Jumaat, Oktober 07, 2011

Jiwang tetap ada, tapi lebih ekonomis dan mapan.

Aku dah bagitahu awal tahun ini, dimana aku banyak menghabiskan masa belajar pasal ekonomi, pengurusan kewangan, soal saham jatuh turun, inflasi, apungan matawang dan pelaburan masa pendek dan panjang.

Minggu ini, memang ada isu besar (bukan aku) pasal kes jiwang-jiwang cintan cintun jarak jauh. Kisah lelaki yang bakal ditinggalkan awek dia yang dah terikat 5 tahun. Orangnya ada pembaca blog aku, dan sedang melayan hati. Setiap hari melaporkan keadaannya, dan esok untuk mencari kepastian cintanya. Kalau dia baca, selamat berjaya.

Aku malas nak layan lelaki/perempuan dengan cinta sugul.

Inflasi.

Inflasi adalah sesuatu yang telah aku tahu sejak kecil. Masa itu pemahaman tentang inflasi aku dapat dari TV. Setiap hari, selepas kartun sahaja akan ada iklan 'Inflasi Sifar'.

Fahaman aku, inflasi adalah sesuatu yang tidak berkadar tetap - boleh jadi melambung dari segi peningkatan harga barang. Macam ini:

Pada tahun 2001, seorang yang bergaji RM1000 mampu membeli sebiji burger benjo RM1.00.

Tapi...

Pada tahun 2010, seorang yang bergaji RM1000 mampu membeli sebiji burger benjo RM2.00.

Peningkatan harga adalah disebabkan peningkatan harga asas lain. Minyak dan sebagainya (contoh). Aku faham inflasi ini bila aku jadi pekerja kolar putih yang duduk di Lembah Klang. Dulu, kicap Kipas Udang aku mampu beli berharga RM1.90. Sekarang harga dia (semalam aku tengok) RM5 lebih. Tapi kadaran ini tak sama dengan sumber pendapatan bapa aku - dulu gaji sikit tapi kuasa membeli pun luas. Berbanding sekarang, gaji dekat RM3000 pun belum mampu mempunyai kuasa membeli 10 tahun lalu.

Inilah inflasi, yang aku faham dan aku boleh cerita pada orang lain.

Bila aku lihat laporan Bajet 2012 Malaysia punya, aku rasa tak akan terima tempias perubahan ini. Cuma aku mahu aku kata, aku tengah merancang kewangan yang lebih stabil untuk mengatasi inflasi ini.










Baru aku tahu kenapa tak payah belajar tinggi dah boleh hidup senang.

Bersyukur.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Basri berkata...

burger benjo dah RM2.00 ke sekarang? Gila mahal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...