Ahad, Jun 19, 2011

Tak semestinya cerita lelaki dan perempuan adalah cerita jiwang.

Memang kelihatan macam segedik je aku ni, layan '500 days of Summer' dah lebih-lebih dari sepatutnya. Tapi, aku masih nak kaki filem dan bukan kaki filem tengok keindahan cerita ini.

Memang banyak sub-tema yang aku cuba dalami dalam cerita hampir 2 jam ini. Memang banyak.

#1. Perempuan idaman.

Setiap orang ada impian - asas masyarakat korupsi, bini cantik, rumah besar, kereta mahal. OK. Perempuan  yang cantik. Memang impian lelaki untuk bersama perempuan cantik hingga akhir hayat. Sejak akil baligh mereka sudah terima idea ini, samada dari pertuturan sesama rakan remaja ataupun majalah seksi. Wanita idaman tidaklah gemuk, mempunyai figura yang mengiurkan, bibir yang merekah, rambut panjang atau pendek (berdasarkan minat). Tapi, bila dah jumpa seseorang yang dikatakan 'the one' (aku istilahkan 'masa depan'), mereka akan lupa konsep wanita ideal dan idaman, dan akan lebih katakan bahawa, perempuan yang bakal mereka kahwini adalah lebih baik, sebab dia adalah suatu yang realiti.

Maka, mengejar perempuan idaman dan ideal adalah suatu kesilapan.

#2. Cuba, bermaksud peratusnya adalah 50%.

Aku rasa ini memang ramai dah tahu. Memang takut-takut nak tanya samada perempuan itu sudah berpunya atau belum. Atau persoalan lain, adakah betul-betul perempuan suka pada dia atau tidak. Jadi dari duduk membatu, untuk kepastian maka bertanya.

Jadi, jangan buat kesimpulan awal pada permulaan pertemuan - ini kebiasaan kesilapan lelaki.

#3. Semua yang berlaku kadangkala luar batasan, dan kebetulan.

Setiap hari ini, kita bertemu ramai orang (aku sudah ada batasan untuk berjumpa orang atas dasar masa). OK, cuba singkap kisah bagaimana mak dan bapak kau bertemu. Cuba pula kau tanya bagaimana makcik kau berjumpa pakcik kau. Aku kadangkala memikirkan, bagaimana seorang pegawai bank bertemu dengan seorang kakitangan konsulat. Dalam kes kawan aku, bagaimana seorang jurutera berjumpa seorang jururawat hospital jantung. Macam pakcik aku, bagaimana seorang posmen berjumpa cikgu sekolah.

Aku simpulkan, ini semua kebetulan dan niat hati untuk meneruskan apa yang dikatakan 'kebetulan'.

#4. Kembali melihat sejarah, lupa yang hitam dan mengambil yang manis.

Aku masih tak faham idea filem ini, yang disebut oleh budak kecil pada scene bola sepak.

Look the past, trying to remember good things.

#5. Peranan kad ucapan, adalah sekadar 'third party'.

Kad ucapan untuk hari bersejarah manusia - selamat hari lahir, selamat bergraduai, selamat dan selamat. Memang benar lirik lagu, kad ucapan adalah pengganti diri. Tapi, ada kalanya ucapan yang tertulis pada kad itu (bukan ditulis oleh pen, tapi dah siap sedia cetak) tak mencerminkan perasaan si pemberi kad itu sendiri. Bukankah itu satu pembohongan?

Adakah kad suatu yang relevan sebagai 'pengganti diri' lagi? Emel pula?









Aku merapik je malam ini. Last scene 500 days of Summer, memang adalah super-duper-osem.

Setiap lelaki itu berfikiran logik, sukar menerima alasan andaikata tidak diterima.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

Unknown berkata...

aku menanti filem "500 Days of Autumn", nama perempuan yang dia jumpa masa interview tak silap. kalaulah ada.

Tanpa Nama berkata...

tak tau kenapa aku benci cite tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...