Selasa, Oktober 28, 2008

Bersama SI Tua. (Abe punya blog)

Kekadang isi aku merapu, tapi ada yang baik untuk dibacakan? Aku pernah khabarkan siapa ABE pada entri-entri aku terdahulu, dan dia semakin mantap menulis blog walaupun pernah akui blog aku 'best'. Aku kena cakap Abe lagi 'best' dari aku punya. Aku kagum dengan entri terbarunya: Bersama Si Tua. Alang-alang aku promosi blog dia tanpa bayaran, apalah berkongsi ilmu dan bermuhasabah diri. Betul tak

Lawati blog Abe a.k.a junior aku yang kiut:
->KLIK SINI<-

Bawah ini ada juga.

Minggu exam, sabtu, last week…. sekitar jam 2 a.m…


Setelah bertungkus-lumus mentelaah pelajaran di perpustakaan, aku terasa pening. Terasa juga terus nak balik rumah untuk terus tidur tapi memikirkan exam bermula tulat(hari selepas lusa dalam bahasa Kelantan), aku gagahkan juga membaca buku dan memahami yuche yokhak(fluid mechanic). Setelah hampir sehari suntuk tidak bangun dari kerusi,melainkan solat dan ke tandas terasa panas di punggung dan hilang focus gamaknya.

“Keluar jap beli kopi panas kat GS mart lepak kat anyang chon”

Ah..nikmatnya kopi hazelnut panas di dalam kedinginan angin korea yang sedang mengalami pra-musim luruh. Sambil minum berjalan di tepi sungai anyang chon, menikmati indah ciptaan Illahi. Tiba- tiba aku terasa sayu, entah mengapa..adakah sebab aku telah ber’cerai’ dengan si dia? Sebab teringatkan family? Atau terfikir penyesalan akibat kerana sebuah tarbiyah??? Na’uzubillah himinzalik…bisikan syaitan lagi…


“Lain syakartun laazidannakum….” Tetiba terkeluar dari mulut aku ayat itu dan secara tidak sengaja tertilawah ayat itu yang entah rentakya aku sendiri tidak tahu.

“Lagu apa kamu nyanyi tu?”

“huh…”

secara automatic aku terpandang ke belakang. Pakcik Korea ni bikin aku terkejut aje.

“무슨 노래 했냐?( lagu ape kamu nyanyi tu?)” soal pakcik itu.

“oh…bukan lagula pakcik” jawab aku sambil tersenyum.

………………………………………………………………………………………………………………………


Sambil duduk di tangga aku dan pakcik tua tu berborak macam-macam perkara. Menurutnya lagi, dia selalu lepak di anyang chon ni kalau hatinya tidak tenang, terasa stress yang amat mampu dilunturkan dengan ketenangan di anyang chon, katanya lagi.

“MengingatiNya hati akan menjadi tenang”

Kata-kata itu selalu menjadi pegangan bila aku dalam keadaan resah.nak je aku cakapkan ayat tu kepada pakcik tua bila mendengar keluhan dia.
Kami berborak panjang dari topic pelajar Malaysia ke Korea, krisis IMF, ekonomi dan serba sedikit pasal sejarah Korea tiba-tiba pakcik tu mengajak aku minum di kedai berdekatan. Minum…kalau setakat minum macam kat kedai mamak masih boleh ku terima, order teh panas, roti canai satu dan borak ok tapi yang menjadi masalahnya minum korea adalah minum air kencing. Maksud aku air kencing setan. Dan aku tau, jawapan yang aku bakal berikan nanti akan menyebabkan aku terpaksa menerangkan dengan panjang lebar, huraiannya adalah sama yang telah aku biasa buat sebelum-sebelum ini.

“Saya tak boleh minum, sebab saya Islam” aku menjawab beserta sebabnya sekali kerana aku tahu pakcik tu konferm akan bertanya kepadaku kenapa tak boleh minum padahal umur sudah 21 tahun dah. Dan aku juga tahu itu adalah jawapan yang sama entah ke berapa ratus kali aku gunakan kepada semua orang.

“Oh…orang Islam tak boleh minum ya?” soal pakcik tua itu. “ apa lagi yang kamu semua tak boleh buat?” pakcik tua itu menyoalku lagi.


Alamak..ini aku tak gemar ni, bukan tak gemarkan tentang Islam, tapi aku mengantuk dan mahu menghabiskan stadi aku tu.

“Kami tak boleh makan babi, pegang tangan perempuan selain keluarga, tak boleh tak pakai tudung kalau perempuan dan macam-macam lagi” aku malas nak cerita secara komplikated sebab aku dah tak kuasa nak melayannya.

Kalau aku cerita tentang hukum atau secara lebih detail, akan mengambil masa dan mungkin dia pun takkan faham sebenarnya dan mungkin ini juga cara tidak betul dalam berdakwah, tahu Islam tidak memakan babi, tak minum arak tapi tak bercerita dari asas mengucap dua kalimah syahadat tapi entahla..aku bingung time tu.


“Pakcik tak ada agama. Dulu, pakcik beragama Kristian, keluar masuk Buddha, keluar balik masuk Kristian dan sekarang tak ada agama” . “ cumanya pakcik belum pernah lagi nak cuba masuk Islam. Nantila kot” sambung pakcik tua itu lagi.


“Haih, senang je dia keluar masuk agama, pasni nak juga cuba-cuba masuk Islam, ingat Islam ni bapak kau buat ke?” marah aku kepada pakcik tu tapi dalam hati semata-mata.

“Kenapa kamu Islam?” soalnya lagi.

“Ya Allah, tolonglah aku, hidup aku pun berterabur macammana aku nak bagi jawapan terbaik ni?? Bukannya aku tak nak jawab kenapa aku Islam. DugaanMu sungguh kuat Ya Allah. Bantulah aku…. Uh, aku sembah ape yang aku sembah dan kau sembah ape yang aku sembah. Takkan aku nak jawab macamtu. Takkan aku nak bagi dalil Naqli padahal dia tu secara terangnya adalah kafir. Kena guna dalil Aqli ni, tapi ape ya??”


“Saya Islam sebab mak saya Islam, ayah saya Islam dan suasana masyarakat saya di tempat area rumah saya Islam” jawab ku secara ringkas.


“Tak kena dipaksa ke masuk ISLAM? Macammana kamu boleh percaya? Sedangkan pakcik tak kesah puna anak-anak pakcik masuk ape-ape. Dan kamu tahu tak, pakcik hanya percaya pada diri sendiri, percaya pada kekuatan badan dan mental pakcik. Pakcik mampu mengawal tubuh pakcik mengikut arahan pakcik!” kata pakcik tua itu dengan muka seriusnya, siap menggayakan lagi otot-otot dia yang dah kendur tu.


Ya Allah, rasa nak je aku lempang pakcik tua ni. “ Pakcik, saya bagi satu situasi kepada pakcik. Pakcik sekarang berada di lautan dan sedang lemas. Ketika itu, tidak ade satu pun kapal lalu, orang ataupun apa-apa yang boleh untuk berpaut. Dan pakcik sedang kelemasan hampir maut..siapa akan menyelamatkan pakcik, apa yang pakcik akan buat?”


“Pakcik akan berenang mencari daratan dan bantuan”.

“Dan pakcik akan cramp sebelum sempat jumpa, sebab saya cakap memang di lautan yang luas tiada apa-apa” aku menyampuk kata-kata pakcik itu.


“Kalau macam tu, pakcik akan berenang sambil menunggu bantuan atau keajaiban”


“Keajaiban dari siapa? Bukankah pakcik cakap tadi pakcik percaya diri sendiri? Itu dah buktikan yang pakcik perlukan ‘sesuatu’!” tegas aku lagi


Pakcik cakap, pakcik yakin dengan diri, tubuh dan minda pakcik tapi tadi pakcik cakap, kalau stress, pakcik akan datang lepas sini atau minum arak. Pakcik cakap, pakcik yakin dengan diri, yakin dengan tubuh badan pakcik, pakcik mampu kelip mata, geggam tangan jalan, jogging tapi cuba pakcik hentikan sekejap jantung pakcik dari berdenyut. Hanya selama 10 saat sahaja. Buktikan yang pakcik yakin dengan diri dan mampu kawal tubuh badan sendiri”


“Pakcik cakap minum arak boleh hilangkan masalah, stress tapi tu bukan hilangkan masalah tapi hilangkan akal waras pakcik sekejap? Nanti da hilang mabuk, masalah tu masih ade bukan?” aku tau maksud pakcik tadi yakin dengan diri adalah mungkin yakin dengan usaha sendiri tetapi aku pusing balik kata-kata dia tu. Just use his words again as shield. Main balik kata-kata dan psikologi die.

Pakcik itu hanya diam dan sekadar aish-aish je dari tadi. Oh ya, walaupun nada penulisan semacam keras tapi sebenarnya kami sedang berborak penuh kemesraan. Dalam keadaan santai.

“Tapi, macammana kamu hendak percaya benda kamu tak nampak?” soal pakcik tua tu lagi.

Aku da naik fed-up da sebenarnya dengan orang tua ni tapi entah kenapa aku masih teringin nak layan dia.


“Pakcik, takkanlah semua bende kita tak nampak kita tak percaya? Pakcik nampak ke bulu mata pakcik sendiri?”soal aku kembali.

“nampakla kalau ade cermin…takkanla tu pun tak tau..aishhhh..!~” getus pakcik tua itu.

“Dahtu, pakcik nampak guna cermin, bukan mata sendiri. Sama juga tuhan, kita perlukan sesuatu untuk melihatnya. Melihatnya tidak bermaksud melihat tetapi percaya..” aku menjawab tetapi tidak lengkap sebab aku terlack idea dan ditambah pula dengan perkataan korea yang susah untuk menerangkan kepada pakcik tu.

Aku mahu menjawab melihatnya dengan Iman tapi aku tak tahu perkataan itu dalam bahasa Korea dan aku tanak perbincangan aku makin berlarutan makin panjang. Mujurlah selepas aku berikan jawapan itu dia tidak bertanyakan soalan yang berkaitan agama lagi. Bukannya ape, aku kalau bab-bab agama ni memang takut kalau nak main jawab. Salah jawab, mati aku. Rosak nama Islam.

Tak terdetik pun di hati aku nak berdebat pasal bende ni sebab aku bukan macam Ahmat Dedat tapi orang tanya aku jawab la secara ringkas. Dan aku fikir atas nama maruah Islam dan tugas dakwah. Lebih-lebih dari tu, aku secara jujur akan menjawab aku tidak tahu sebab aku bukan pakar sangat dalam bidang ini dan aku akan biarkan yang ahlinya menjawab.

Ni memang dugaan yang besar bila berada di bumi asing dari Islam. Tiba-tiba terasa sedikit penyesalan, kerana tidak penuhkan ilmu agama sebanyak mungkin di dalam dada sebelum ini.
Kami berpisah dan aku berharap aku tidak akan berjumpa si tua itu lagi. Biarlah dia berjumpa Ahnaf ke, Kamil ke, atau siapa-siapa yang ahlinya barulah dia akan mendapat jawapan yang tepat aku kira. Tapi banyak pengajaran yang aku dapat actually.

“Ijazah terbaik datangnya dari jalanan,
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman…” dipetik dari blog adib

.

“dan sembahlah Tuhanmu sehingga datang kepadamu yakin(kematian)” -al-Hijr 99

Komen aku: Mari muhasabah diri. Mampukah kita bercakap kalau kita jadi ada dalam situasi Abe?

2 ulasan:

blurryfella87 berkata...

a very good one Adib..aku suke entry ni..

Tanpa Nama berkata...

terbaek abe..bdk2 ak mmg xmengecewakan..kehkeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...