Jumaat, September 23, 2011

Kelihatan gembira, bukan?

Deskripsi aku tentang seseorang kadang-kadang boleh menggagumkan orang.

Kenapa aku tak pernah deskripsikan tentang perempuan yang aku jumpa, yang aku minat, aku olahkan dalam bentuk penulisan blog?

Boleh. Tapi mesti korang rasa macam aku seorang je yang ada awek/isteri/bini. Boleh jadi super-duper GELI. Jadi aku tak ceritakan langsung. Cuma aku mahu katakan, kalau nama seseorang itu muncul, yakni nama penuh, lepas itu ada gambar aku dan dia, atau  dia seorang masuk ke dalam Dandelinoid - blog ini. Wanita itu bakal jadi istimewa.

Aku pernah letak gambar seseorang, tapi aku tak beritahu namanya - dia bukan istimewa.

Aku pernah deskripsikan seseorang, tapi aku tak tunjuk gambarnya - dia bukan istimewa.

(Sila rujuk entri-entri lama)





Kekerapan aku menulis blog telah menjadi terlalu kerap, sehari satu. Bilangan pengikut bertambah satu. Pelawat telah kembali mencecah 300, aku dalam posisi dan momentum baik menjelang November. Hidup telah menjadi stabil, tiada workholic. Pagi Sabtu dihiasi nasi lemak dan Nescafe panas. Ahad nya pula memandikan 'kuda putih'.

Semoga aku teruskan nada gembira ini, disamping jangan lupa tentang kesedihan dan kematian yang bakal dijemput bila-bila masa.

Alhamdulillah!

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

N-S berkata...

terbaik la semua entry dekat sini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...