Khamis, September 08, 2011

Aku suka memerhati, terlupa aku juga diperhatikan.

Rasa terlupa aku sudah mempunyai blog, yang mempunyai pengikut (bukan angka sebenar) 169 orang menunggu entri seterusnya.

Dulu aku cerita pasal idea serius, ramai akan komen dan memberi idea. Jujurnya, aku sekarang jadi lebih serius. Keputusan yang capai, bakal memusnahkan wang kompeni atau membuatkan orang lain iri hati. Tapi kalau aku intepretkan kepada kandungan isi blog, mungkin korang pun menyampah nak baca. Aku pun menyampah nak menulis!

Macam mana kehidupan aku sekarang?

Aku masih seperti biasa.

Cuma gaya pemikiran aku terhadap hubungan sosial, tak setajam seperti dulu. Aku dulu boleh jadi pemecah suasana, perencah keadaan yang suram. Boleh jadi teman perbualan yang macam Dr. Fadhilah Kamsah. Aku dah kurang dari segi itu...dan aku rasa ketandusan untuk berbual dengan orang.

Aku memerlukan inspirasi. Inspirasi yang akan membuatkan aku aktif seperti dahulukala.

Ye, inspirasi.

Sekarang aku tengah bosan, maknanya, ketika mana aku lama tidak mengemaskini isi blog, bermakna aku ada inspirasi. Sekarang?




Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Nadia berkata...

jom g jln2 cari makan..???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...