Dia tak jumpa apa-apa.
Aku bagi tahu dia satu fakta tentang jam, kedai jam dan iklan-iklan jam. Adik aku tak percaya tentang fakta itu. Lalu sekali lagi, meminta masa sekejap nak periksa balik dan hendak pastikan fakta yang keluar dari mulut aku adalah betul.
Adik aku tengok setiap jam yang ada dalam kedai jam itu.
Lepas itu, dia tanya aku balik, "Kenapa erk?"
Aku cakap kat dia, "Kalau kau tak tahu alasan dia kenapa, tapi tahu apa persamaan setiap jam yang ada dalam kedai ini, kau akan masuk setiap kedai jam dan akan kagum. Tapi kalau aku bagitahu kenapa setiap jam dalam keadaan tersebut, kau akan ketawa dan selepas itu kau tak akan nak tengok jam lagi. Kemudian kau akan bagitahu fakta ini kepada kawan rapat kau...dan kawan kau akan kagum, seperti kau hari ini."
Tak puas hati. Setiap kali lalu kedai jam yang ada dalam Jusco Bukit Tinggi, dia akan menenung setiap jam yang ada. Iklan jam, jam yang dipakai Maria Sharapova, yang dipakai Micheal Schumacher, Alex Yoong dan sebagainya. Lepas itu, dia soal aku lagi, "Kenapa?!"
Aku tak bagi tahu malam itu.
Keesokkannya, selepas aku balik rumah dia terus bagitahu:
"Aku dah jumpa apa jawapannya!"
Malam itu, kami diskus kenapa setiap jam dalam kedai jam dalam keadaan begitu.
Aku tahu fakta ini, ketika aku berada tahun 2, ketika di kolej. Fakta ini sahih, kenapa setiap jam...
[aku tak nak bagitahu disini]
Kebosanan mencipta kelainan.
4 ulasan:
ap jwpn. ap jwpn.. (tny byk2 kali)
haha...lecturer ako siap blanja ako mkn sbb ako dpt jawap soklan nape sume jam menunjukkan waktu tu..hehe..~!!ko patut blanje adik ko mkn jugak..hehe
tunjuk 10.10?
a smiling clock makes u attracted to it :)
Catat Ulasan