Lokasi: Lampu isyarat depan Coffee Beans cawangan Itaewon.
Baru sahaja nak berlari meluru ke Coffee Beans, tapi isyarat merah membatalkan segalanya. Aku yang dari tadi muka berkeriut cuba mahu menimbulkan rasa bengang pada lampu isyarat, tapi tak mampu. Tak larat lagi hendak berdiri tegak. Aku berdiri 15 darjah senget dari paksi 90 darjah. Aku melihat lampu isyarat, dengan harapan sekarang lampu hijau. Bila hijau, aku meluru pintu Coffee Beans. Itu hajat aku sekarang.
2 jam setengah sebelum itu...
"Macam klinik, dow" komen Pak Nab mengenai servis di Nikon Centre. Barang yang rosak (lensa atau kamera dan sebagainya) adalah pesakit dan doktornya adalah pakar-pakar mereka. Aku pun rasa kagum juga dengan servis yang ada. Sama juga seperti aku pergi Apple Service Product Centre. Layanan yang bagus, tapi Nikon lagi terbaik aku rasa.
Sebab apa aku katakan begitu;
Minuman kopi yang tidak memerlukan syiling sendiri dikorbankan demi secawan kopi. Boleh juga kalau mahu berdozen kopi. Air jus yang dipekkan dalam kotak, beratur dengan banyak di peti ais meminta untuk diambil. Banyak. Orang tak ada. Komputer siap dengan talian internet, boleh upload gambar kalau mahu. Serta di bagi peluang untuk mencuba produk baru mereka atau produk yang tak mampu kami miliki selaku jurugambar amatur yang baru berjinak-jinak dengan dunia fotografi.
Mesejnya disini, aku minum dengan banyak.
Masa yang tinggal untuk menunggu solat Jumaat masih lama, berbaki 1 jam setengah lebih. Lalu kami berjalan-jalan sekitar tengah kota. Dari Namdaemun Sijang yang kaya barang-barang murah yang kurang kualitinya (pusat barangan kamera pun boleh juga, katanya), ke pusat fesyen jalanan di Myeong Dong.
Dah lama aku tak berjalan-jalan pagi separa buta (tak ramai orang di kawasan sebegini sebelum tengahari). Perubahan mampu dilihat di Korea kalau anda tak melawati tempat itu dalam masa 2 bulan. Dah wujud KOSNEY baru di Myeong Dong, ada ZARA pula tu. Tapi aku tak masuk, buat apa. Aku bukan pengejar fesyen. Kalau nak masuk pun sekadar cuba meletihkan urat-urat kaki.
Pusing-pusing. Akhirnya aku beli kasut satu. Lepas ini aku tak boleh beli kasut. Bajet aku untuk kasut aku sudah pakai. Kasut apa aku beli? Sama macam dulu, VANS juga tapi warna lain.
Akhirnya menuju kembali ke jalan pergi Itaewon.
Hari ini sejuk sekali. Pernah dulu orang tanya aku, "Sejuk-sejuk kat sana mesti nak selalu buang air kan?". Ya, dan benda itu berlaku. Di kala bas masih belum tiba lagi, jauh lagi. Aku rasa macam senak yang sangat.
Macam cerita Juno pula. Minum air oren, jalan-jalan, pergi tandas. Pergi periksa samada sudah mengandung atau tidak. Aku lain. Aku minum jus anggur, jus oren. Pak Nab suruh minum lebih, percuma katanya. (air free di Nikon Service Centre tadi)
Kaki aku tiba di lampu isyarat tadi.
(Bahagian atas sekali baca semula kalau mahu)
Hijau sahaja terus aku meluru ke pintu Coffee Beans, bukan niat mahu beli air kopi atau teh. Tandas yang aku cari. Coffee Beans kedai paling strategik untuk buang air berbanding SUBWAY (kedai sandwich), sebab SUBWAY letak tandas sebelah kaunter. Coffee Beans jauh dari kaunter. Ini semua aku sudah fikir masa aku menahan....
Lega, lega, lega...terima kasih kepada Coffee Beans terutama kakitangan tandas mereka. Kalau makcik cleaner yang ada dalam itu suruh tunggu juga, mahu aku seluar aku basah disitu.
Mana ada, gurau je....(gelikan entri ini?)
1 ulasan:
lololololol..
Catat Ulasan