Khamis, September 29, 2011

Kawan melawak soal jodoh.

Aku banyak idea hendak menulis sesuatu yang hebat. Macam dalam perjalanan pulang, aku hendak cerita tentang kehebatan gajah tidur dalam keadaan telentang. (Semalam aku tengok Animal Planet).

Tapi, idea datang secara rawak dalam apungan fikiran dan berlalu begitu saja.

Setiap malam aku tak buat apa-apa.

Keluar malam, bayar bil diwaktu malam. Kalau bosan, gi lepak McD makan pai epal dan secawan kopi. Atau makan roti nan ke, beli kek ke, baca buku ke. Tengok macam aku bosan je.

Bila aku keluar dengan rakan sekerja, soalan ditanya:

"Malam-malam kau buat apa?"

"Aku tak buat apa-apa,"

"Kau mesti lonely kan"







Bila ada kaitan dengan soal perempuan, aku akan tolak tepi dan cuba mengubah topik - topik gajah dalam filem Thai Tom Yung Gong.

Waccha!

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

a.s.m.a berkata...

kau memang lonely ^^

happycloud berkata...

kesian. cepat cepat la cari. nanti blog ni tadelah entry pasal org lonely

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...