Aku bekerja, tapi belum berjaya. Ukuran kejayaan bukan sekarang, tapi mungkin bila rambut sudah beruban, atau tayar kereta sudah botak. Usia muda, istilah berjaya tidak sesuai - mungkin. Dem. Aku sembang serius.
Dalam FB, ada orang post tabiat-tabiat dalam pekerjaan yang membantu kerja-jaya.
1#. Be punctual (Ketepatan masa).
Kerja aku bermula dari pukul 7.30 pagi sehingga 5 petang. Aku amalkan petua '10 min sebelum tempat kejadian'. Jam tangan aku masih menunjukkan waktu yang sama, tak sama ada sesetengah orang suka melajakkan masa 10 minit awal, semata-mata mengelakkan terlewat. Siapa yang baca ini dari golongan pelajar universiti, sila amalkan - amat membantu aku sehingga hari ini. Tiada rekod datang lambat. Kedatangan adalah permulaan bibit kepercayaan orang. Budaya Jepun, Korea memang begitu. Sebab itu mereka maju.
2#. Initiative (Inisiatif).
Belajar dan bekerja adalah dua alam yang berbeza. Aku belajar memang disponsor, disogok buku, suruh dapat A, kasi kaler cantik je kat dalam sijil. Kerja? Lain. Dibagi satu tugas sahaja, "Bancuh kopi!". Tapi tak bagi tahu dimana gula diletak, dimana uncang kopi ditaruk. Kena pandai-pandai sendiri. Cara paling mudah, bertanya. Macam mentor aku cakap, beza orang pandai belajar dan orang pandai hidup ada satu sahaja - rajin bertanya.
3#. Neat, tidy, clean. (Kemas).
Ini cara untuk impresi orang. Memang cool, kalau datang kerja selebet semacam tapi kerja kau hebat. Tapi itu semua kartun sahaja. Dress to kill. Bagi lelaki, sila amalkan potong rambut dalam keadaan berkala. Sebulan sekali, facial hair dua hari sekali.
4#. Organized (Tersusun).
Setiap hari kita akan menerima input yang banyak. Kalau macam aku, ada berpuluh orang akan cuba report situasi mereka dan apa yang mereka mahu daripada aku - secara lisan, atau secara tulisan. Aku amalkan bawa 'post-it' setiap hari, pen setiap masa, diari di poket. Sebelum aku balik, aku akan alihkan ke satu lejer besar buatan aku sendiri untuk aku review keesokan hari. Segala kertas aku susun mengikut nama projek. Setiap helaian kertas aku terima aku akan tulis tarikh dan waktu terima, untuk rujukan masa depan.
5#.Systematic (Sistematik).
Wujudkan aturan kerja sendiri. Walaupun kau bukan bos, tapi cuba jadi bos kepada diri sendiri sekurang-kurangnya. You're master of yourself. Bila terima satu, cuba lalukan dalam satu sistem. Dari A ke B, dari B ke C. Ini secara tak langsung, membina karier pengurusan kau sendiri. Ini susah aku nak terangkan, kerana ini semua berdasarkan sistem yang ada dalam kompeni itu sendiri. Ada flow.
6#. Efficient (Efisien).
Beza antara pekerja dan pekerja yang lain, yang sama dari tempat belajar, tahap pendidikan diterima adalah berapa masa yang diperlukan untuk menyelesaikan satu tugasan. Semakin cepat, efisiensi akan bertambah. Permulaan pekerjaan memang sukar bekerja secara efisien. Tips - sila susahkan diri melakukan kerja yang susah walaupun hakikatnya kerja itu membencikan. Pada awalan juga, akan berlaku banyak kesilapan. Sebab itu, kalau boleh banyakkan bertanya dan minta bos supaya bagi ruang untuk membuat kesilapan. Buka hati untuk menerima komen dan kritikan pedas.
7#. Problem solving (Penyelesai masalah).
Aku boleh kata begini: Dalam pekerjaan akan ada 3 pekerja yang selalu jumpa. Satu, pekerja yang selalu mengomel masalah, memberitahu masalah. Kedua, pekerja yang tahu masalah, dan tahu cara penyelesaian tapi tidak bertindak kerana tak mahu dipertanggungjawabkan. Ketiga, pekerja yang tahu masalah itu, tahu cara terbaik untuk menyelesaikan dan kalau tersilap berani mengambil tanggungjawab itu. Tips - kalau sudah bekerja sebagai 'decision maker' sila minta nasihat sekurang-kurangnya dari 3 orang yang berlainan peringkat, bawah, sama dan atas untuk membuat keputusan yang lebih tepat.
8#. Fast (Laju).
Laju ini hanya boleh bergantung pada pengalaman sahaja. Sama macam aku cakap tadi, awalan pekerjaan sila susahkan diri giler-giler.
9#. Accuracy (Ketepatan).
Aku dah cakap pasal ketepatan untuk membuat keputusan. Lagi satu jangan lupa catat setiap perkataan yang keluar dari mulut orang. Kadangkala apa yang keluar dari mulut pekerja adalah idea yang superb tanpa mereka sedari. Nombor-nombor yang mereka katakan kena sentiasa 'alert'. Awal-awal memang rasa macam celaka, tak tahu apa. Jangan segan suruh mereka ulang walaupun agak menjengkelkan mereka. Sebab itu, aku bawa pen dan kertas setiap masa. Lagi satu, apa input yang disampaikan jangan terus letakkan kepercayaan seratus peratus. Buat selidik berdasarkan apa yang telah disebut oleh pelanggan/pekerja baru boleh percaya selepas beberapa sesi diskusi. Dalam pekerjaan, semua orang hendak menyelamatkan bontot masing-masing supaya tidak dimarahi bos (trying to save their ass).
10#. Fewer mistakes (Meminimakan kesalahan).
Idea kesempurnaan memang tiada dalam pekerjaan, tapi cuba motivasikan diri supaya mengurangkan buat silap. Sebab itu, awal-awal aku sebut cakap kat bos sendiri, 'allow me to make a mistake' dan minta tempoh masa itu sendiri, biasa 3 bulan pertama. Kesilapan aku buat masih ada, cuma bukan yang serius. Tips - kalau kau masih student, sila buat salah banyak-banyak ketika buat report universiti. Aku bernasib baik dapat lecturer yang kerja condemn report aku je memanjang. Memang terasa bersyukur.
11.# Paperwork (Kertas kerja).
Kertas kerja adalah bagaimana orang menilai gaya pemikiran kita. Samada masih kebudak-budakan atau mempunyai pemikiran yang kreatif. Sampai sekarang aku masih belajar paperwork stail Jepun - setiap perkataan dan gambar dihayati, berbanding paperwork stail Korea. Lagi satu, tujuan paperwork adalah kalau boleh, orang yang bodoh pun boleh faham apa isi kandungannya. Aku masih dalam proses belajar. Tahap awal buat paperwork ikut selera bos memang macam nak terajang meja je. Kalau berjaya buat satu paperwork, boleh jadi duit jutaan ringgit. Sila belajar dari orang yang berpengalaman.
12.Interpersonal (Hubungan kemanusiaan).
Amalkan sentiasa tegur orang, salam dan senyum. Walaupun kadang-kadang kau tegur orang dia buat muka macam tahi je, suatu hari nanti dia akan cari kau bila dia susah. Hubungan kemanusiaan ini hanya boleh dapat ketika waktu makan dan ketika masuk kerja. Bertanyalah soal famili ke, soal kesihatan ke, atau apa sahaja. Masa aku tempoh latihan kerja, aku tak tanya langsung pasal kerja. Aku banyak tanya pasal soal kehidupan - macam mana nak melabur, anak berapa, kerja dah berapa lama, hujung minggu selalu pergi mana, rumah kat mana. Kerja adalah kerja, manusia adalah manusia. Kan lain.
13#. Teamwork (Kerja berpasukan).
Kerja berpasukan memerlukan kepercayaan. Maka, binalah dulu kepercayaan orang dahulu, perkara-perkara yang aku sebut diatas. Bila soal memberi idea, sila hujah dahulu tanpa memaksa orang menerima idea tersebut. Bila waktu orang lain beri idea, jangan terus bagi persepsi negatif. Tanya semula. Teamwork sesama umur dan setaraf memang senang, tapi cabaran apabila berkolobrasi dengan orang berpengalaman dan ada ego sendiri. Sebab itu, cuba dapatkan kepercayaan orang dahulu baru bentuk kerja berpasukan.
14#. Office etiquette (Etika pejabat).
Aku tak suka sangat duduk pejabat. Pasal etika ini aku tak berapa tahu sangat. Cuma aku nak kata, kalau pinjam barang orang dalam ofis itu sila pulangkan semula. Terpakai kerusi ke, cakap minta maaf. Jangan meninggi suara bila bersembang...aku tak suka duduk pejabat. Abaikan.
15#. Follow up (Ikut perkembangan?).
Apabila kita berurusan dengan seseorang, dan separuh selesai - jangan ingat sampai begitu dan harap mereka pasti akan meneruskan tugas itu. Awal pekerjaan, memang orang akan memperlekehkan lagi-lagi budak baru masuk. Mereka nanti macam tak acuh je kalau tak follow-up kerja mereka. Tips - ikuti perkembangan kerja mereka setiap hari. Bila jumpa, jangan terus tanya pasal tugasa yang sedang dilakukan. Mulakan dengan bicara ringan-ringan, lepas itu blah dari situ sekejap, datang semula, tanya balik, "Yang semalam macam mana? OK?". Kalau tak OK, terima tak OK. Supaya apabila tugasan itu melibatkan orang lain dan kau terpaksa melaporkan situasinya - jawapan 'Tak Tahu' adalah menunjukkan kita seorang yang lepas tangan dan tak buat 'follow-up'.
16#. Writing (Tulis).
Sama macam buat paperwork. Tutur kata, lenggok bahasa perlulah tepat dengan situasi. Kalau aku tulis macam ayat blog ini, serius aku dikatakan tak serius bekerja. Jangan meleret. Bila menulis sesuatu seperti memo, tulis dengan terang, jangan jadi macam doktor. Jangan ada typo. Automatik, kau dianggap super-careless kalau ada.
17#. Reading (Baca).
Setiap laporan atau helai kertas yang diterima sila baca dengan teliti dan difahami. Misalan, kalau diminta tandatangan suatu dokumen, baca dengan teliti. Aku hampir pernah meluluskan invois bernilai ribuan ringgit, tanpa aku baca isi kandungan - yang tiada langsung dengan aku. Andaikata tersalah beli, aku akan dipertanggungjawabkan. Cuba duduk dengan orang berpengalaman untuk tahu bagaimana mereka menafsirkan setiap bacaan laporan yang mereka terima. Setiap orang ada pandangan yang berbeza, dan ini perlu tahu untuk mematangkan tahap pembacaan.
18#. Priority (Keutamaan).
Setiap hari, bukan hanya satu tugasan sahaja diterima (untuk yang bekerja bidang kritikal la). Kadang-kadangg overlapped job memang sentiasa ada. Susun tugasan menurut mana keutamaan yang paling tinggi. Kalau tidak tahu, sila tanya bos. Aku selalu hampir bertegang leher mengenai isu ini. Memang setiap bos nak semua kerja siap pada waktu yang sama. Tips - jangan jadi YES-man. Jadikan 'dateline' sebagai keutamaan misalan tiada kata putus dari bos sendiri.
19#. Filing (Menguruskan fail).
Benda ini senang sangat la. Setiap kerja perlulah ada hardcopy dan disimpan secara sistematik. Cara menguruskan terpulang masing-masing, nak kaler ke, nak warna-warni ke. Jangan biarkan berlonggok. Aku pun sakit hati kalau orang longgok kertas depan aku.
20#. Responsibility (Tanggungjawab).
Setiap orang takut nak memikul tanggungjawab. Tips - bertindak berani dan jadi hati kering. Bagi aku, sekarang baru umur 24 tahun dan mengenai soal kerja ini aku anggap masih dalam proses belajar walaupun waktu bila-bila sesiapa sahaja boleh maki aku kalau aku buat salah. Tapi, aku terima tanggungjawab itu dan kalau salah, aku terima kesalahan itu. Aku banyak buat 'try and error action', walaupun sesetengah bos tak suka pendekatan begini. Cuma jangan salahkan orang lain, kalau dah buat silap.
Earn people trust, selepas itu balik awal hari-hari. Buat apa pening kepala duduk lama-lama. Bukan boleh jadi kaya pun.
PS: Projek 'Marvellous Monday' hanya 58% tercapai. Kecewa woo.
Kebosanan mencipta kelainan.
3 ulasan:
Komited nak baca dari awal sampai habis. Tips yang bagus bila dah berumur 24 tahun, 4 tahun akan datang.
Thanks!!
zai, aku x semangat nak baca mula2. pnjg ni. lps baca, ok fhm. berguna :)
Thank you untuk tips nii.
Lepas baca tips ni, aku mengagak.. Kau mesti pekerja yg cemerlang, kan. Selalu kena puji dgn bos..
Catat Ulasan