Buku setebal 3 inci (lebih kurang la). Warna kuning. Buka sahaja, dah pening kepala. Memang memeningkan, himpunan teori-teori berkaitan dengan nombor dan ayat. Tapi sebenarnya aku pening dari semalam. Tidur terlebih masa, dari lepas isyak sampai 15 minit sebelum Subuh habis. Musim luruh, faham-fahamlah, malamnya panjang, maka tidur pun panjang dari biasa. Kesannya, aku pening.
Berbalik kepada quote si Mang ni...
Aku pulang dari tingkat 1 perpustakaan yang dikatakan seram oleh aku pada entri lepas. Aku gagahkan juga, demi kertas Matematik Gunaan (Applied Math). Nama macam selekeh sahaja, tapi...ini digunakan untuk menyukat kadar air garam yang lalu dalam air, lantunan spring oleh kereta dan aliran elektrik dalam litar.
Aku pulang dari tingkat 1, aku sambung semula di 'coffee house' area asrama budak-budak ini. 'Coffee house' ini port sesuai untuk 'dating' sebab biasa aku tengok pasangan Korea berdua-duaan masuk ke sini. Tapi Pak Nab, Naim bawa buku setebal 3 inci dan memerah kepala macam mana nak menyelesaikan soalan demi soalan. Kalau aku rakam gaya mereka, aku pun tak mahu join....tapi seronok belajar di sini. Angin baru katakan...
Aku pergi bilik Mang, mana tahu ada apa-apa dia nak sampaikan kepada aku. Tapi Mang tanya soalan lazim kalau nak menjelang kertas Math ini.
Mang: Kau dah habis ke?
Aku: Aku start pagi tadi, terus menerus sampai sekarang.
Mang: Ooo, baguslah tu. Aku turun naik. Macam inilah.
AKu: Macam graf Sine la, turun naik. Turun naik...
Mang: Tak juga. Sine lain. Start dia zero, ending pun zero.
Aku: Habis itu?
Mang: Grad Cosine la. Mula-mula dah 1, semangat sikit. Last sekali pun satu, ambil exam pun semangat sikit.
Aku: Mmm...kau memang terbaik. Apa-apa la Mang.
Aku berlalu keluar, pakai stoking dan pulang.
Lawak. Kepala 2 manusia dah penuh dengan rupa graf Cosine dan Sine. Tepu.
Tapi, kenapa tak seperti graf Tangen? dari infiniti negatif ke infiniti positif. Kan bagus?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan