Rabu, Jun 22, 2011

Efek kopi sampai waktu ini, pukul 1.22 pagi.

Kalau aku pergi pam petrol, memang aku jarang masuk ke dalam beli air. Kalau masuk pun sebab rasa nak cucuk duit tapi kalau ada ATM lah.

Hari ini, sebelum aku ke kaunter bayar duit minyak, aku merayau-rayau ke dalam Mesra. Benda aku cari adalah air tin. Aku memang gembira tengok seleksi air tin di Malaysia. Pelbagai dan penuh variasi. Sebenarnya aku nak minum air oren yang ada sampah-sampah tu (Peel Fresh yang ada pulp oren), tapi mata aku melirik manja ke seleksi air tin Nescafe.

Biasa aku layan Mocha, Black, dan Original je. Tapi hari ini aku jumpa satu perisa yang semacam menarik.

Ipoh White Coffee.



Sebenarnya dah lama keluar. Bodoh, rasa segan.

Cuma ini kali pertama aku jumpa. Aku minum pukul 10 malam ketika menyiapkan projek paper. Efeknya....sampai kala ini aku tak tidur. Rasa dem.

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

han eba berkata...

fikir dahulu sebelum minum. HAHAA

nil berkata...

tak boleh aku minum kopi malam2. mesti menyesal pasal x boleh tidor.

azzam el-lubawi berkata...

bro..mmg power efek dia..kalu p study2 ok le mcm aku..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...