Pilihan.
Seperti bangun pagi, dengan angin sejuk dan kipas angin tanpa jaringan besi, tertogel, meniup laju ke arah muka. Bila sahaja, hendak buat sesuatu - kita ada pilihan. Pilihan untuk menghilangkan sejuk.
1. Menekan suis tutup untuk kipas.
2. Memperlahankan kipas.
3. Menarik selimut.
4. Keluar dari situasi itu.
Pilihannya yang banyak membuatkan kita berfikir dan berteka-teki. Mana satu pilihan yang baik, yang buruk, berfaedah. Sejak kecil kita sudah diajar tentang memilih pilihan. Puting mulut berkaler oren atau kuning, rasa yang mungkin berbeza. Pilhan tanpa batasan.
Semakin kita membesar, pilihan kita akan menjadi terbatas kerana bajet dan syarat-syarat, hukum-hukum, dan larangan. Misalan, dengan duit RM0.50 untuk membeli Twisties dan coklat Ferrero Rocher. Terhad. Itu mengenai kebendaan.
Pilihan biasanya akan datang dengan variasi. Tidak ada hanya diberi pilihan yang berbagai. Soal akhirat pun begitu, kita ditanya soalan paling sukar dijawab oleh insan manusia: Aku nak masuk neraka ke, aku nak masuk syurga?. Itu salah satu pilihan juga.
Itu sebab yang kukuh, kenapa sudah tercatat dalam naskhah suci Al-Quran dalam dunia ini telah dicipta banyak benda dalam keadaan berpasangan. Hitam dan putih, langit dan bumi. Dan banyak lagi. Walaupun dalam keadaan berpasangan, pilihan itu boleh dicipta. Mempunyai dua, tiga, empat pilihan. Supaya kita lebih matang berfikir tentang kesannya hari ini dan semalam.
Sejak aku katakan, aku telah membuka pintu hati, banyak aku belajar benda ini - aku telah mempunyai pilihan. Baru aku tahu, ada orang yang sedang menunggu aku, ada yang bersifat 50-50, ada yang masih neutral, dan perasaan yang mendalam tapi tidak diluahkan.
Aku telah jadi manusia yang begitu 'direct'. Membelakangkan sifat Melayu itu sendiri yang suka berlapik bila berkata, kononnya hendak menjaga perasaan.
Walaupun apa-apa pilihan kita ambil, haruslah dengan keberkatan-Nya.
Haih, atas meja ada nasi dagang dan nasi lemak daun pisang.
Malaysia tiada batasan dalam soal pemilihan makanan.
Kebosanan mencipta kelainan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan