Aku mahu menulis sesuatu, tapi tak pasti.
Orang kata, engineer macam aku - boleh memahami perempuan dengan lebih senang. Sebab lebih kepada analisis, respon kepada setiap perubahan samada dalam kala penurunan, dan memerhati keadaan lebih teliti. Lagi satu, mempunyai memori yang tajam. Boleh ingat setiap titik graf berubah walaupun 2 atau 3 titik sahaja. Sebab perubahan bermaksud 'ada suatu yang tidak kena'.
Karut.
Andaikata, mendapatkan seorang perempuan adalah target, dan menggunakan apa segala cara untuk mencapai target itu - ada dua kemungkinan.
Target tak sampai...atau target sampai.
Target sampai, akan berlaku ke peringkat seterusnya. Semakin berkembang, semakin terancang, semakin tenang, dan semakin memahami keadaan itu.
Tapi, kalau tak mencapai target itu, apa seorang engineer akan buat?
#1. Masih meneruskan keadaan dalam masa tertentu yang ditetapkan - 2 ke 3 bulan.
#2. Membiarkan tujuan utama, melakukan sesuatu 'side project' untuk kembali tujuan asal - target tersebut.
#3. Bakal memberi tugasan projek itu kepada yang lebih pakar.
#4. Drop sahaja projek itu, dan cari projek yang lebih bermakna.
Tadi ada orang kata, kalau buah hati seorang engineer lebih terjamin masa depan.
Buat aku geli hati sahaja.
Kalau aku, baik cari ustaz/ustazah, yang lebih faham soal rukun nikah dan boleh menjamin sekurang-kurangnya akhirat. Insya-Allah.
Betul tak apa aku kata?
Kebosanan mencipta kelainan.
3 ulasan:
betul betul betul!
Btuiiii....ako stuju..~!!
terjamin mase depan kalau jumpa engineer? bangga! hahaha
No lah, it means u won't see ur wife in the kitchen makin dinner sebab bagi dia take out lebih jimat masa dan lebih efektif. dia percaya outsourcing itu perlu. Anak2 dari kecik dah kasi flashcard calculus n thermofluid sebab tak nak bila dah besar baru terhegeh nak paham rumus.
Agak terjamin lah bila tgk dari aspek tu. heee heee
Catat Ulasan