Ahad, Oktober 06, 2013

Ucapkanlah selamat tinggal pada keburukan, dan mengingati segala kebaikan.

Cubaan berlaku jujur terhadap diri sendiri....

Kita sentiasa cuba untuk menunjukkan wajah sombong - aku kuat. Menjadi simbol inspirasi kepada orang sekeliling kita, tidak ampuh untuk bercerita di saat kita tenggelam dengan jiwa. Meratapi hari panas, merasai hari hujan dan menari dengan jiwa. Masih senyum melihat kelibat manusia bercerita masalah mereka. Argh, macam kau seorang sahaja yang bermasalah.

Masih senyuman terukir di bibir tatkala semua resah merundungi ketidak-lenaan tidur.

Ouh, tuhan!

Apabila aku mengucapkan selamat tinggal, aku akan merencanakan pemergian aku;

Aku tinggalkan bandar yang aku suka.
Aku tinggalkan tempat makan aku yang gemar.
Aku tidak lalu jalan yang penuh dengan cerita.
Aku menutup telinga, mendengar nama nya.
Aku melarang diri aku memijak kaki aku sana.
Aku menutup mata.
Memekakkan telinga.

...tapi aku gagal mendidik jiwa, untuk mengucapkan selamat tinggal. Kerana, apa yang aku tinggalkan semuanya adalah cerita penuh kebaikan.

Lalu aku cuba mencatat keburukan, cubaan menulis.

Keburukan satu... aku buntu.
Satu... aku buntu lagi.

Dengan penuh paksi negativiti, aku cuba mencari keburukan, kesalahan, yang aku kurang gemar.

Buntu.

Kosong.

Tiada.

Aku meronyok kertas, dan berharap aku masa adalah pengubat jiwa, ditemani doa kepada Tuhan.








Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...