Selasa, Ogos 13, 2013

Rilek dan santai menikmati keserabutan.

Maka penuhlah dada akhbar dengan ruangan cerita bom dan tembak-menembak. Baru lah terasa kemeriahan negara, diselangi wajah artis-artis yang memakai kebaya ketat yang menampakkan susuk tubuh putihnya, tali coli yang kaler hitamnya.

Gua rilek der!

Dalam kesibukan raya, kereta yang sentiasa menaikkan lampu tinggi. Bongkak menyusur jalan yang memang sedia ada sempitnya - penuh dengan kenderaan. Sana-sini meletupkan mercun, dulu papan, sekarang apa barang mercun papan?

Baru 'kaw' kalau ada mercun yang macam menyambut malam merdeka. Berdas-das, dan setiap das ada nilai wang diterbangkan. Penuh bingit, menyukarkan tidur malam. Padahal keesokkannya, mahu solat sunat raya.

Ah, niatnya sudah salah.

Sunat raya didahulukan, bukan solat subuh - yang wajib perlu diniatkan.

Hantu kak limah, cerita seram yang menyeramkan.
Ombak rindu, yang menimbulkan rasa rindu.

Ah, serba tak kena.


Baru aku tahu kenapa Ramadhan amat sesuai dengan diri aku.

Tiada keserabutan. Segalanya tenang dan rapi.







Duduk melihat jalanraya Kuala Lumpur, kosong. Terasa hendak menongkah dagu, melipat kaki, mata tertumpu langit sambil Thom Yorke mendendangkan lagu Just.

Adakah aku seorang yang begitu rumit? Atau aku begitu simpel (simple) dalam menjalani setiap bait kehidupan?

Persoalan, dan seterusnya persoalan.

Jari aku menari umpama tiada lagu.




Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Tengkubutang berkata...

From http://tengkubutang.blogspot.com/

Hai.. done follow sini..
Follower no. 185
Jom follow me lak..heee..
Salam perkenalan.. nanti leh singgah sini selalu.. heee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...