Isnin, Mac 05, 2012

Warga periang, akan sentiasa muncul.

Melalui hari-hari lalu dengan kesedihan, suram dan air mata sebenarnya adalah satu fasa yang perlu untuk kembali kepada diri kita sebenar - konsep rasa bersyukur yang tinggi terhadap pencipta-Nya.

"...sudah lama tidak membaca entry2 yang gembira."

Banyak sangat sesuatu yang gembira yang berlaku pada aku. Sangat banyak. Cuma macam kurang mampu intepresikan melalui cerita yang menarik yang mampu korang semua tersenyum, seperti aku senyum sekarang.

Dan, sekarang. Ramai bertanyakan tentang status aku - samada aku berada dalam lingkungan dalam perhubungan atau tidak. Soalan itu sebenarnya agak mudah untuk aku jawab. Jawapannya adalah 'ya', kot. Pada  pemahaman aku, adalah 'ya'. Tapi untuk pihak sebelahnya, itu kena tanya tuan punya badan.

Nada seperti 'tepuk sebelah tangan'? Sila fahami dengan sedalam-dalamnya.

Dan hari ini, aku terharu sangat. Terharu sangat-sangat.





Untuk rasa gembira setiap hari, hendaklah kita buat apa yang kita gembira hendak lakukan. Seperti sekarang, aku gembira dapat menulis blog. Aku gembira dapat cerita isi hati aku, selama ini seolah-olah aku mengalami sindrom 'writer block'.

Ok, selamat malam dan salam 2012, [tahun aku baru bermula].

Kebosanan mencipta kelainan.

Sabtu, Mac 03, 2012

Terima kasih, tuhan. (Alhamdulillah)

Semakin hari semakin jiwa kacau.

Owh, tidak.






Bila hari aku bermula dengan wajah sugul, monyok. Ramai mula menyapa kehairanan, "Apsal muka kau lost?". Aku diam, sepanjang hari, hampir sepanjang hari. Bertutur dengan manusia lain hanyalah dengan saluran SMS. Tak mahu berkata-kata dengan serius. Aku tidak mengalami masalah kerja, mahupun kehidupan. Apatah lagi kewangan. Cuma, aku bangun tidur - kepala kosong, jiwa gelora dan kecamuk.

Bila kita susah, insan yang cuba mengembirakan kita - itulah kawan, itulah sahabat.

Bila aku dalam keadaan begini, ramai manusia cuba menggembirakan aku. Dengan lawak semberonono, cerita anak saudara jatuh longkang. Ada juga menyogok dengan sekotak rokok dan lighter.

Mereka cuma tak mahu aku senyap, dalam moody.









Barangkali, aku lupa pada sang Pencipta. Sebab itu aku ditarik satu nikmat yang amat bernilai - ketenangan jiwa.

Alhamdulillah.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Februari 29, 2012

Terlalu banyak menduga, bahaya kepada naluri.

Hormon aku sekarang terlalu cepat membiak. Sumpah, aku tak tipu. Biasanya kekerapan aku bercukur pada muka hanya seminggu sekali. Ya, seminggu sekali. Betapa lemahnya hormon aku membiak untuk bertukar menjadikan aku seperti Wolverine - mutant idaman, berbulu dada lebat.

(Aku salah seorang manusia yang mula menampakkan bulu kaki hanya bila umur mencecah 17 tahun.)

Sebenarnya, macam sudah hilang tujuan mempunyai blog ini. Seolah-olah menjadi longgokan sampah dengan idea-idea sejagat punah dan perasaan jahanam yang perlu tangisan hati dan ketawa dekah-dekah.

[Owh, malam ini bahasa aku sungguh kesat.]



Hati aku terlalu kecil untuk menyimpan semua perasaan. Sehingga satu tahap ianya hampir berkecamuk, serabut, rimas dan kelat untuk ditelan. Sampaikan satu tahap, aku tak mahu berkata-kata dengan sesiapa, apa-apa topik.  

Sudah tiba masa, aku masuk ke gua aku sendiri.

Mencari ilham.

Adakah pada umur 24 tahun, 3 bulan...mempunyai jiwa kacau adalah satu kebiasaan? Ianya hampir meragut kepercayaan kita letak pada orang yang kita sayang.

[Dengan gaya orang putih.]

"What's going on?"








Selamat menghabiskan hari ini, dengan senyuman dan kelihatan kool-basted.

Kebosanan mencipta kelainan.

Isnin, Februari 27, 2012

Bola dan gadis adalah dua genre berbeza.

"Booooooooo!"

"Kenapa wei?" - aku cuba memahami keadaan.

"Tinggalkan MU (Manchester United), gi jumpa gadis!"

"Aku tengok gak la, cuma bukan dengan kau je."

"Boooooooo!"







Hampir sedekad, aku bergelumang dengan lelaki dan bola bila menjelang hujung minggu. Apa salahnya berubah arah ke arah yang lebih serius?

PS: Amat berbaloi tinggalkan bola demi seorang gadis. Seperti, berhenti merokok demi kehidupan yang sihat.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Februari 22, 2012

Dilatih menjadi kuat, untuk lebih kuat.

Aku ingatkan hati dan jantung itu adalah sama - aku salahkan media yang meletakkan kartun jantung dan hati adalah sama.




Sebenarnya hati yang dikatakan 'hati' manusia itu sangatlah kecil.

Sangat kecil untuk dimaki.
Sangat kecil untuk disakiti.
Sangat kecil untuk dimarahi.

Sebab itu, perasaan gembira, sedih, tawa, hiba semuanya ada kaitan dengan hati. 

Hari ini, kita patut mendidik hati ini supaya sentiasa kental menerima pemergiaan sesiapa. Samada yang meninggalkan kita atau yang ditinggalkan kita masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Hati aku terlalu kecil, untuk disakiti. Mengambil tempoh terlalu lama untuk kembali - sehingga seperti hari ini.

Al-Fatihah kepada roh-roh manusia yang sudah bersemadi amannya. Amin.

Kebosanan mencipta kelainan.


Isnin, Februari 20, 2012

Ingin meninggalkan rimba bangunan.

Sejak aku jadi warga kolar putih (balik berdaki gak pun), banyak kali aku cuba keluar dari kesibukan seharian. Paling mudah adalah tidur tak ingat dunia, pergi siram bunga, baca novel dan berjalan-jalan rumah makcik di belakang rumah.

Tapi itu sementara.

Dulu aku dibesarkan di kampung, menetap di pinggiran bandar. Tempat itu menjadi bandar, dan aku keluar dari bandar pergi ke bandar lebih besar. Menyambung belajar di ceruk pedalaman, dan kembali semula kawasan permainan - sebuah bandar. Yang dahulunya sebuah kampung. Nama masih kampung, tapi sudah menjadi bandar.




Bila aku balik kampung, tengok nenek aku masak, petik kopi, bakar sampah belakang rumah. Pagi-pagi ketuk ubi buat sarapan. Tak ada muka kerisauan pun pasal jalan sesak, jalan banyak tol, sewa rumah, pinjaman kereta, sebiji cili pun kena bayar.

Semua dalam keadaan serba rileks.

Aku menjengil di muka dapur memandang luar dapur.

Ada sepohon pokok durian, sudah tidak berbuah lagi. Ada bangsal kayu api, untuk jerang minyak dalam kawah besar.

"Nek, kalau Adib balik kampung buat rumah kat sini. Ok, tak?"

Nenek aku yang tadi menggoreng pisang, terus bagi seruan laser.

"Suruh mama kau balik dulu!"










Memang naluri orang tua, tak mahu berjauhan dengan anaknya, selagi boleh.

Kebosanan mencipta kelainan.

Rabu, Februari 08, 2012

Mendalami puitis seorang lelaki.

Malam ini sangatlah suram.
Entah kenapa angin kipas selaju tiga, masih tidak meredakan hangatnya bilik.

Merayau-rayau di alam maya, mencari ilmiah dan rasa, meredakan lelah seharian.




Terjumpa sebuah syair, lirikan seorang lelaki mengenai kehilangan seseorang yang pernah menjadi sebahagian hidupnya. Setiap cerita aku baca, masuk dalam hati aku. Semacam sekali lagi, mengetuk hati aku - jangan mensia-siakan insan dikelilingiku. Menanggah minda supaya menerima takdir qada dan qadar untukku.

Aku masih seorang lelaki yang masih streotaip.

Bila kehilangan orang disayangi, mahu meraban mencari cintanya semula.
Bila tiada, baru berlari hendak mencari.

Cubaan keluar dari skeptikal dan tipikal lelaki dungu.

Oh, tuhan.




PS: Di bawah pengaruh kafein lampau, mungkin.

Kebosanan mencipta kelainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...