Isnin, Oktober 17, 2011

Lama-lama kapel pun, tak guna.

Lesson learned from experience.

Pengajaran dipelajari melalui pengalaman.

Aku memiliki pakej yang menarik - dari tanggapan kawan aku sendiri. Seorang jurutera swasta, dah mempunyai pendapatan bulanan yang stabil, umpama mempunyai anak 3 orang, ada kenderaan sendiri, tak gemuk tapi sederhana. Ada kelulusan luar negara dan bla, bla, bla.

Tapi itu semua tak menjamin kehidupan yang baik selepas mati.

Begitu juga, kalau mempunyai seorang yang dikatakan 'teman perempuan' dah bertahun-tahun - 3, 4 atau ke-5 tahun. Itu juga belum menjamin perempuan itu adalah isteri.

Dalam tahun ini, aku telah menjadi sebahagian cerita sebegini - teman perempuan yang bertahun lamanya, bakal menyarung cincin pertunangan, dan tiba-tiba jadi perkara sebaliknya, tak jadi tunang, perempuan itu jumpa lelaki lain, lelaki yang dah berhasrat nak bertunang dalam gaya penuh 'frust'. Watak aku, jadi orang tengah dan jadi 'best wingmen we should be'.

Paling terbaru adalah teammates aku sendiri. Mungkin dia sedang baca cerita ini.

Aku ikut sekali layan frust menonggeng dia. Bawa dia mengharungi tengah malam jumpa perempuan itu, tengok perempuan itu melambai lelaki lain ketika kami menyorok pada suatu sudut di lapangan terbang KLIA. Buat gaya kool macam hanjing, walaupun hati kawan aku seorang ni, dah tertoreh-toreh tengok kejadian depan mata. Cerita dia begini...

Petang itu, kawan aku ajak aku buat kerja giler.

"Dib, aku nak buat benda giler la."
"Pe dia?"
"Nanti aku cerita, kau nak join la ni."
"Tengok dulu macam mana."

Selepas nak tamat waktu kerja, kawan aku cerita...

"Awek aku nak gi KLIA malam ini. Aku nak gi jumpa dia kat sana malam ini. Boleh kau bawa aku ke sana?"
"Ini ke kerja giler kau?"
"Aah. Kau jangan risau pasal tol, minyak, parking ke apa. Aku tanggung."
"Layan. Member ye pasal! Haha."

Aku tak nak tahu sangat kenapa kena pergi KLIA pada malam kerja, lewat malam. Aku diam sahaja dulu. Aku bawa dia gi makan kat Sunway Piramid. Jalan-jalan sampai sesat, gi farewell dinner bekas bos lama. Sesak-sesak kat area Subang. Selepas semua itu, aku baru tanya balik...

"Kenapa KLIA erk?"
"Awek aku... dia hantar lelaki itu."
"Pergh, biar betul!"
"Betul la, mak dia bukan tahu pun dia kat sini."
"Nanti gi sana, kau jumpa lelaki itu gak ke?"
"Ye la kot."

Memang kerja giler. Kalau drama Melayu, kalau lelaki jumpa lelaki lain sebab perempuan - alamatnya bertumbuk. Aku pun tak tahu nak buat apa. Jadi aku meluru je la dilebuhraya tengah malam.

Sampai sahaja kat sana, kawan aku nak cari awek dia terus. Tapi aku bagi cadangan, aku sendiri yang cari. Sebab awek dia tak kenal aku. Aku cari hampir separuh kawasan di tingkat ruang berlepas (tingkat atas sekali). Cari-cari tak jumpa. Masa dalam perjalan pulang semula ke tempat kawan aku tengah menunggu - aku nampak kelibat perempuan itu. Kali pertama, selama ini aku tengok dalam komputer kawan aku atau paparan di telefon bimbit sahaja.

Berdua.

Bila aku jumpa kawan aku semula, aku cakap tak jumpa. Aku menipu. Tapi kawan aku dah nampak rupanya lelaki itu. Dari segi rupa, terus terang aku kata kawan aku ni kurang sikit terutama dari segi paras rupa. Selepas beberapa episod berpusing-pusing (aku rasa kawan aku dah macam hilang arah) ikut setiap jejak langkah perempuan itu. Perempuan itu ke ruang check in, kami sorok-sorok lalu belakang orang beratur. Perempuan itu macam nak toleh belakang, kami pura-pura pandang tempat lain. Akhirnya, kami duduk di satu tempat. Jauh.

"Dib, apa patut aku buat? Nak jumpa ke tak?"
"Kau nak jumpa ke tak?"
"Kalau boleh, ...nak."
"Dah tu. Jumpa la."
"Aku nak cakap, dib. Mana aku tahu dow."
"Ada tiga cara. Kau buat cara kool, cara gentleman, dan cara bangang."
"Cara bangang?"
"Kau buat bodoh je kat lelaki itu, kau sembang macam biasa dengan awek kau."
"Kalau cara kool?"
"Kau senyum. Kena senyum. Kau salam semua orang kat situ. Lepas itu kau tegur awek kau, macam kau tegur kawan kau. Tanpa ada perasaan. 95% fokus kat awek kau."
"Ok. Kalau gentleman?"
"Kau salam lelaki itu. Kenalkan diri kau, tanya pasal dia sikit ke. 45% fokus kat lelaki itu, selebihnya awek kau."
"Apsal aku tak terfikir ha nak wat macam tu?"

Aku gelak. Aku pun tak tahu macam mana aku leh terfikir nak suruh kawan aku buat macam itu.

"Kau gelak, Dib. Sebab kau tak rasa. Kau kena nanti, baru kau tahu."

Kawan aku buat apa yang aku suruh. Cara gentleman.






Kawan aku cari aku balik, "Dib, tangan aku menggeletar bila salam lelaki itu. Tak pernah aku rasa mencucuk jiwa."

Aku gelak sekali lagi. Ini kali pertama aku berdepan situasi begini.

"Dib, kalau kau jadi aku apa kau buat erk? Nak teruskan ke tak?"
"Buat apa kau nak duduk dalam keadaan keraguan - dia terima ke tak. Buang masa kau je. Kalau aku, blah je. Cari lain."
"Tapi Dib....5 tahun itu."
"Siapa suruh kau kapel lama-lama." Aku bantai gelak lagi.
"Kau tak rasa Dib...Kau tak rasa."

Sebenarnya, awek kawan aku nak hantar lelaki tadi gi luar negara. Tapi sampai sanggup dari utara Malaysia ke sini, berhantar maksudnya lain la kan.

Aku dan kawan aku duduk di suatu kawasan agak tersorok di pintu berlepas. Tempat sebelum turun ke kawasan pemeriksaan passport.

"Wei, kita duduk sini. Usha je. Aku tahu hati kau tak tenang, kau lepak sini. Dia tak nampak kot."

Selepas 30 minit lepak disitu, tiba saat-saat aku tunggu...

Aku kata sesuatu...

"Andaikata, perempuan itu melambai lama kat lelaki itu, kalau aku jadi kau - aku dah ada jawapan muktamad aku sendiri." gaya menghasut tahap cipan.

"Aku harap tak. Kalau dia buat, sakit hati aku." kawan aku menduga.





Perempuan itu melambai, dari atas eskalator sehingga ke bawah. Sehingga lelaki tadi dah lepas checkpoint pemeriksaan passport.

Aku memang tumpang sedih kawan aku. 5 tahun dia tak nampak perempuan lain, dah simpan duit kumpul nak beli cincin tapi keadaan sekarang jadi begini.

Morale of story, janganlah kapel lama-lama.

10 tahun kau kenal seorang perempuan, belum tentu dia dah tersurat jadi isteri kau.

Bosan?

PS: Aku rasa frust giler tengok kawan lelaki aku frust bercinta. Rasa nak tampar je telinga dia.

Kebosanan mencipta kelainan.

8 ulasan:

Nadia berkata...

adesssss...~!!!tp siyes mmg cam cite drama...tumpang simpati kt kawan ko..suh je die lupakan awek tu..~!!nasib baik die tau skang kalo time dah beli cincin or majlis kawen n tetibe pengantin lari x ke haru jadinya..~!!mau meroyan kwn ko....

happycloud berkata...

mcm drama daaaa

Tanpa Nama berkata...

hurmmm.. kesiannya.. sebar je la.. dalam perjalanan hidup ini mugkin itu hanya persinggahan sementara sebelum berjumpa tempat perhentian yang sebenar.. dugaan lumrah kehidupan tak boleh lari. :)

Tanpa Nama berkata...

sape kawan ko dib..syazni mokles ke adib??uaauuu...drama2..

-bukansood-

zai berkata...

pergh.sebak baca.

Basri berkata...

Pengajaran

N-S berkata...

so sorry to hear about your friend....

Tanpa Nama berkata...

huahuahua...
sadis2..

-Ang Pijun-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...