Rabu, Ogos 24, 2011

Bulan Ramadhan, bulan kemenangan.

Manis.
Semanis kurma, Yusoff Taiyob!


Biasa dalam pukul 4 petang, akan ada suara - nak berbuka apa erk?

Aku tak pernah tanya soalan itu sejak aku ada disini - di bumi hujan batu. Sebab segalanya istimewa. Bersepah atas meja, pulut panggang, talam ubi, popia basah, murtabak daging, siakap masam manis. Banyak.

Belum lagi kalau berbuka di hotel-hotel. Daging kambing panggang. Satay bercucuk-cucuk, air berkaler-kaler. Aku minum semua, aku makan semua.








Hari ini, hari Rabu, bukanlah wordless, cuma salah satu hari Rabu yang terbaik dalam hidup aku.

Sebulan lepas, bos aku kata, "Bulan Ramadhan, bulan kemenangan. Kita mesti buat yang terbaik."

Kemudian, apa yang dikatakannya, memang membuahkan hasil.

"Dib, ang nak balik awal kan? Baliklah. Baju raya ang pun tak beli lagi kan? Belilah."









Aku bercuti raya selama seminggu (10 hari). Jangan dengki.

PS: Tips makan buffet aku telah dipraktiskan.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

happycloud berkata...

untunglah dapat cuti :)

Nadia berkata...

ako lagi lame 11 hari(jgn dengki)..huahuahua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...