D!-Polarize

Sila lawati: D!-Polarize.

   

Mula-mula dengan DSLR dan berterusan sehinggalah aku terbaca cerita pasal Jamie Livingston:


"He Took a Polaroid Every Day, Until the Day He Died."



Aku bertanya, "Apa salahnya satu hari satu gambar, kan?". Lalu aku cuba mencari Polaroid di pasaran, tapi aku 'give-up'. Pertama, sebab Polaroid yang ada tak begitu klasik. Kedua, segi ekonomi. Ianya praktikal hendak dibawa dimana-mana tapi saiz filem Polaroid yang aku cari sudah tiada dalam dunia (ada itu ada tapi terlalu mahal). Ketiga, dah lepas ambil gambar kena 'scan'.

Selepas episod masih ingin cuba mencari sesuatu yang berkaitan tentang gambar yang hampir sama dengan Polaroid, terjumpa satu aplikasi iPhone/iPod Touch bernama "Polarize". Masalah utama yang muncul adalah, aku tiada iPhone dan aku kurang berminat dengan iPhone 4 (yang sekarang).

Lalu, aku mengikuti FlickR dan terjumpa komuniti kecil ini: Polarize & LOFI.

Kebetulan, selepas aku jual iPod Touch First Generation dan menunggu hampir setahun kemunculan iPod Touch dengan kamera, maka terlaksana impian aku ambil gambar secara 'random' setiap hari. Aku juga dibawah pengaruh minat kaki kamera kecil (kamera di handphone sahaja) atas alasan pemakai DSLR terlalu ramai sehingga malas nak keluarkan kamera bersama-sama. Tambahan, ianya juga berat.


Begitulah ceritanya. Aku pun buat blog sebab bosan (menepati tema 'Kebosanan Mencipta Kelainan), maka wujudlah D!-Polarize. Ini antara gambar-gambar yang sudah aku tangkap menggunakan applikasi Polarize.

   

 






 


Sila lawati: D!-Polarize.

Kebosanan mencipta kelainan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...