Selasa, November 12, 2013

Kipas - susah - mati. Aku mana ada fan!

Masa aku menulis blog, iaitu masa mula-mula aku berkecimpung dalam blog ni lah kan. Aku memang suka tengok komen, maksudnya. Setiap kali aku tekan butang Publish, aku menunggu lah siapa yang komen aku ye cerita ke.

Dulu-dulu lah, sekitar tahun 2008 gitu-gitu...

Sehinggalah aku sampai satu tahap, apa yang pembaca komen aku buat bodoh je. Serius, buat bodoh je. Baca pun tidak, komen balas pun tidak. Kira ianya adalah 'one-way-communication' je pun.

Peduli apa!

Blog ini untuk orang yang nak hilangkan bosan!





Seterusnya, semalam aku pergi muhasabah diri aku, jumpa mentor aku sendiri. Tahun depan aku merangka apa yang aku hendak buat. Ala, macam tulis karangan. Sebelum tulis karangan 350 patah perkataan kita kena rangka karangan.

Pelan aku tahun depan:

1. Aku nak bawa mak aku pergi Umrah.
2. Aku nak naik Star Cruise.
3. Trip oversea untuk sekian lamanya - samada Barcelona.
4. Belajar scuba-diving, sekarang aku cuba mencari 'buddy' dulu.
5. Trip ke Korea.

(Aku biasakan list lima, biasanya tiga akan menjadi)

Pelan tahun depan, aku buat hari ini dulu.

Cepatlah habis 2013! Banyak sangat cerita tak best 2013, aku mahu buka satu lembaran baru.



...yang pasti, aku mahu tersenyum riang semula!

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...