Baru tadi ada junior aku, dengan nama samaran yang GANAS-nya cik LION memberitahuku esok raya kelima. Owh, macam tiada apa berlaku...
Baru tadi ada sukan tahunan PPMK, dan ia berlaku di kala raya keempat. Bagus betul bersukan ketika raya masih hangat-hangat bontot kuali. Sibuk datang sana-sini isi perut dengan makanan berkhabohidrat tinggi, baik bersenam. Dan minggu depan aku mahu jalani kehidupan yang sihat semula. Sarapan di kala pagi, makan separa berat di waktu tengaharinya dan hanya kunyahan roti di malam hari. Sehingga suatu masa aku mahu turunkan berat badanku ke 60 kg.
Situasi malam ke 27 (aku suka entri Hanif Al-Ahmadi pasal tajuk malam ke 27), berat aku 65.4 kg dan kalau dilakar graf dari 27 ramdhan ke 4 syawal, graf akan menunjukkan kala meningkat, dan graf kecerunan pula amat menakutkan. Maksudnya...
Naik, naik, naik...dan naik.
Tapi bukan berkilo-kilo, hanya beberapa ratus. Itu sudah merisaukan aku.
Rabu lepas raya, Khamis ada kelas, Jumaat cuti berjalan-jalan, Sabtu bersukan bersama rakan-rakan, dan Ahad ada sambutan raya. Keadaan di mana semua pelajar cuba untuk menikmati seperti 1 Syawal semula. Ke aku sahaja yang mahu sebegitu?
Nanti aku letak beberapa gambar mengenai esok hari dan hari ini. Hari ini aku mengambil gambar SEPI! Wow...
Eh, dah 10 minit aku taip, aku mahu mandi, solat dan pergi ke teratak buruk Kamil Halim (aku rasa tak buruk, lawa!). Bermesra dengan Pire, Nasrik dan Iman.
Mahu ikut? Kalau kamu bukan manusia yang memakai topeng tembok yang tebal. Marilah!
2 ulasan:
nak tau...blog awak ni banyak tolong saya. Bila sy pening fikir pasal problem memacam, sy rilek jap baca blog awk. Bila keliru sikit saya carik jawapan dalam blog awak. Kadang2 pendapat2 awak membataskan pendapat saya dan buat saya fikir semula. Kadang2 kita punya pendapat yang sama tentang sesuatu perkara. Tak malu saya katakan bahawa saya 'admire' pada penulisnya. Rasanya ramai yang setuju dengan saya...Jadi, jangan berhenti menulis ya (^_^)
bestnya berat naik,huhu
Catat Ulasan