Khamis, September 22, 2011

Apabila semua orang menyapa tangan dalam keadaan sempurna.

Aku perlu pastikan apa yang sedang berlaku adalah pasti. Tidak ragu-ragu, tidak suatu yang masih samar dan tergantung. Sebab, aku dah mula malas bermain dengan keraguan - membazir masa aku, sebab hidup aku boleh terhenti bila-bila masa, yakni kematian.

Sempurna.

Impian setiap insan, mengimpikan kesempurnaan. Segalanya berlaku dalam sistematik, dalam keadaan yang baik dan dikehendaki hati.

Hari aku melaluinya - kesempurnaan.

Apabila aku bangun pagi, aku bangun tepat jam 6 pagi. Melihat jam, jarum tepat pada pukul enam. Mandi dengan kala 5 minit. Memakai pakaian yang aku telah fikirkan ketika mandi. Berus gigi terletak pada lubang ke enam dari kiri. Tuala bersidai pada ampaian - tempat dimana sepatutnya berada.

Apabila keluar dari rumah, aku cium tangan kedua ibubapa aku. Amalan aku dari sekolah rendah. Turutannya, ibu dahulu dan bapa, kemudiannya. Aku kemudiannya, menghidupkan enjin kereta. Memeriksa keadaan tayar, samada kempis. Aku mengambil masa 7 minit (purata) untuk meregangkan badan. Lalu aku periksa suhu enjin telah berada dalam keadaan optima.

Aku masuk kereta dengan Bismillah, dan mengucap dua kalimah syahadah. Itu pesanan nenek aku, sebab kalau eksiden dan mati kita mungkin tak sempat mengucapkan khalimah itu. Aku buka radio, Hot FM untuk siaran Panggilan Hangit. Jalan yang aku lalu, ada kereta tapi lancar.

Lampu isyarat langsung tidak membenarkan aku menarik posisi transmisi ke Neutral. Hijau. Selepas sahaja habis siaran, aku tukar kepada Fly.fm pula untuk Morning Wake Up Your Brain. Soalan yang telah menjadi berharga RM11,000.

Soalan apakah persamaan 4% pengguna social network?

Ada seorang yang telah mendapat jawapan hampir tepat.

Bila aku masuk ke kawasan parkir kereta, pak guard melambai masuk. Aku menuju ke parkir aku sendiri, nombor di dinding jalan sudah hilang. Tapi aku tahu itu parkir aku. Bila aku keluar sahaja, aku minum sedikit Lysterine. Kumur sambil aku kunci pintu, naikkan bilah cermin dan berjalan ke arah longkang laluan pejalan kaki. Aku muntahkan semula.

Bila aku masuk ke pintu, ramai memberi salam. Ceria.

Aku ke pejabat pula. Ada orang memberi khabaran yang menarik.

Bila aku mula lakukan kerja, tiada satu pun manusia yang mengganggu aku. Tiada email yang menyuruh aku menyiapkan tugasan, melainkan jemputan menjadi wakil kompeni jadi pemerhati Sabtu ini. Selepas tengahari, aku meneruskan projek aku, dan telah mendapat respon baik dari rakan sekerja.

Sebelum pulang, aku pergi ke surau - tiada orang berjemaah. Hanya aku seorang diri. Ada mahaguru aku sedang memakai kasut, dah nak beransur pulang. Perbualan kecil berlaku.

Ketika pulang juga, aku bertemu dengan mentor aku - bercerita tentang benda paling lawak berlaku hari ini.

Aku pulang, seperti biasa.

Dalam perjalanan pulang, singgah ke Mesra Petronas. Beli setin Nescafe White Coffee Ipoh, dan bayar bil telefon. Tiada orang beratur. Tiada masalah menunggu.

Dalam perjalanan pulang, pusingan roundabout tidak sesak -walaupun sepatutnya jam ini aku lalu, biasanya sesak dan rasa rimas. Tapi hari ini tidak.

Masuk rumah, aku letakkan dompet, kunci kereta, buku log, tweezer...dan iPhone.

Hari ini, telefon bimbit pintar aku mencatatkan rekod - tiada satu pun panggilan masuk, tiada satu pun SMS masuk. Peratus bateri hanya hilang 8%.





22 haribulan September, dua ribu sebelas.

Hari paling mencetuskan fenomena dalam diri aku. Tiada satu saat pun, aku rasa nak buka telefon bimbit.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

happycloud berkata...

maknanya, hari ini tak mencabar? hmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...