Sabtu, Oktober 11, 2008

Belajar untuk disakiti, dan aku berhenti!

Bersedia. Aku mungkin ingin menaip dengan panjang seolah-olah aku mahu meninggalkan sesuatu. Perasaan ingin berlari dari sesuatu dan bersembunyi untuk tempoh yang aku mahu. Menjernih segala yang ada, memperbetulkan apa yang salah dan mencari nafas dikala kesempitan mula mencabar kamu.

Aku cuba bersedia dengan setiap apa yang berlaku. Pasti ini jalan terbaik untuk aku. Bukan untuk kamu yang membaca, tapi diriku.

Sorotan senja di bilik Haikal...

Aku cuba hargai setiap masa yang mendatang dan cuba menangisi masa yang aku telah bazirkan. Samada aku sedar atau tidak sedar. Ini minit terakhir aku mengenal siapa disebalik diriku, dan aku harap ini terakhir aku bermuhasabah diri tentangnya. Selepas ini aku ingin belajar sesuatu.

Agak merepek apa yang aku katakan sebentar tadikan? Kembali kepada nyata...

Aku duduk disebelah tingkap yang luas, keadaan bilik Haikal yang separa panas dan sedikit berbahang. Aku tidak kisah situasi itu, aku mahu sedikit ketenangan untuk membaca. Apa yang aku pegang sekarang antara buku terakhir aku cuba mengenal makna cinta dan perpisahan, kegembiraan dan kesedihan. Aku ulang, ini yang terakhir. Tiada lagi buku seperti itu akan ku beli. Sudah cukup rasanya. Aku teringat kata-kata Cikgu Yun, bergerak dengan tangan lebih indah dari membaca. Itu yang aku cuba lakukan selepas aku menyelak helaian terakhir buku ini.

Kenapa aku cuba singkapkan ini buku terakhir? Ia buku menceritakan plot drama yang paling kurang manisnya dalam drama pencintaan, perpisahan. Aku rasa bersyukur tersangat-sangat aku dapat jadikan buku ini koleksi aku, sanggup aku menempah di Kyobo Bookstore dan menunggu selama 3 minggu untuk sampai di tanganku!

Aku suka membaca dalam keadaan yang mengabaikan aku sebagai seorang manusia, lebih baik kalau mereka tidak mempedulikan siapa aku untuk sementara waktu, tapi tak kisah kalau mahu bual bicara. Aku cuba respon setiap apa yang berlaku...

Permulaannya, aku cuba menutup telinga dari mendengar bual-bicara Haikal yang boleh men-darah-kan telinga aku dengan kata-kata manis yang tersusun bicaranya kepada kekasihnya. Sakit mendengarnya kalau aku masih seorang...

Kamu isi ruang kosong itu dan aku tidak akan ambil tahu jawapannya.

Silap aku hari ini aku tidak membaca Ipod Touch aku bersama, bolehlah aku menyumbat lagu-lagu kegemaranku. Lalu, aku meminjam Ipod Shuffle Haikal.
"Haikal, pinjam Ipod,"
"Boleh, tapi lagu aku semua lagu jiwang,"
"Layan je,"
Layan sahaja, dari aku menambah derita telinga aku dengan kata-kata manisnya yang bukan untuk manusia didalam bilik itu. Aku teruskan membaca-baca, sampai Rahman pulang...

Aku masih membaca sambil fikiran aku cuba memahami bicara petang yang dimulakan Rahman. Apa salahnya kalau kawan mahu berkata sesuatu, nanti aku cakap tak ada siapa dengari, aku sakit hati juga.

Tengah dalam keadaan diri aku yang berubah dari seorang pendengar setia dan seorang pembaca, ada soalan yang aku kurang gemari dan selalu aku dapat dari sesiapa yang mengenaliku. Entah kenapa soalan itu umpama beban yang macam beras berkampit-kampit.

"Kau tengah ada cari siapa-siapa ke? Ke rilek-rilek,"
"Ha? Cari apa? Apa maksud kau?"
"Awek le.."
"Rilek-rilek,"

...dan soalan ini muncul kebetulan aku menyelak muka surat terakhir buku ini.

Mesti tertanya-tanya buku apa aku baca kan? Buku untuk manusia yang diluar sana yang sukar melupakan sejarah bercintan-cintan, rasa dilukai, rasa dikhianati, rasa dipermainkan dek cinta kamu.

Aku tak pernah berada dalam situasi itu, tapi aku baca sahaja. Mana tahu aku boleh menbantu manusia sekelilingku menghadapi keadaan derita kamu. Harap-harap tiada siapa-siapa mencari aku berbincang pasal benda ini, aku main-main sahaja!

Kepada Liyana (budak kelas aku masa sekolah menengah, ramai betul kawan perempuanku bernama Liyana). Aku masih ragu-ragu dengan kenyataan kau yang mengatakan aku semakin matang. Semua manusia ingin menjadi matang, budak kecil mahu memiliki apa yang seorang lelaki dewasa ada. Itu pernah aku fikirkan walaupun hingus meleleh di hidung (budak hingusan) dan seluar dalam masih dibasuh oleh orang lain***.

***Abah aku pernah cakap kat adik aku, "Seluar dalam pun mak basuh, ada hati nak ngorat anak dara orang, nak belasah anak orang,". Aku gelak.

Matang atau bertindak matang. Cik Liyana kata, orang yang kurang rapat dengan kita dengan senang nak komen perubahan apa yang berlaku pada seseorang.

Apa pendapat kamu?

Aku basuh muka, pakai baju panas kuning yang aku beli dari negara Kangaroo setahun lalu. Aku menyusur kesejukan malam pergi ke rumah Athir.

Aku sudah belajar untuk disakiti, dan aku berhenti.

Aku mencari peluang untuk hidupkan jiwa aku. Walaupun ditengah jalan aku mungkin rasa sakit yang pedih. Tapi peduli apa, itu hati aku!

Sudah bersedia? Awalan tadi sudah aku khabarkan supaya sudah bersedia. Aku berfikir sementara...bukan disebabkan terma sindrom 'writer block'.

1...

2...

3...

4...

5...

6...

7...

8...

9...

10...



Aku berhenti dari menghantar entri aku ke dalam ruang hitam ini untuk tempoh sebulan, 2 bulan, 3 bulan, setahun, 10 tahun. Aku mahu keadaan seperti biasa.

Terima kasih kerana membaca walaupun panjang.

6 ulasan:

blurryfella87 berkata...

adakah ko akan berhenti memblog lagi ataupun ko akan kembali?
*mcm pantunla plak ayat aku..

Tanpa Nama berkata...

kembali pada satu masa yg tak pasti...

Tanpa Nama berkata...

kembali kepada Yang Pasti membuatkan hati tenang...
jom lepak bilik aku makan keropok dari terangganu..hhuhuhu

Eman berkata...

semoga berjaya bro. sekali-sekala singgah la ke blog aku ahaha

Tanpa Nama berkata...

laa asal nak berhenti lak.teruskan karya tulisan anda yg memukau tu.huhu
p/s:seluar dalam?haha

Tanpa Nama berkata...

visit mine too.,.
http://q99.tumblr.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...