Selasa, Oktober 07, 2008

Kertas Dinding buatan sendiri...

Hentam keromo dengan bahasa ibunda sendiri. Mari!
"Wallpaper" atau kertas dinding dalam komputer aku selalunya berkaitan dengan aku minat, baru-baru ini aku letak gambar skuad Manchester United, letak muka Joker, letak gambar Ironman, letak gambar yang bukan aku buat sendiri.

Semua ini bermula dari kelas Kongsu (Application Math) yang susah. Sebenarnya datang dari rakan-rakan sebelah nak buat t-shirt batch katakan. Apa salahnya aku menyumbang sikit, asyik jadi lalang. Ulat pun nak jadi rama-rama, takkan asyik membontot manusia.

Idea orang lidi muncul ketika aku sedang memeriksa litar yang tidak lengkap ketika kelas Sequence System. Kelas Kongsu lagi menambah rentak untuk tangan melakar benda bukan-bukan dan tak mendatangkan keuntungan nyata. Hanya bersuka ria dipetang raya yang entah keberapa di dalam kelas yang seronok.

Lukisan di bawah ini, aku sambung dari kelas Sequence System ke kelas Kongsu dan balik ke rumah. Aku campak lukisan ini ke rak buku, rasa malas nak sumbang idea t-shirt batch. Aku tak berbakat.



Selepas tidur yang lena di pagi hari, (selalu tidur nyenyak selepas subuh) dengan keadaan pening lalat dan sejuk akibat tidak memakai selimut ketika tidur, aku memandang kertas putih ini. Aku kutip beberapa watak aku cipta, manusia lidi yang sedang bermain bola, sedang belajar karate, sedang terkejut, dan manusia lidi yang mencabut kepala. Aku rasa seronok pula tengok hasil kerja sendiri.



Ringkas sangatkan? Aku suka benda yang ringkas dan tak serabut. Aku cuba menambah tona-tona kegelapan supaya tak adalah nampak seperti betul-betul dilukis menggunakan pensil. Pakai Adobe Lightroom sahaja. Bangun tidur yang pening lalat.



Ini hasilnya!!! Aku rasa seronok yang semacam aku buat benda ini. Lalu aku abadikan sementara menjadi Kertas Dinding di komputer aku. Eh, lupa pula tujuan apa aku lukis manusia lidi ini. Aku hantar kepada cik Sarini. Tak kisah idea dibuang, diterima atau tidak. Yang penting aku menyumbang sedikit dari tidak tahu apa-apa langsung.



Seronok, riang ria. Kertas Dinding pertama aku.

Lupa pula nak promosikan gambar raya aku disini walaupun aku sudah berjanji hendak beritahu. Tekanlah FlickR di atas sana.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku tak yakin arsenal boleh menang, soalnya samada kalah banyak ataupun kalah sikit....

apa aku mengarut nih... ;)

go go dib..tak kisah la hasil kita diterima or tak, yang penting ada kemahuan..tak gitu?

baik jadi macam katak bawah tin, berbanding jadi cam katak bawah tempurung !

cakirah 0_o berkata...

tadi google image 'orang lidi'.
i found yours. attractive one.
sangat comel dan simple =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...