Aku rasa, semuanya yang berlaku depan aku, kanan, kiri dan belakang, juga dari dalam - semuanya berlaku dengan terlalu pantas.
Seolah-olah, banyak benda sudah berlaku, dan aku ada memori yang begitu sedikit tentangnya.
Entah kenapa, juga, malam ini aku ingin menaip-naip.
Entah kenapa, juga, aku rasa diri aku umpama - Spider Man.
Juga, aku tiada mood untuk bercakap dengan sesiapa melainkan seseorang.
OK.
Salam Ramadhan yang telah menemui titik pertengahan.
Kepada pembakar kuih samperit, sila jangan rentungkan hasil kerja kamu.
Mari makan almond london, boleh speaking London, yo!
Aku tidak bosan. Cuma, aku rasa kasihan dengan orang yang menanti entri baru.
Kalau ada...
Kebosanan mencipta kelainan.
3 ulasan:
adalah org tunggu. tade post sempena bulan puasa ke? :)
Finally....=)
'Aku tidak bosan. Cuma, aku rasa kasihan dengan orang yang menanti entri baru.'
TERASA kot =,=
Catat Ulasan