Kepada pembaca blog sekalian, dan kaki tegar idea kebosanan mencipta kelainan.
Semalam hari Ahad, dan aku tidak bekerja. Dan aku diperlukan ditempat kerja, tapi aku tak pergi. Lalu aku berjalan-jalan tanpa arah tujuan sebenar.
Sejak kebelakangan ini, aku banyak buang masa. Bila aku tak buat sesuatu pada hari itu, aku akan rasa bazir kerana membiarkan masa berlalu dengan begitu sahaja.
Macam kalau orang nak tahan aku bagi pamplet mekap muka untuk hilangkan parut jerawat aku, aku cakap tak nak walaupun awek pamplet itu telah menarik tangan aku. "Tak pe, saya sekejap je!"
Kalau salesman mengganggu aku tengah makan, "Maaf bang, tak berminat."
Nampak memang aku sombong, tapi aku telah jimatkan masa orang itu dan masa aku.
Kalau aku pergi McDonald, aku tak akan masuk baris baru aku pilih menu. Biasanya, aku akan berdiri depan menu (bukan kaunter) baru aku pesan makanan aku.
Tapi, bila berdepan manusia aku pun jadi begitu juga.
Suka cakap suka, benci cakap benci.
Sayang cakap sayang.
Seronok cakap seronok.
Sedap cakap sedap.
Kurang gula, cakap kurang gula.
Buat apa aku nak buang masa orang kalau aku memberi harapan?
Dan...menipu perasaan orang?
Terima kasih, dunia. Kerana telah membuatkan aku sombong...untuk seketika.
Kebosanan mencipta kelainan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan