Khamis, Ogos 21, 2014

Buku-buku yang aku mahu tambah dalam koleksi minda aku (maksudnya aku membeli-lah)

Sebentar tadi, aku keluar duit secara giler.

Pagi-pagi, aku buka Maybank2u.com. Aku klik-klik-klik-klik (sebab aku buat 4 transaksi);

a) Pelaburan amanah saham aku, hampir seribu.
b) Pelaburan aku di Prudential, akaun pertama.
c) Pelaburan aku di Prudential juga, tapi akaun kedua.
d) Bayaran Unifi, sepatutnya seratus setengah - tapi lebih dari itu, ada orang gayut ke?

Nampak tak aku mengamal tabiat 'Pay yourself first!'? Ini antara habit paling susah aku debelop (develop) dari zaman universiti lagi, tapi lama-lama dah jadi satu kebiasaan. Biar aku susah nak bayar bil, dari aku susah nak menyimpan.

Itu sebenarnya konsen aku pada pagi ihi. Hari ini aku konsen mengenai satu perkara iaitu, aku telah menghabiskan RM1000 tambah beberapa ringgit pada buku. Aku ulang, buku. Serius, buku. Secara tidak langsung aku dah menghabiskan kepada aku, dimana aku rasa ada penyesalan - sebab aku tak pernah habiskan duit pada buku sebelum ini.



Ini adalah senarai buku yang sudah aku baca. Tidak-tidak-tidak. Aku hirup nafas dalam-dalam dan kata untuk menyedapkan hati; "Argh benda ini aku boleh kelim cukai!". Sejak semalam aku kumpul resit-resit buku. Alhamdulillah.

OK.

Untuk tahun ini, aku telah tutup akaun pembelian buku - aku dah tanak beli buku lagi, dan aku mahu lakukan adalah ringkasan buku ini; sebagai modal aku nak cerita dalam blog ini.

Dan ini list buku aku mahu beli pada tahun depan.



Rich Dad Poor Dad itu aku dah ada. Maka selebihnya. 

Korang rasa, aku ni dah tahap mabuk ketum buku tak?




Aku tak tahu kenapa aku mahu cerita pasal buku, kenapa bukan kucing?

Siapa mahu mempunyai insurans/takaful?

PS: Ada 5 benda lagi aku nak buat:
1) Beli kereta.
2) Ambil lesen motor.
3) Buat akaun semasa.
4) Cukupkan tunai ditangan sebanyak RM30,000. (Tahun ini sahaja)
5) Menutup akaun klien aku dengan tambahan 29 klien lagi.

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni haaa abg polis! Beliau jumpe klien naik moto ta ade lesen.

K... Bai.

Tanpa Nama berkata...

Ni haaa abg polis! Beliau jumpe klien naik moto ta ade lesen.

K... Bai.

Tanpa Nama berkata...

Ni haaa abg polis! Beliau jumpe klien naik moto ta ade lesen.

K... Bai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...