Isnin, November 11, 2013

Cerita sekeping notes bernilai RM1.

Dalam minggu aku melalui minggu kritikal (bagi aku kritikal, sebab setiap minggu mesti ada klien nak ambil insurans/takaful dengan aku). Minggu ini - hampir TIADA.

Bila melalut macam ini, aku memang tak suka duduk rumah. Sebab duduk rumah lagi cacing. Tak jumpa orang, frust lah. Aku kena jumpa orang juga, sebab sekarang aku dalam keadaan begini memang aku tak boleh biarkan diri aku dalam keadaan seorang diri. Meracau nanti. Parah.

Macam lahanat je aku sembang macam ini.




Sedang aku menunggu kawan aku, nama dia Amir. Dia penjual helmet mahal. Arai, Shoei ke. Aku jumpa dia sebab, dia selalu ajak aku jumpa. Tapi aku tak sempat jumpa dia sebab sibuk. Bila aku tengah down macam ini, aku jumpa dia.

Masa aku lepak sensorang kat Pakli Seksyen 7 tu (port dimana aku kerap lepak, atas sebab nak biasakan kenangan aku lalu kat situ), dalam poket jubah atas kanan aku - ada satu not satu ringgit. Ye, satu ringgit.

Masa itu, aku leraikan gumpalan duit itu. Aku macam seterika duit itu atas meja. Lepas itu aku cakap macam ini:

"Ya Allah, aku yakin RM1, harta ini bukan rezeki untuk diriku. Kau tunjukkanlah ini bukan rezeki ku dengan cara Mu. Dan gantikanlah harta ini, dengan sesuatu yang bermanfaat untuk diriku."

Selepas itu, kawan aku sampai dia pelik sebab aku letak not RM1 atas meja. Dia pun tanya kenapa aku letak duit seringgit itu, aku ceritalah pasal malam ini aku yakin RM1 ini bukan duit aku.









2 hari selepas itu, ada seorang perempuan berusia lewat 40-an ambil insurans untuk diri dia. Suami dia buatkan. Sehari lepas itu, melalui makcik ini ada seorang kakak buat insurans untuk diri dia. Selang beberapa jam kemudian lepas kakak ini ambil - suami dia membuat keputusan untuk ambil insurans untuk diri dia pula.

Petang Ahad itu, aku terdiam. Tergamam. Aku teringat not RM1 tu. Aku rasa kebesaran-Nya. Aku terus bawa kereta, cari masjid terdekat.

Walaupun aku rasa banyak buat dosa atas muka bumi ini, tapi aku meminta sesuatu yang agak selfish untuk diri aku, Allah tunjukkan aku satu jalan lain.







Sebenarnya, aku buat macam ini selepas aku baca buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Dan hari ini, ada satu syarikat baru nak buka minta aku datang untuk bagi presentation, nak buat insurans untuk 50 staff.

Tengahari tadi aku terduduk depan Menara PNB.







Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Well done!

DrLaptop berkata...

well done

saya pun begitu selepas baca buku Mudahnya menjemput rezeki :)

drlaptop kulim

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...