Rabu, Jun 22, 2011

Hidup ini sebenarnya adalah hutang.

Memang dalam keadaan sekarang, keperluan itu perlu sangat dipenuhi - terlalu banyak. Tapi sumber penampungan adalah sikit. Lalu alternatifnya adalah berhutang.

Hutang biasa dengar adalah pinjaman belajar, kereta, rumah, sewa rumah dan pelbagai lagi.

Hutang budi bagaimana pula?

Hutang budi dibawa mati.

Hutang budi memang tak akan mampu dibayar. Hari ini, sempena hari Rabu 'Wordless Wednesday', aku mahu rakamkan ucapan penuh kebudian. Blog aku sekarang lebih kepada personal view, bagaimana aku mengharungi zaman bujang aku dengan kerjaya pertama. Bukan lagi seorang pelajar yang bangun lambat tapi masih ke kelas tepat pada waktunya. Blog ini juga telah menulis sejarah aku ketika kali pertama memiliki kamera digital sendiri hingga tahap semi-pro DLSR.

Hari ini aku pulang dengan satu azam yang tak tinggi - aku tak mahu lagi memikirkan sesuatu benda dengan serius. Aku mahu lalui dengan tenang - sebab ketenangan adalah sumber inspirasi aku, selain sikap berada dalam 'kebosanan'.

Aku menulis entri kali ini dengan degupan jantung purata, bukan selepas bermain bola. Maksudnya dengan tenang.

Dalam ketenangan aku ini, aku gundah satu perkara.

Aku tak mahu singkapkan apakah dia.

Cuma, aku mahu kosongkan kepala. Berada dalam rilek, enjoy-enjoy menuntut ilmu seperti yang aku amalkan selalu.









Aku tulis begini, pun pun pun...korang masih baca. Kurius aku!

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

happycloud berkata...

membaca itu jambatan ilmu.

HAHAHA :)

kbai

Nadia berkata...

hahahaha sbb ako org yg kebosanan..~!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...