ke belum. Lapar la,”
“Belum. Nak makan? Jom, mak dah masakkan…”
“Ayam masak kicap kan?” aku cuba meneka.
“Eh, mana tahu? Pandai anak abah,” ayahku memuji.
“Ibu dah bagi tahu dah,” kataku.
Aku berlari ke arah dapur. Beg sekolah aku campak di pintu bilik. Bau kicap masih berlegar-legar di ruang dapur. Seperti ibuku mahu sahaja siap masak.
“Abah, ibu mana?” soalku kepada ayahku.
“Ibu pergi rumah Cik Peah. Hantar baju. Kenapa?” balas ayahku.
“Tak ada apa-apa. Abah tunggu Mir kejap. Nak solat baru makan,” kataku.
“Baik, abah tunggu. Jangan lama-lama. Lapar ni,” balas ayahku lagi.
Aku segera tunaikan kewajipan aku. Walaupun aku baru berusia 12 tahun, aku rasa kewajipan ini wajib aku penuhi. Kalau tidak bermula sekarang, bila lagi. Kebiasaan aku suka mandi dahulu baru solat. Peluh mengayuh basikal pulang ke rumah membuatkan aku tidak selesa bersolat dalam keadaan sebegitu. Sebenarnya aku suka mandi di kolah. Waktu sebegini, tanpa sesiapa sedari aku diam-diam masuk ke dalam kolah. Berlagak seperti aku berada di dalam kolam renang. Pernah adik aku Aiman, cuba-cuba meniru langkahku mandi di kolah. Tapi ayah aku sedari perbuatan tersebut, habis dimarahinya semalaman. Sehinggakan adik aku cuba mengugut tidak mahu datang ke sekolah. Adik aku seperti aku juga, minat bersukan. Cuma waktu dia senang dari aku. Pulang dari sekolah sesi petang terus pergi ke padang. Sukan yang diceburi bukannya bola sepak sepertiku tapi olahraga yang diminatinya. Aku rasa dengki dengan adik aku. Apa yang dia minta dari ayahku mudah saja dituruti. Kasut olahraga, baju sukan dan sebagainya. Aku mahu juga rasa seperti adik aku tapi memikirkan kasut bola yang aku mahu beli mencecah ratusan ringgit, aku batalkan niat.
Aku bercadang ketika waktu makan tengahari nanti, aku mahu mengajak ayah ke pekan. Aku mahu dia membelikan kasut bola yang aku mahu.
“Sedap tak lauk ibu masak,” soal ayahku.
“Mestilah sedap…”aku cuba menjawab seperti endah tak endah.
“Kenapa ini, macam ada suatu tak kena je,”soal ayahku semula.
“Tak ada apa-apa. Cuma…” aku cuba berdalih.
“Cuma apa? Bagi tahu abah. Mana tahu abah boleh tolong,” ayahku member cadangan.
“Abah…” aku masih berfikir mahu diluahkan atau tidak.
“Duit sekolah ke?” ayahku cuba meneka.
“Tak,”
“Habis itu?” soal ayahku dengan raut kebingungan.
“Abah. Abah, boleh belikan Amir sepasang kasut bola tak?,”
“Kasut bola rupanya. Abah ingat apa tadi. Boleh kalau perlu sangat-sangat,”
“Macam itu, minggu ini kita ke pekan nak tak?” aku memberi cadangan.
“Boleh. Tapi jangan mahal-mahal. Banyak benda abah belum selesaikan lagi,” kata ayahku.
Aku rasa selesa kerana dapat meluahkan hasrat besar aku pada ayah. Selepas makan, aku duduk di amben luar rumah terbayang-bayang kasut bola yang aku idamkan. Hilang risau aku sebelum makan tadi. Aku takut ayah akan menidakkan hasrat aku. Duduk di amben luar kadangkala menimbulkan ketenangan. Cuaca di luar tidaklah sepanas seperti padang sekolah. Persekitaran rumah aku redup dengan pohon redang di kiri rumah dan pohon rambutan di depan rumah. Angin bertiup sepoi bahasa menambahkan lelap petang hari. Aku sudah mula bermimpi kasut bola yang bakal aku miliki. Aku tunggu ibuku pulang dari rumah Cik Peah dan aku mahu khabar berita ini pada ibuku. Aku hari ini rasa bertuah kerana masih memiliki ayah yang memahami isi hati aku walaupun sudut hati aku, aku tidak mahu menyusahkan keluarga.
(Tiba-tiba, idea putus)

Chuck Bass.
Watak Neo dalam filem The Matrix masih aku minat sampai sekarang. Tapi ada satu watak drama yang bakal masuk dalam senarai pendek watak lelaki yang aku minat. Biasanya lelaki macam aku ada pelakon wanita diminati, aku ada juga. Tapi senarai panjang. Watak lelaki sikit sahaja. Sebab itu aku mampu senaraikan.
"Wow," terpegun aku. Pengarang novel Gossip Girl mencipta watak yang ada perangai buruk tapi sifat maskulin disitu. Chuck Bass...
Aku baru habis menonton drama Gossip Girl musim kedua, episod 7. Tak sangka Chuck Bass buat balik apa yang dia kena masa episod 1 pada awal musim. Aku sudah ceritakan entri aku pada pos terdahulu, mengenai 'three words, eight letters and i'm yours".
Eh, ramai ke lelaki macam layan Gossip Girl? Sikit sahaja rasanya, kebetulan Gossip Girl ditayangkan pada hari yang sama Prison Break ditayangkan, layan. Sekali harung dengan One Tree Hill.
Chuck Bass. Mahu sahaja aku letak dialog antara Blair dan Chuck Bass. Tapi malaslah pula.
Semalam aku baru sahaja habis 'exam' subjek-subjek 'core'. Aku mahu tidur tengahari, sebab petang nanti ada perkara aku perlu lakukan. Melawat pejabat pos berhampiran kediaman aku. Hantar apa?
Biarlah rahsia...(aku tak minat Siti Nurhaliza.)

Selasa, Oktober 21, 2008
(Tingkat satu 'library') AKU serba tak kena.
Kekadang aku biarkan begitu sahaja. Rasa menyesal pun ada. Idea datang mencurah-curah tapi bukan pada waktu yang kurang sesuai. Nak aku catat, aku perlu jawab 'exam' pada 30 minit waktu berikutnya. Rasa menyesal. Ingat boleh dapat balik idea itu.
Ini semua gara-gara duduk perpustakaan. Orang kata kawasan nak tengok gadis-gadis Korea yang berjalan-jalan ke sana ke mari. Isk, jangan kata aku cuci mata. Niat aku datang perpustakaan ini sebab nak belajar, itu bukan tujuan utama. Aku bukan manusia yang selalu duduk perpustakaan. Ada berapa situasi sahaja.
Pertama sebab nak menghafal. Kedua cari bahan rujukan nak siapkan laporan. Itu sahaja rasanya. Aku boleh kira berapa kali aku lepak di perpustakaan. Semester ini, ini kali pertama. Pertama kali, aku duduk lebih 3 jam untuk semester ini. Pergh.
Tapi bagi aku, tak boleh belajar perpustakaan. Sebab ada ramai gadis-gadis Korea yang lawa-lawa, kiut-miut dan cantik molek. Aku dah tak mahu belajar di tingkat tiga perpustakaan kolej, kalau nak belajar juga di perpustakaan, aku akan memilih tingkat satu; kawasan seram dan sunyi tapi ramai manusia!!!
Mari aku cerita bagaimana situasi tingkat satu.
Ada blok meja yang banyak. Meja bukan terbuka. Kalau duduk sahaja, macam kita masuk kotak yang kecil tapi selesa nak letak buku dan tidur. Bukan tidur telentang, tapi tidur ala-ala main snooker. Ruang kotak ini; atas terbuka sebab nak bagi lampu masuk, belakang terbuka, mestilah nak keluar dan masuk. Kanan kiri ada dinding setinggi paras dada. Tak boleh 'usha' orang sebelah buat apa, cuma boleh jenguk kepala. Baguskan kalau nak belajar macam ini?
Aku dah rasa perasaan duduk dalam bilik ini. Seram. Senyap. Sunyi. Nak buka plastik roti pun, semua orang boleh sedar ada orang tengah nak makan. Umpama lalat masuk dewan besar yang kosong, siap boleh dengar bunyi sayap bergetar. Kalau nak bawa makanan masuk, tin itu siap dibuka terlebih dahulu, plastik makanan sudah dikoyakkan.
Yang paling seronok, ada orang bawa pakaian, alat bersihkan diri. Macam bermalam dalam bilik ini. Pagi gosok gigi, belajar. Makan tengahari, belajar. Bersenam, belajar. Wow. Inilah Korea, negara gila belajar benda yang sedia ada. Kelemahan mereka yang mereka sedia akui, mereka kekurangan buah fikiran untuk menjana idea baru. Punca, belajar terlalu berorientasikan peperiksaan. Bukan atas sikap ingin tahu. Aku orang macam mana pula?
Berbalik situasi melihat gadis-gadis comel.
Bukan aku menyalahkan kecantikan wanita sebagai alasan aku tak boleh belajar di perpustakaan. Cuma...
Cuma...(tak ada alasan sebenarnya)
Cuma aku mahu tumpuan seratus peratus, lebih-lebih lagi kalau 'exam' itu lagi 2 jam atau 30 minit. Betulkah tindakan aku?

Ahad, Oktober 19, 2008
Harap tiada siapa tahu lagi...
Sebenarnya aku saja-saja nak mengelak dari sesuatu yang aku kurang gemar. Aku tidak suka populariti, kalau kamu mahu aku menjadi seperti Coldplay, aku menolak awal-awal.
Kenapa aku tidak suka menjadi orang yang dikenali?
Senang berjalan ke sana ke mari. Tak kisah aku nak buat apa, nak jadi jadi Superman, nak jadi Ironman kan senang? Kalau jadi orang yang dikenali ramai, susah. Aku gerak ke sana, orang tanya, "Pergi mana?", aku tak kemas kini isi blog "Kenapa tak 'update'?".
Aku tahu kamu suka baca blog aku. Aku hargainya. Cuma aku hargai jangan jatuh hati dengan aku sebab ayat-ayat aku dalam blog ini. Ini cuma cerita aku berjalan dalam kehidupan seharian. Jangan anggap aku adalah manusia yang terbaik boleh menaip cerita sebegini. Aku masih aku.
Eh, sedih pula nadanya. Abaikan...
Aku menanti sampai puncaknya, disitu aku mahu berehat. Mencari tenaga untuk bercerita.

Jumaat, Oktober 17, 2008
Kamu sedang buat apa?
Huh, ada juga yang memaksa aku suruh update blog.
Kan aku sudah kata, aku cuti.
AKU PERGI BERCUTI!
Eh, ini dikira entri ke?
Kan aku sudah kata, aku cuti.
AKU PERGI BERCUTI!
Eh, ini dikira entri ke?
Sabtu, Oktober 11, 2008
Belajar untuk disakiti, dan aku berhenti!
Bersedia. Aku mungkin ingin menaip dengan panjang seolah-olah aku mahu meninggalkan sesuatu. Perasaan ingin berlari dari sesuatu dan bersembunyi untuk tempoh yang aku mahu. Menjernih segala yang ada, memperbetulkan apa yang salah dan mencari nafas dikala kesempitan mula mencabar kamu.
Aku cuba bersedia dengan setiap apa yang berlaku. Pasti ini jalan terbaik untuk aku. Bukan untuk kamu yang membaca, tapi diriku.
Sorotan senja di bilik Haikal...
Aku cuba hargai setiap masa yang mendatang dan cuba menangisi masa yang aku telah bazirkan. Samada aku sedar atau tidak sedar. Ini minit terakhir aku mengenal siapa disebalik diriku, dan aku harap ini terakhir aku bermuhasabah diri tentangnya. Selepas ini aku ingin belajar sesuatu.
Agak merepek apa yang aku katakan sebentar tadikan? Kembali kepada nyata...
Aku duduk disebelah tingkap yang luas, keadaan bilik Haikal yang separa panas dan sedikit berbahang. Aku tidak kisah situasi itu, aku mahu sedikit ketenangan untuk membaca. Apa yang aku pegang sekarang antara buku terakhir aku cuba mengenal makna cinta dan perpisahan, kegembiraan dan kesedihan. Aku ulang, ini yang terakhir. Tiada lagi buku seperti itu akan ku beli. Sudah cukup rasanya. Aku teringat kata-kata Cikgu Yun, bergerak dengan tangan lebih indah dari membaca. Itu yang aku cuba lakukan selepas aku menyelak helaian terakhir buku ini.
Kenapa aku cuba singkapkan ini buku terakhir? Ia buku menceritakan plot drama yang paling kurang manisnya dalam drama pencintaan, perpisahan. Aku rasa bersyukur tersangat-sangat aku dapat jadikan buku ini koleksi aku, sanggup aku menempah di Kyobo Bookstore dan menunggu selama 3 minggu untuk sampai di tanganku!
Aku suka membaca dalam keadaan yang mengabaikan aku sebagai seorang manusia, lebih baik kalau mereka tidak mempedulikan siapa aku untuk sementara waktu, tapi tak kisah kalau mahu bual bicara. Aku cuba respon setiap apa yang berlaku...
Permulaannya, aku cuba menutup telinga dari mendengar bual-bicara Haikal yang boleh men-darah-kan telinga aku dengan kata-kata manis yang tersusun bicaranya kepada kekasihnya. Sakit mendengarnya kalau aku masih seorang...
Kamu isi ruang kosong itu dan aku tidak akan ambil tahu jawapannya.
Silap aku hari ini aku tidak membaca Ipod Touch aku bersama, bolehlah aku menyumbat lagu-lagu kegemaranku. Lalu, aku meminjam Ipod Shuffle Haikal.
"Haikal, pinjam Ipod,"
"Boleh, tapi lagu aku semua lagu jiwang,"
"Layan je,"
Layan sahaja, dari aku menambah derita telinga aku dengan kata-kata manisnya yang bukan untuk manusia didalam bilik itu. Aku teruskan membaca-baca, sampai Rahman pulang...
Aku masih membaca sambil fikiran aku cuba memahami bicara petang yang dimulakan Rahman. Apa salahnya kalau kawan mahu berkata sesuatu, nanti aku cakap tak ada siapa dengari, aku sakit hati juga.
Tengah dalam keadaan diri aku yang berubah dari seorang pendengar setia dan seorang pembaca, ada soalan yang aku kurang gemari dan selalu aku dapat dari sesiapa yang mengenaliku. Entah kenapa soalan itu umpama beban yang macam beras berkampit-kampit.
"Kau tengah ada cari siapa-siapa ke? Ke rilek-rilek,"
"Ha? Cari apa? Apa maksud kau?"
"Awek le.."
"Rilek-rilek,"
...dan soalan ini muncul kebetulan aku menyelak muka surat terakhir buku ini.
Mesti tertanya-tanya buku apa aku baca kan? Buku untuk manusia yang diluar sana yang sukar melupakan sejarah bercintan-cintan, rasa dilukai, rasa dikhianati, rasa dipermainkan dek cinta kamu.
Aku tak pernah berada dalam situasi itu, tapi aku baca sahaja. Mana tahu aku boleh menbantu manusia sekelilingku menghadapi keadaan derita kamu. Harap-harap tiada siapa-siapa mencari aku berbincang pasal benda ini, aku main-main sahaja!
Kepada Liyana (budak kelas aku masa sekolah menengah, ramai betul kawan perempuanku bernama Liyana). Aku masih ragu-ragu dengan kenyataan kau yang mengatakan aku semakin matang. Semua manusia ingin menjadi matang, budak kecil mahu memiliki apa yang seorang lelaki dewasa ada. Itu pernah aku fikirkan walaupun hingus meleleh di hidung (budak hingusan) dan seluar dalam masih dibasuh oleh orang lain***.
***Abah aku pernah cakap kat adik aku, "Seluar dalam pun mak basuh, ada hati nak ngorat anak dara orang, nak belasah anak orang,". Aku gelak.
Matang atau bertindak matang. Cik Liyana kata, orang yang kurang rapat dengan kita dengan senang nak komen perubahan apa yang berlaku pada seseorang.
Apa pendapat kamu?
Aku basuh muka, pakai baju panas kuning yang aku beli dari negara Kangaroo setahun lalu. Aku menyusur kesejukan malam pergi ke rumah Athir.
Aku sudah belajar untuk disakiti, dan aku berhenti.
Aku mencari peluang untuk hidupkan jiwa aku. Walaupun ditengah jalan aku mungkin rasa sakit yang pedih. Tapi peduli apa, itu hati aku!
Sudah bersedia? Awalan tadi sudah aku khabarkan supaya sudah bersedia. Aku berfikir sementara...bukan disebabkan terma sindrom 'writer block'.
1...
2...
3...
4...
5...
6...
7...
8...
9...
10...
Aku berhenti dari menghantar entri aku ke dalam ruang hitam ini untuk tempoh sebulan, 2 bulan, 3 bulan, setahun, 10 tahun. Aku mahu keadaan seperti biasa.
Terima kasih kerana membaca walaupun panjang.

Khamis, Oktober 09, 2008
Crazy Cow - "Its Happen To Me..."
Aku kembali semula. Agak risau dan merisaukan. Aku dah pening kepala, tak sangka cerita aku dijadikan inspirasi (aku masih haru-biru). Tertanya-tanya, siapa yang baca blog aku, siapa yang mengikuti hati aku berkata-kata, siapa yang cuba menjejaki diriku?
Fikir 15 kali, tak lebih, walaupun aku berbohong belaka...
Ianya seram. Dan menyeramkan.
Menyorot kembali perbualan separa lucu, tapi memang lucu kalau faham situasi aku sebagai pelajar di Korea yang menyaksikan pergaduhan rakyat-rakyatnya mengenai lembu-lembu yang tidak tahu apa makna 'lembu gila'.
Dialog antara pensyarah bahasa Inggeris yang berbangsa Amerika bernama Micheal dan pelajar Korea yang mahir berbahasa Inggeris. Mereka soal-jawab mengenai kosa kata bahasa Inggeris.
Micheal: Ok, and you. What do you usually eat?
Budak Korea: Umm...Aaa...Umm...I usually eat meat.
Micheal: Wow, Korean meat or America meat?
Budak Korea: Umm...Ummm...
Micheal: Crazy meat, its happen to me.
Aku: @#$%&*@#$%
Pensyarah aku agak gila-gila orangnya, tapi aku yakin bukan sebab lembu gila. Duit Korea jatuh menjunam. Dulu RM39, boleh jadi RM24 kalau membeli Man Won. Wow...
Kamu tidak mahu datang ke sini? Datanglah. Aku cuba bawa kamu berjalan-jalan dengan gaya jimat.
Sejak kebelakangan ini, aku semakin merapu. Tak ada idea pokok yang asas yang menjadi subjek untuk dikupas. Haish. Aku merapu lagi. Baik aku merapu yang bukan-bukan sebelum aku dapat petanda awal 'block writer'.

Selasa, Oktober 07, 2008
Kertas Dinding buatan sendiri...
Hentam keromo dengan bahasa ibunda sendiri. Mari!
"Wallpaper" atau kertas dinding dalam komputer aku selalunya berkaitan dengan aku minat, baru-baru ini aku letak gambar skuad Manchester United, letak muka Joker, letak gambar Ironman, letak gambar yang bukan aku buat sendiri.
Semua ini bermula dari kelas Kongsu (Application Math) yang susah. Sebenarnya datang dari rakan-rakan sebelah nak buat t-shirt batch katakan. Apa salahnya aku menyumbang sikit, asyik jadi lalang. Ulat pun nak jadi rama-rama, takkan asyik membontot manusia.
Idea orang lidi muncul ketika aku sedang memeriksa litar yang tidak lengkap ketika kelas Sequence System. Kelas Kongsu lagi menambah rentak untuk tangan melakar benda bukan-bukan dan tak mendatangkan keuntungan nyata. Hanya bersuka ria dipetang raya yang entah keberapa di dalam kelas yang seronok.
Lukisan di bawah ini, aku sambung dari kelas Sequence System ke kelas Kongsu dan balik ke rumah. Aku campak lukisan ini ke rak buku, rasa malas nak sumbang idea t-shirt batch. Aku tak berbakat.

Selepas tidur yang lena di pagi hari, (selalu tidur nyenyak selepas subuh) dengan keadaan pening lalat dan sejuk akibat tidak memakai selimut ketika tidur, aku memandang kertas putih ini. Aku kutip beberapa watak aku cipta, manusia lidi yang sedang bermain bola, sedang belajar karate, sedang terkejut, dan manusia lidi yang mencabut kepala. Aku rasa seronok pula tengok hasil kerja sendiri.

Ringkas sangatkan? Aku suka benda yang ringkas dan tak serabut. Aku cuba menambah tona-tona kegelapan supaya tak adalah nampak seperti betul-betul dilukis menggunakan pensil. Pakai Adobe Lightroom sahaja. Bangun tidur yang pening lalat.

Ini hasilnya!!! Aku rasa seronok yang semacam aku buat benda ini. Lalu aku abadikan sementara menjadi Kertas Dinding di komputer aku. Eh, lupa pula tujuan apa aku lukis manusia lidi ini. Aku hantar kepada cik Sarini. Tak kisah idea dibuang, diterima atau tidak. Yang penting aku menyumbang sedikit dari tidak tahu apa-apa langsung.

Seronok, riang ria. Kertas Dinding pertama aku.
Lupa pula nak promosikan gambar raya aku disini walaupun aku sudah berjanji hendak beritahu. Tekanlah FlickR di atas sana.

Isnin, Oktober 06, 2008
Haru yang haru...
"Haru, haru," bukan lagu nyanyian Big Bang. Tapi aku terharu nama aku tercatit dalam entri pertama blog Kazuya.
Bukan Kokuya (merujuk salah satu kawan aku disini), tapi Kazuya.
Semalam, kalau aku tidak lupa.
Aku menerima komen dari junior setahun muda dariku, cik Huda. "Blog kamu bestlah!" katanya. Aku kurang pandai menerima pujian sebegitu, sebab aku rasa apa yang aku tulis dalam blog aku hanya cerita yang biasa yang di-metafora-kan dan cuba sesekali di-hiperbola-kan. Kadangkala menyelit transilasi bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dengan sesuka hati, dan aku katakan tiada tatabahasa yang jitu.
Terima kasih Cik Huda! (harap En. Tayam jangan dengki dengan komen sebegitu.)
Sudah lama aku tidak mengarang karangan sekolah yang diperiksa oleh cikgu bahasa Melayu berbadan gempal tapi baik hatinya (budak MRSM Muar pasti tahu siapa dia!). Aku yakin setiap kali aku hantar karangan aku kepadanya, aku akan dapat komen yang sedap didengar. Ini sifat semulajadi rasanya, dan anugerah daripada-NYA!.
Kepada saudara Kazuya, terima kasih kerana mengikuti blog yang isinya sentiasa bertukar-tukar tapi bukan hiasan didalamnya. Ini kerana aku memang malas hendak mengubah sesuatu yang aku rasa selesa dengannya.
Apabila berlaku sesuatu di depan mata, di belakang kita, atas, bawah, rasai dengan hati, fikir dengan kepala dan tukarkan kepada kata yang biasa, itu cara aku mengomel yang tak sudah-sudah di ruang hitam alam maya ini.
Sebenarnya aku tengah menunggu nasi masak.
Dan...
Aku masih terharu lagi.

Sabtu, Oktober 04, 2008
Ehem, esok kelima?
Baru tadi ada junior aku, dengan nama samaran yang GANAS-nya cik LION memberitahuku esok raya kelima. Owh, macam tiada apa berlaku...
Baru tadi ada sukan tahunan PPMK, dan ia berlaku di kala raya keempat. Bagus betul bersukan ketika raya masih hangat-hangat bontot kuali. Sibuk datang sana-sini isi perut dengan makanan berkhabohidrat tinggi, baik bersenam. Dan minggu depan aku mahu jalani kehidupan yang sihat semula. Sarapan di kala pagi, makan separa berat di waktu tengaharinya dan hanya kunyahan roti di malam hari. Sehingga suatu masa aku mahu turunkan berat badanku ke 60 kg.
Situasi malam ke 27 (aku suka entri Hanif Al-Ahmadi pasal tajuk malam ke 27), berat aku 65.4 kg dan kalau dilakar graf dari 27 ramdhan ke 4 syawal, graf akan menunjukkan kala meningkat, dan graf kecerunan pula amat menakutkan. Maksudnya...
Naik, naik, naik...dan naik.
Tapi bukan berkilo-kilo, hanya beberapa ratus. Itu sudah merisaukan aku.
Rabu lepas raya, Khamis ada kelas, Jumaat cuti berjalan-jalan, Sabtu bersukan bersama rakan-rakan, dan Ahad ada sambutan raya. Keadaan di mana semua pelajar cuba untuk menikmati seperti 1 Syawal semula. Ke aku sahaja yang mahu sebegitu?
Nanti aku letak beberapa gambar mengenai esok hari dan hari ini. Hari ini aku mengambil gambar SEPI! Wow...
Eh, dah 10 minit aku taip, aku mahu mandi, solat dan pergi ke teratak buruk Kamil Halim (aku rasa tak buruk, lawa!). Bermesra dengan Pire, Nasrik dan Iman.
Mahu ikut? Kalau kamu bukan manusia yang memakai topeng tembok yang tebal. Marilah!

Khamis, Oktober 02, 2008
Terkesimpang dari kebiasaan...
Acap: Hari ini dah raya kedua dah...
Siapa entah: A ah, dah raya kedua...
Aku pasti esok hari raya ketiga!
Aku perlu buat apa? Ah, abaikan sejenak raya. Aku mahu mengharungi baki-baki Syawal yang AWESOME katanya. Mari ikut aku menonton filem-filem melayu yang ambil dari Umair, dan apa yang terjadi selepas itu? Owh, aku berjanji tak ada episod kesedihan pada Syawal tahun ini...tapi aku hanya merancang.
Owh, syeettt! (Ungkapan 'shit' oleh orang Korea yang mahu mengikut perilaku bangsa kulit hitam macam di Amerika).
Cerita ini sungguh terharu, membuatkan aku mahu ulang sekali lagi dan ingati dialog-dialog yang indah. Cerita yang membuat hatiku diruntun, macam diguris-guris. Mungkin aku terlalu beremosi apabila menonton berseorangan. Biarlah...hatiku. Bukan milik manusia lain.
Aku mengarut sekali lagi, aku harap tiada manusia yang membaca entri ini. Sekadar ingin katakan, filem SEPI betul membuatkan hatiku sepi. Macam menyedarkan aku, bahawa selama ini aku bermimpi.
Haha, aku suka menambah metafora dalam cerita aku. Atas sebab itu aku digelar jiwang oleh rakan sebaya.
Dan seperti orang Korea tadi, OWH! SYEEETTT!!!
Mat Taaq pulak baru sahaja khabarkan akan bertunang...
Dan aku sekali lagi, OWH! SYEEETT!

Rabu, Oktober 01, 2008
Dari mana mahu aku mulakan...
Dari mana aku mahu mulakan?
Atau, menceritakan khabar sihat dari diriku tentang hari ini?
Atau, bermain dengan perasaan yang tiada kata namanya?
Hendak ku katakan ini entri raya?
Terpulang pada kamu, bagaimana kamu menjustifikasikannya.
6 tahun yang lalu, pagi raya yang penuh kenikmatan. Tengok sahaja pada meja dapur, terhidang sana-sini. Siapa yang datang, siapa yang pergi melawat. Sampul raya penuh di poket baju. Kalau sepuluh poket, sepuluh ruang itu berisi. Tak gemar aku berceloteh panjang lebar tentang hari itu, kerana kamu tahu bagaimana keadaannya.
Harap kamu ceritakan padaku sekali lagi, agar aku tidak lupa bagaimana cara menyambutnya!
3 tahun sudah, aku disini. 2 tahun lalu, pagi raya masih tidak lupa pada diriku. Masih mahu berbaju Melayu, mahu makan kuih-muih. Masih mampu tersenyum, masih mampu bergurau senda. Lihat sahaja entri terdahulu, aku masih mampu melakar senyum, walaupun orang kata aku menyimpan perasaan. Itu bukan diriku untuk bertindak hipokrit. Aku senyum, kerana raya masih aku ingati dan mahu aku menjadi sebahagian daripadanya.
Aku lihat baju melayu biru tua bergantungan, sampin hitam bertenunkan benang warna keemasan, songkok dalam kotak Converse di rak paling atas mejaku. Bukan itu yang ku pakai, tapi seluar sukan dan T-shirt hitam, kasut sukan.
Aku menyepak, aku berlari bersama rakan-rakan lain. Anggaplah hari ini seperti hari-hari biasaku. Hadir ke kelas, mendengar dan pulang.
Aku singgah ke rumah Mang, teringat rendang yang di masak semalam. Walaupun aku kurang membantu.
Katanya,
"Dah macam raya kan. Ada rendang, ada lemang walaupun segera, ada ketupat. Tapi tak ada orang datang,"
Aku cuma mengiyakan, semua masing-masing sibuk dengan kelas, peperiksaan, kuiz. Pernah kamu lihat keadaan sebegini. Aku bertuah kerana aku ada dalam situasi ini?
Aku tidur mencari tenaga untuk kelas petang pula. Biarlah lena menjadi teman aku hari ini. Ku harap lena ini meneutralkan segala perasaan tak bernama ini. Semoga aku bermimpi yang indah belaka, dan apabila bangun anggap semua di atas tak pernah berlaku. Aku harap semua itu adalah mimpi yang ngeri yang aku mahu hindarkan dari berlaku sekali lagi.
Aku tidur, kejutkan aku bila hari ini sudah berlalu. Biarpun mereka katakan ianya sekejap, kejutkan aku bila ia betul-betul berlalu pergi. Dan aku setia menunggu hari ini bakal gemilang semula, biarpun aku perlu menunggu untuk tahun-tahun yang mendatang. 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun? Aku pasti hari itu akan datang kembali, cuma aku berdoa dan berharap aku masih ada di dunia ini pada ketika aku mahu merasai kembali.
Aku tidak lupa pada pembaca semua...SELAMAT HARI RAYA, terima kasih kerana mengikuti setiap tutur kata hatiku.

Langgan:
Catatan (Atom)