Selasa, Oktober 21, 2008

(Tingkat satu 'library') AKU serba tak kena.

Kekadang aku biarkan begitu sahaja. Rasa menyesal pun ada. Idea datang mencurah-curah tapi bukan pada waktu yang kurang sesuai. Nak aku catat, aku perlu jawab 'exam' pada 30 minit waktu berikutnya. Rasa menyesal. Ingat boleh dapat balik idea itu.

Ini semua gara-gara duduk perpustakaan. Orang kata kawasan nak tengok gadis-gadis Korea yang berjalan-jalan ke sana ke mari. Isk, jangan kata aku cuci mata. Niat aku datang perpustakaan ini sebab nak belajar, itu bukan tujuan utama. Aku bukan manusia yang selalu duduk perpustakaan. Ada berapa situasi sahaja.

Pertama sebab nak menghafal. Kedua cari bahan rujukan nak siapkan laporan. Itu sahaja rasanya. Aku boleh kira berapa kali aku lepak di perpustakaan. Semester ini, ini kali pertama. Pertama kali, aku duduk lebih 3 jam untuk semester ini. Pergh.

Tapi bagi aku, tak boleh belajar perpustakaan. Sebab ada ramai gadis-gadis Korea yang lawa-lawa, kiut-miut dan cantik molek. Aku dah tak mahu belajar di tingkat tiga perpustakaan kolej, kalau nak belajar juga di perpustakaan, aku akan memilih tingkat satu; kawasan seram dan sunyi tapi ramai manusia!!!

Mari aku cerita bagaimana situasi tingkat satu.

Ada blok meja yang banyak. Meja bukan terbuka. Kalau duduk sahaja, macam kita masuk kotak yang kecil tapi selesa nak letak buku dan tidur. Bukan tidur telentang, tapi tidur ala-ala main snooker. Ruang kotak ini; atas terbuka sebab nak bagi lampu masuk, belakang terbuka, mestilah nak keluar dan masuk. Kanan kiri ada dinding setinggi paras dada. Tak boleh 'usha' orang sebelah buat apa, cuma boleh jenguk kepala. Baguskan kalau nak belajar macam ini?

Aku dah rasa perasaan duduk dalam bilik ini. Seram. Senyap. Sunyi. Nak buka plastik roti pun, semua orang boleh sedar ada orang tengah nak makan. Umpama lalat masuk dewan besar yang kosong, siap boleh dengar bunyi sayap bergetar. Kalau nak bawa makanan masuk, tin itu siap dibuka terlebih dahulu, plastik makanan sudah dikoyakkan.

Yang paling seronok, ada orang bawa pakaian, alat bersihkan diri. Macam bermalam dalam bilik ini. Pagi gosok gigi, belajar. Makan tengahari, belajar. Bersenam, belajar. Wow. Inilah Korea, negara gila belajar benda yang sedia ada. Kelemahan mereka yang mereka sedia akui, mereka kekurangan buah fikiran untuk menjana idea baru. Punca, belajar terlalu berorientasikan peperiksaan. Bukan atas sikap ingin tahu. Aku orang macam mana pula?

Berbalik situasi melihat gadis-gadis comel.

Bukan aku menyalahkan kecantikan wanita sebagai alasan aku tak boleh belajar di perpustakaan. Cuma...

Cuma...(tak ada alasan sebenarnya)

Cuma aku mahu tumpuan seratus peratus, lebih-lebih lagi kalau 'exam' itu lagi 2 jam atau 30 minit. Betulkah tindakan aku?

2 ulasan:

boss13 berkata...

walla..akhirnya...
peh ak msk je blk tingkat satu tu trus kuar...cannot go dia je suasana..org berjalan pun suma pandang muka stress je...cuak siut...tp dak2 korea mmg high blaja...
gud luck bro

Author berkata...

sila sediakan gmbar awek2 korea yg cun kerana tidak dapat dibayangan melalui penulisan :P

*xperlulah upload gmbar library tu sbb library hanyalah spt... err, perpustakaan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...