Khamis, Oktober 23, 2008

Ijazah Jalanan.

"Ijazah terbaik datangnya dari jalanan,
Dari pengalaman bercakap dan bersalaman..."
Mentera Beradu, Malique.

Aku tak boleh tidur malam. Insomnia bukan pada waktu yang salah, selepas kertas subjek 'core' yang selesai, rasa begitu lapang dada. Tapi ada lagi sebenarnya, buat macam tak ada. Harap-harap telinga aku besok tak ada tahi, sebab esok peperiksaan TOEIC, di Malaysia setaraf MUET? Entah, esok sesi mendengar sahaja.

Dah lama aku tak mengarang benda ilmiah kan?

Dahulu aku suka bercerita tentang lelaki dan wanita. Tapi aku sudah berhenti, aku mahu merasainya. Aku mahu rasa cinta yang dikhabarkan hebat, mistik dan unik atau apa-apa lagi penulis, pensyarah, pemuisi khabarkan tentang cinta. Aku sudah hilang tujuan nak mengetahui benda baru sebagai menambah ilmu kehidupan.

Sejak kebelakangan ini aku gemar menumpukan pada sesi pembelajaran. Kekadang aku buka balik buku Matematik taraf sekolah menengah di Korea, abaikan isi buku Matematik Tambahan di Malaysia. Korea lagi mencabar, bukan nak banggakan negara ini. SPM kita hanyalah jalan nak bergerak pada satu fasa seterusnya, bukan tiket kita boleh bangga.

Buku FIzik pun aku suka selak-selak ketika bosan. Asas kejuruteraan ada disitu. Aku rasa nak kuatkan balik apa yang aku belajar untuk masa hadapan aku di pentas mencabar. Aku tak tahu apa yang berlaku tahun depan. Aku pasrah habis. Semoga cahaya kejayaan sentiasa menyinari aku.

Tapi ijazah jalanan?

Jangan lupa cara kita bergaul dengan manusia setempat. Jangan lupa siapa kita di mata manusia lain. Walaupun falsafah suku manusia kata, "peduli apa kata orang", pakai ketika perlu. Jangan semua situasi kamu praktiskan.

Hormati manusia lain kalau kamu mahu dihormati.
Sayangi manusia lain kalau kamu mahu disayangi.
Minati manusia lain kalau kamu mahu diminati.
Terimalah manusia lain kalau kamu mahu diterima.
Cintailah manusia lain kalau kamu mahu dicintai.
Konklusinya,
Semua bermula dari kita.
Bermula bagaimana kita mahu melangkah.


Duduk dalam tempurung, tak mahu mengetahui hujan sedang lebat diluar. Itu namanya bodoh. Bicara dalam kelambu, menutup telinga apabila petir berdentum. Itu namanya takut.

Ijazah usaha 4 tahun tak berguna kalau terperap bawah tempurung, bicara dalam kelambu.

Akhir kata, selamat maju jaya kepada yang nak naik pegang jawatan dalam PPMK. Aku tak kisah siapa nama kamu, siapa diri kamu 10 tahun lalu, dengan siapa kamu bergaul.

Kalau kamu berjaya memimpin, nama baik kamu dapat.
Bukan aku.
Kalau kamu salah memimpin, ramai mengutuk kamu.
Bukan aku.
Seperti tadi,
Semua kembali kepada diri sendiri.


Mmm, esok kena jumpa En. Hanisan di Kedutaan Malaysia. Apa yang bakal dibualkan?

1 ulasan:

Nuriman Talib berkata...

nice artikel. Hidup memang kene hormat menghormati. Kalau pelajaran tinggi tapi tak kenal masyarakat setempat pon tak guna jgak. Mari sama2 tingkat kan sifat kepimpinan dalan diri :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...