Masa sekolah rendah, aku ada seorang kawan. Banyak kali sama kelas dengan aku. Dia adalah semacam 'guru' aku dalam mengajar bahasa Inggeris. Dulu agak kekampungan sekolah rendah aku. Dia pula lahir kat UK, kira bersepahlah juga cakap English. Banyak kali aku tiru dia masa sesi kuiz.
Aku suka kalau ada lawan bila dalam belajar ini. Kiranya dia adalah 'rival' aku secara positif. Dia lah yang selalu bagi aku pinjam Gameboy dia main game 'Adventure of Doraemon'.
Dah lama tak jumpa dia, selepas habis sekolah rendah. Tapi dia muncul semula dikala lagi 2 hari lagi aku nak pergi Korea. Dia datang ke rumah aku, tanya pasal persiapan apa semua. Dia teringat nak jumpa aku atas sebab kawan dia adalah kawan aku. Memang terharulah juga, kalau rakan lama ingat kat kau, kan.
Laluan aku dengan dia berbeza.
Aku seorang jurutera dia bakal seorang doktor.
Sebulan yang lepas dia telefon. Dia telefon nak jumpa aku.
Dia datang bawa sekeping kad hitam, dalam balutan plastik.
Kad perkahwinan.
...
Dalam hati, memang aku menyebut, "Dah nak kahwin dah rupanya,".
Sabtu ini, bak kata orang putih, by hook or by crook aku memang akan pergi majlis perkahwinan dia. Aku plan nak ajak sesiapa jadi peneman aku berborak dan rakan melantak ketika majlis perkahwinan itu nanti.
Tapi setelah aku baca entri Hanis Zalikha ini, aku rasa akan pergi berseorangan. Janji tidak akan menimbulkan apa-apa persepsi dari kawan aku yang nak berkahwin ini.
Hope for the best, prepare for the worse.
Kebosanan mencipta kelainan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan