Sabtu, Ogos 20, 2011

Erti Ramadhan lebih bermakna kalau di negara hujan emas.

Tertanya-tanya kemana aku pergi selama ini (dalam ruangan maya), bukan jadi isu besar sebenarnya. Bukan. Aku sekarang tidak bosan, menikmati setiap inci ruang masa kehidupan. Sebab Ramadhan itu ada 30 hari.

Aku mencari balik perkara yang aku dah lama tak rasa. Banyak sebenarnya. Kehidupan lepas sedikit sebanyak membuatkan aku lupa perkara-perkara yang lazim.

Tapi, aku masih merasakan pengertian Ramadhan itu lebih bermakna jika ada nikmat itu tiada.

Tiada bazaar juadah buka puasa;
Tiada longgokan kuih-muih diatas meja;
Tiada laluan sesak orang berebut pulang hendak membeli juadah;
Tiada lagu raya pada Ramadhan yang ke 15;
Tiada mesej paparan iklan jualan baju raya;
Tiada buffet buka puasa harga lebih RM50 di hotel-hotel;
Tiada itu, tiada ini.

Aku rasa kalau tiada benda diatas ini, Ramadhan aku lebih indah.

Aku tak pernah risau pun apa juadah buka, nak makan apa. Sepinggan nasi goreng dengan telur mata kerbau kuning cair pun dah OK. Sahur pun, hanya tegukan air kosong. Nasib baik, kalau ada biskut atau saki-baki nasi briyani semalamnya.

Sehingga sekarang, aku masih tidak menjenguk mana-mana jualan raya lagi.

Aku rasa, seolah-olah tak perlu.

Masih selesa berbaju jubah tahun lepas, atau sepasang baju melayu kaler merah jahitan pak cik aku. Aku tak ada terfikir apa kasut yang aku mahu pakai. Sebab seleksi kasut aku yang ada, walaupun sudah berlubang tepi, aku masih suka. Sebab ianya terlalu rare.









Banyak lagi perkara yang sudah miss sebagai seorang anak, berbuka puasa bersama keluarga.

Dulu, hanya rakan-rakan, senior-senior, junior-junior, warga-warga Indonesia, Pakistan, Bangladesh jadi rakan semeja ketika berbuka.

Tahun ini, tiada kad raya aku nak bagi kepada pembaca aku atas kesibukan kerja.

PS: Pengejar 10 malam.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

Nadia berkata...

Pengejar 10 Malam - Semoga Kita Sume Mendapat Keberkatan dari Nya..

Slamat Hari Raya N Selamat Menikmati Juadah Hari Raye nnt..^^V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...