Ahad, Oktober 09, 2011

Kenapa perlu menulis sedangkan boleh menaip?

Ahad merupakan hari yang serba tenang, gangguannya bukan seperti 'blues' Isnin - sibuk dan dalam keadaan yang pantas. Bulan Oktober juga entah apa yang berlaku, mungkin majlis tunang/kahwin yang bakal penuh memandangkan cuti yang ada dalam bulannya.

Aku jarang membeli akhbar/paper. Sumber aku biasanya hanyalah Internet dan TV. Hari ini aku melebarkan sumber pembacaan - akhbar The Star. Terbaca ruang kolumnis Sumiko Tan yang bertajuk 'Why Write When You Can Type?'.

Penulis Sumiko Tan telah mengembalikan nostalgia pensil dalam peradaban manusia sekian kalinya, dari bangku sekolah dan ke zaman sekarang tahun 2011, dimana penggunaan pensil dalam menulis semakin terhad. Ini memandangkan adanya gajet hebat yang mengurangkan penggunaan batang kayu yang ada karbon dihujungnya - pensil.

Aku rasa aku dah jadi malas hendak menulis!

Kalau aku menulis blog ini dalam keadaan aku menulis, menggunakan pen Kilometrico atau apa-apa jenama lain, mungkin aku hanya menulis blog sebulan sekali. Siapa lagi yang mahu meletihkan tangan/bahu dan mata melihat jari-jari bergerak menulis setiap abjad di atas garisan pada satu kertas kosong putih. Bila melakukan silap, kena cari pemadam. Tapi untuk pensil. Jikalau pen? Blanko atau liquid paper perlu diacah atas kertas, dibiarkan sejuk dan kering barulah karangan akan ditulis semula. Nostalgia bukan?

Aku mungkin pernah memiliki tulisan yang lawa - bulat, boleh dibaca dan boleh difahami. Sekarang? Sukar sekali. Aku memerlukan pen hanya untuk menulis isi penting dengan short-form yang keterlaluan. Mengejar masa dan menjimatkan ruang. Buat apa menulis panjang-panjang tapi maknanya sedikit. Tapi kenapa bila menukarkan ke dalam format menaip, perlu ditulis panjang?

Saban hari, penggunaan aku menggunakan pen/pensil hanya perlu ketika di waktu brainstorming, mesyuarat dan menandatangani dokumen. Selebihnya, taip pada email, laporan dan sebagainya. Sebab itu aku kata menulis adalah suatu yang memenatkan.

Menulis juga mendatangkan masalah - masalah yang aku perkatakan tadi. Bila salah, kena cari pemadam, atau liquid paper. Itu belum lagi masalah dari segi bendahara kata dan salah susun ayat. Langkaun setiap ruang. Tiada butang 'backspace', 'space' atau 'delete'. Fungsi 'CTRL+C' dan 'CTRL+V' mana ada jika menulis. Jika hendak mengulangi benda sama, kena tulis semula. Saiz tulisan tidak sama. Bukan dalam kala yang sama, bergantung penat dan kemalasan.

Secara fizikalnya, manusia sekian lama kurang menggunakan otot - otot sekitar tangan, bahu untuk menulis. Aku bersyukur belajar di Korea, setiap helai laporan kerja sekolah masih ditulis menggunakan tangan menunjukkan kerajinan. 10 hingga 15 muka surat, masih lagi larat menulis walaupun merungut sudah pada muka surat ketujuh. Cuma hari ini, kasar aku katakan, aku dah tak nampak menulis menggunakan pen/pensil adalah suatu yang efisien. Lagi-lagi, suasana kerja aku menuntut aku mengunakan masa dengan optimum sepenuhnya.

Sejak kecil, aku dilatih menggunakan pen/pensil untuk menulis sesuatu. Sama dengan adik aku yang keempat, tidak jauh umur. Kalau hendak bagitahu mak, supaya dikejutkan awal pagi untuk study - pesanan ditulis dikertas dan ditampal di dinding peti ais menggunakan magnet.

Adik aku yang kecil, hanya menggunakan telefon bimbit menulis -

MAMA, HARI INI HARI SUKAN. TOLONG INGATKAN BAWA BAJU SUKAN

- ditaip menggunakan keypad telefon bimbit Blackberry. Ditambah lagi nada dering alarm untuk peringatan jangan terlupa. Kan lain, zamannya.

Sampai sekarang, walaupun aku pengguna telefon bimbit pintar, ada aplikasi memo dan alaram yang canggih, aku masih mengamalkan bawa sekeping kertas dan sebatang pen. Dalam kereta ada satu pen, dalam kocek poket sebelah kiri ada sebatang pen dan kertas di kocek kanan. Post-it ada dua dalam bilik aku, sebelah tempat aku letakkan jam.

Walaupun aku tak menulis panjang berjela-jela, tapi aku masih tradisional menulis setiap perkara yang aku tak mahu lupa - sebelum pulang kerumah kena beli susu Dutch Lady perisa strawberri.

PS: Tulisan tangan aku hampir menyerupai budak darjah 1.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

happycloud berkata...

menulis guna pensil/tulis tangan,ada lebih feel, tak sama macam type kat keyboard ni ha. TSK TSK T.T

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...