Isnin, Oktober 06, 2008

Haru yang haru...

"Haru, haru," bukan lagu nyanyian Big Bang. Tapi aku terharu nama aku tercatit dalam entri pertama blog Kazuya.

Bukan Kokuya (merujuk salah satu kawan aku disini), tapi Kazuya.

Semalam, kalau aku tidak lupa.
Aku menerima komen dari junior setahun muda dariku, cik Huda. "Blog kamu bestlah!" katanya. Aku kurang pandai menerima pujian sebegitu, sebab aku rasa apa yang aku tulis dalam blog aku hanya cerita yang biasa yang di-metafora-kan dan cuba sesekali di-hiperbola-kan. Kadangkala menyelit transilasi bahasa Inggeris ke bahasa Melayu dengan sesuka hati, dan aku katakan tiada tatabahasa yang jitu.

Terima kasih Cik Huda! (harap En. Tayam jangan dengki dengan komen sebegitu.)

Sudah lama aku tidak mengarang karangan sekolah yang diperiksa oleh cikgu bahasa Melayu berbadan gempal tapi baik hatinya (budak MRSM Muar pasti tahu siapa dia!). Aku yakin setiap kali aku hantar karangan aku kepadanya, aku akan dapat komen yang sedap didengar. Ini sifat semulajadi rasanya, dan anugerah daripada-NYA!.

Kepada saudara Kazuya, terima kasih kerana mengikuti blog yang isinya sentiasa bertukar-tukar tapi bukan hiasan didalamnya. Ini kerana aku memang malas hendak mengubah sesuatu yang aku rasa selesa dengannya.

Apabila berlaku sesuatu di depan mata, di belakang kita, atas, bawah, rasai dengan hati, fikir dengan kepala dan tukarkan kepada kata yang biasa, itu cara aku mengomel yang tak sudah-sudah di ruang hitam alam maya ini.

Sebenarnya aku tengah menunggu nasi masak.



Dan...

Aku masih terharu lagi.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ramai yang menghargai penulisan awak...usaha lagi (^_^)

Tanpa Nama berkata...

selama ni aku puji tak penah nak tulis,org lain puji kejap je nama dia klua,jeles2..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...