Sabtu, September 03, 2011

Cara dan ciri nak jadi bakal bini aku.

Ini hanyalah omongan kosong di pagi Sabtu, sila jangan ambil serius.

Diulangi, sila jangan ambil serius.



Kalau ditanya bagaimana aku beraya, aku beraya gaya tipikal orang Malaysia beraya. Bangun pagi raya, mandi raya, makan ketupat dengan kacang, solat Idul Fitri, balik bersalaman minta maaf, bagi duit raya, bakar meriam dua tiga das dan merayau area kampung. Tiada yang spesial, tiada perubahan ketara.

Cuma dulu aku tak ada, sekarang aku ada. Unsur suspen pun kurang, dulu aku beraya sebagai budak kecil sekarang aku dah beraya dengan misai dan janggut seketul dua. Aneh untuk nenek aku menerima keadaan aku yang sudah besar panjang, kepala dan leh cecah tiang seri rumah memaksa orang-orang tua dalam rumah berpesan, "Jalan tu bebaik, kang jendol (dahi) bengkak!".

Walaupun fizikalnya aku besar panjang, tapi jiwa aku rasa macam budak-budak lagi (yang aku rasa). Pagi raya main Pro Evolution Soccer, malam raya layan Transformer dengan budak lain, keesokan paginya layan budak main mercun dan meriam. Beg aku raya hanya beg aku masa aku pakai zaman universiti, ada sepasang jubah (baju raya aku), dua helai jeans, 4 T-shirt, dan 6 helai seluar dalam. Simple kan?

Tak macam abang saudara aku, dah ber 'beg-beg'. Pampers anak dia, tuala bini dia, baju basahan anak dia, tepung susu, songkok, dan bla-bla.

Jadi aku bakal melalui semua itu, dalam 10 tahun mendatang.

Aku memang ada ramai nenek. Nenek sebelah sana, nun sana, nun sini. Orang Jawa memang macam itu.

Bila melihatkan aku keadaan sudah besar panjang (ketinggian aku, bukan anggota lain, ok.), berseloroh soalan-soalan melibatkan jodoh.

"Dah pergi rumah bakal mak mertua?"
"Bila nak tunjuk kat nenek, muka makwe?"
"Nenek tengok kau macam ni, tak makwe ke?"
"Dah ada ke belum? Kalau tak nenek cari."

Itu belum lagi disakat oleh segerombolan makcik aku.

Diorang ni suka bincang soal jodoh aku, jadikan aku topik perbualan tapi aku ditengah rumah duk melantak kuih samperit kaler kuning sambil meneguk air sirap merah bebenor kalernya.

Yang mereka harap:

1. Aku tak memilih bakal bini dari Utara; Perlis, Kedah, Penang.
2. Aku tak memilih bakal bini dari Pantai Timur; Kelantan dan Terengganu.
3. Aku tak memilih bakal bini dari bahagian sebelah laut China Selatan; Sabah dan Sarawak.
4. Aku tak memilih bakal bini dari Johor.
5. Aku tak memilih bakal bini dari Negeri Sembilan.

Aku rasa mereka ini ada konspirasi atau pengalaman mereka menghadapi menantu-menantu mereka yang berasal dari kawasan-kawasan diatas, juga amat risau mengenai kos meminang dan rombongan jauh-jauh.

Mereka juga berharap:

1. Pandai masak.
2. Pandai kemas rumah.
3. Pandai ambil hati orang tua.
4. Pandai makan kerepek tumpi dan peyek.
5. Pandai buat sambal belacan.

Dan..mengejutkan...

6. Boleh dan mampu beranak ramai.









Ciri dan cara diatas adalah hasil perbincangan nenek-nenek aku, dan makcik-makcik aku. Aku hanya pendengar yang mengkodek-kodek balang kuih samperit kuning, yang tak perasan dah nak kehabisan rupanya.

PS: Jangan ambil serius.

Kebosanan mencipta kelainan.

5 ulasan:

jijie berkata...

nampak nya takde pulak org rejek org melaka... haha.. just kidding! selamat hari raya adib.

jumari jipan berkata...

Hahah. tergelak aku baca entry kau nii. Good luck

Linlin berkata...

aku! pandai makan tumpi, tempeyek.hrp boleh dipertimbangkan. haha..

slmt hari raya!

happycloud berkata...

watak utama di hari raya, haha.

harus bangga tidak disisih ;D

azeyra berkata...

Selamat hari raya....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...