Antara aktiviti awal aku bila sebulan di Malaysia adalah berjalan-jalan seorang diri, menaiki kereta usang mak aku - kereta yang paling aku sayang.
Aku jalan bukan pandang jalan je, tapi pandang-pandang iklan rumah. Dan pergi ke pameran rumah. Masa itu, slip gaji aku memang tak ada lagi. Aku dapat nasihat daripada orang pengalaman, umur aku dalam lingkungan 20-an adalah paling bagus kalau ada rumah sendiri memandangkan pinjaman rumah akan berada untuk tempoh 25 tahun lagi.
Kalau umur aku panjang lah.
Area Shah Alam, memang rumah bawah RM 150K, tiada. Rumah aku mahu bukan rumah pangsa atau kondominium. Begitu juga untuk rumah baru, area sekitar kawasan membangun di Klang. Ada. Tapi..faham-fahamlah.
Jadi aku memikirkan bahawa, kehidupan untuk generasi aku bakal menanggung keperitan yang teramat pedih. Kos belanja makin mahal, jadi untuk memiliki rumah bakal menjadi suatu yang mustahil nanti.
Pelan aku pasal status kewangan aku telah dilihat orang, yang selama ini aku seorang je tahu.
"Baru kerja, dah ada kereta sendiri, sekarang nak beli rumah? Cepat giler kau ni!"
Memang target aku, ada dua benda itu sebelum umur 30-an.
Bini... nanti dulu aku fikir.
Kebosanan mencipta kelainan.
1 ulasan:
haha, rumah kat shah alam memang la mahal -.- kalau dulu boleh tahan lagi :) tapi selamat berusaha lah ye.
Catat Ulasan