Rabu, September 21, 2011

Tak rugi jadi pendengar setia masalah orang.

Kadang-kadang aku bosan bila sedang melakukan kerja. Bosan sebab idea yang tunggu tak muncul. Jadi aku melepak dengan kerani, atau pekerja pejabat (aku tak suka duduk pejabat yang ada air-cond, buat otak aku lembab semacam).

Bila telefon berdering, aku jawab macam tutur kata penjawab telefon untuk 'customer service'.

"Hello." orang dalam talian.
"Hello, selamat pagi." aku.
"Amir ada?"
"Maaf cik, Amir tiada disini cik?"
"Tak ada ke?"
"Tak ada cik. Ada apa-apa pesanan?"
"Eh, siapa ni? Budak baru ke?"

Aku gelak dulu.


Lepas itu, baru aku pass bagi kerani pejabat. Lepas itu aku  berlalu dari situ. Hilanglah bosan aku.

'Don't ask, don't tell'

Aku memang banyak tanya orang. Orang itu duduk mana. Kalau malam-malam tengok cerita apa. Apatah lagi, kalau pekerja itu perempuan, memang aku lagi banyak bertanya. Memang tempat aku banyak pekerja perempuan. Kalau bosan-bosan, aku duk tanya benda mengarut.

Macam soalan kenapa berlaku itu, kenapa kena buat itu ini. Sampai tak boleh jawab. Kalau tak boleh jawab, aku blah dari situ. Sebab aku rasa berjaya membuatkan orang berfikir tentang sesuatu.

Lagi satu, mereka tercari-cari identiti aku siapa - melalui Facebook.

Sehingga sekarang, aku hanya 'ignore' jemputan untuk berkawan dengan orang yang sama tempat kerja dengan aku. Sebab, bila aku tak datang kerja setidak-tidaknya mereka tak tahu aku sedang menonton wayang tayangan tengahari (kalau aku ter-update status).

Lagi satu, sedang-sedang aku duduk buat analisis ke apa, mereka kekadang cerita pasal soal keluarga mereka. Kes anak mereka melecur kena ekzos motor, anak demam tak keluar dari wad, cerita dia dengan suami dia cari rumah tapi tak dapat-dapat. Cerita malam raya, suami bagi jam tangan cantik.

Sebab itu, aku tak ada masalah apabila aku minta sesuatu dari mereka segi soal dengan kerja.

Hanya dengan menjadi pendengar setia.

Aku rasa aku ada bakat kerja jadi HR (human resource).





Aku dah jadi selesa dan senang dengan kerja aku sekarang. Sebab itu, aku dah rajin menulis blog semula.


Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

indeed, sgt betul. tak rugi dengar masalah orang, lagi lagi perempuan. memang suka bonar lah kalau ada org dengar.

For us, that itself make a woman feels so connected to the listener. tak pasal2 anggap sang pendengar kwn rapat. bukan senang nak cite kat org yang suami kasi jam cantik..unless kalau jam rolex, mmg nak kasi satu dunia tau.hahaha.

kebosanan mencipta komentar :)

keep on writing adib :)

han eba berkata...

kenapa rasa mcm, org lain yg mendengar? HAHA. dengar soalan.

Tanpa Nama berkata...

Style lah cara penulisan....
jangan jemu menulis!
semua entry best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...