Dalam Formspring aku, ada pesanan supaya aku menulis sesuatu yang 'wow' - yang memberi impak terhadap pemikiran sejagat manusia.
Apa yang aku sedang buat adalah sesuatu yang serius.
Tentang belanjawan aku (sendiri punya la), urusan harian supaya disenangkan, soal jodoh tidak ketinggalan, perihal masa depan dan paling penting - hal ketuhanan. Aku masih mencari kemanisan beribadah di negara sendiri. Dulunya, hidup seorang muslim dikelilingi bukan muslim amatlah hebat, sebab itu ruang ibadah adalah ruang yang 'manis' - disebabkan sukarnya berbuat begitu.
Sanggupkah menapak bukit, bertukar-tukar bas, subway semata-mata untuk solat Jumaat 2 rakaat?
Dalam 3 hari, berapa kerap kalikah dapat dengar syarahan, tazkirah, sesi taalim selepas solat?
Berbuat sesuatu ke arah kebaikan, bukan semudah berniat sesaat untuk melakukan kejahatan.
Annyong, chal ja-ra!
(Hi, selamat tidur!)
Kebosanan mencipta kelainan.
1 ulasan:
Suka dgn penggunaan ayat 'perform ibadah'. Ayat 'perform' buatkan kita rasa lebih komited utk berkomunikasi dgn Allah ktika beribadah krn 'perform' itu sndiri mmbawa maksud to accomplish, to fullfill atau dlm erti kata lain mmberi 100% komitmen pada pada sesuatu task.
Just utk share.
Catat Ulasan