Melalui peredaran masa, ada manusia sekeliling cuba menyiasat karektor kelakuan aku dan bagaimana aku cakap dengan orang lain. Aku dianggap seorang yang misteri, istilah tepat yang sesuai, barangkali?
Hal peribadi memang aku jarang cerita, contohnya, aku tak ada awek, semalam aku keluar tengok wayang X-Men berseorangan, pergi salun rambut dan pergi farmasi cari vitamin. Aku rasa benda itu tak perlu cerita untuk kebanyakan orang. Jadi aku rasa aku perlu diam, sebab tak perlukan?
Tapi aku cerita juga, cuma kepada orang yang aku selesa luahkan perasaan aku minum air Ribena dalam kotak atau susu coklat Dutch Lady. Keselesaan bermaksud aku tak kisah untuk cerita apa sahaja, malah jenis shampoo rambut apa aku pakai, sudi aku bagitahu. Cuma aku tak akan cerita lah, shampoo itu berapa lama.
Kesimpulannya, semakin selesa, semakin rancak aku bicara, usik-usik ke, atau gurau-gurau dan sentiasa tersenyum riang.
Sekarang, aku dianggap orang yang misteri.
Misterikah aku?
Kebosanan mencipta kelainan.
2 ulasan:
misteri sungguh
haaaa...bdk2 scorpio mmg camtu...~!!
Catat Ulasan