"Sampai suatu tahap, kau akan selesa dengan keadaan itu."
Menulis isi blog, bukannya 100% difahami oleh pembacanya. Misalan, macam blog aku - meleret, terheret dan kaboom! Tiada isi konkrit, malahan dari permulaan hingga 'Kebosanan Mencipta Kelainan' hanyalah omongan hati tanpa batasan. Itu lah keadaan hakikatnya, tanpa jalan cerita. Main balun je. Sekejap cerita King Kong, teralih pula kepada Planet of The Apes.
Frasa, 'gembira'.
Sejak aku bersihkan keadaan aku, maksud aku, 'clear'kan setiap yang ragu-ragu, mencari kepastian (tempoh yang amat sukar bagi aku sebenarnya), aku melihat alam semesta dalam keadaan ceria. Kalau pagi Sabtu, matahari memancar terang walaupun belum pukul 7 pagi. Hujan pun tak lebat, renyai-renyai. Semuanya kelihatan ringkas dan dalam nada harmoni.
Aku cakap macam aku tengah hisap dadah, bukan? HAHA.
Aku lebih bersifat menyendiri & terlalu over-confident sekarang. Plan apa yang aku suka, buat apa yang aku suka, pergi ke mana aku suka, jumpa orang siapa yang aku selesa. Beli suratkhabar pada pukul 8 malam, baca sampai tertidur. Main game, Plant VS Zombie, tengok Muay Thai sampai larut malam. Waktu kerja, aku berada ditempat kerja. Balik sahaja, keluar kemana-mana.
Senyum, sapa, salam. Aku layan je keadaan semasa.
Orang mesej FB, aku tak layan kalau aku tak ada mood.
Orang mesej telefon bimbit, aku buat dono je tak nak reply.
Sebab itu tak kisah dipanggil menyombong. Aku tengah berusaha mengikut perancangan aku, walaupun ketetapan Ilahi sudah ada, tapi Imam Ghazali kata, hiduplah seperti kau akan mati esok.
Memang blues, keadaan pagi Isnin. Mana pernah aku online pagi Isnin sejak menjadi pekerja kolar putih ni. OK, secawan teh tarik Boh kurang manis belum mampu memberi idea yang superb menulis.
Kebosanan mencipta kelainan.
1 ulasan:
kan best kalo ako Bersemangat nk g kije cam ko..~!!!MONDAY..i don't like u lah...jujur ako..hehe~!!...n i can't pretend to be others kan kan kan....
Catat Ulasan