Khamis, Jun 16, 2011

Pencetus kata yang baik, orang yang mampu menjual ais krim kepada orang Eskimo.

Ayat diatas adalah berkaitan dengan kerjaya aku sekarang, secara sampingan.



Dah hampir sebulan, aku telah siapkan satu cerita untuk membolehkan seseorang mengeluarkan kewangan bernilai setengah juta. Memang rasa lain macama la, sebab kali pertama aku nak pujuk orang untuk keluarkan satu nilai yang aku tak mampu nak pegang. 

Untuk aku buat pujuk rayu kepada member sebaya suruh keluarkan duit belanja air kopi aku tu biasalah. Setakat not 10, 50. Bila aku kata, aku nak keluarkan amaun besar, semua orang senyum. Senyuman untuk budak baru macam aku. 

Jadi bergeraklah aku tanpa tahu cerita sebenar.

Bila sampai satu tahap, aku anggap itu 'phail'. Terasa 'phail'. 'Phail', 'phail', 'phail'.

Jadi berita 'phail' aku itu sudah tersebar secara senyap-senyap. 








Jadi, hari ini aku belajar satu benda, perniagaan. 2 jam aku analisis kegagalan aku dalam bidang niaga. Lalu ada orang menyimpulkan satu petua.

"Kalau kau nak pandai niaga, cuba kau fikir satu benda yang paling simple - jual ais krim. Macam mana kau nak jual ais krim kepada orang Eskimo?"

Ada satu idea, meletakkan pelanggan itu sendiri, orang Eskimo ke Afrika. Dengan itu, mereka akan menghargai ais krim. Kalau jual ais krim dimana orang Eskimo itu menetap, memang tak akan laku.





Baru aku faham kenapa kebanyakan jurutera berhenti kerja selepas 10 tahun, dan membuka perniagaan sendiri. Mereka adalah golongan yang menemui kegagalan untuk berniaga pada awal kerjaya mereka.

Tips berguna dari dandeLinoid.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

happycloud berkata...

usaha lagi :) go go fighting ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...