Sabtu, Jun 25, 2011

Pelajar kejuruteraan dan jurutera adalah 2 entiti yang berbeza.

Ini yang dapat aku simpulkan, untuk waktu sekarang.

Dah lama aku tak layan Majalah 3, sebab pengacara yang cun itu sudah kahwin (betulkah?). Jadi hari ini aku layan segmen-segmen yang ada dalam Majalah 3. Topik hari ini pasal kehidupan salah satu masyarakat di Brunei, kehidupan penjual madu lebah asli dan kajian pelajar kejuruteraan mekanikal mengenai produk mereka.

Dalam segmen akhir itu, pelajar ini membuat kajian berdasarkan kuantiti penggunaan air untuk satu sesi basuh kereta. Hasil kajian mereka, merumuskan bahawa kuantiti minimum untuk basuh kereta adalah 8 liter. Pemerhatian mereka mendapati air yang telah dipakai adalah kotor dan tidak mesra alam, disalirkan ke saluran perparitan negara.

Lalu countermeasure mereka adalah - mewujudkan sistem baru basuh kereta. Mereka membawa sebuah tangki air dalam 5 liter, kain lap mikro yang tidak menyebabkan calar pada kereta. Cara basuhan adalah spray air itu pada permukaan kereta dan lap. Apa lagi kandungan pada air atau sabun tidak diterangkan, mungkin itu salah satu projek mereka. Dalam demo mereka, menggunakan 3 orang pekerja menggunakan sistem tadi. Spray dan lap dan proses-proses seterusnya.








Bila aku tengok, memang ada potensi yang baik. Tapi aku kurang setuju.

Bayangkan (kos adalah anggaran);

#Sistem A 
1 orang pekerja = RM 500. 
1 kain lap mikro = RM 10
1 liter air = RM 2 

Kos keseluruhan sistem ini:

--> 3 orang pekerja X RM 500 = RM 1500
--> 3 kain lap mikro = RM 30 (untuk setiap seorang pekerja)
--> 3 liter air = RM 6

Jumlah: RM 1536

#Sistem B (yang biasa orang pakai)
1 orang pekerja = RM 500
1 kain lap biasa = RM 2
1 liter air = RM 2

--> 2 orang pekerja X RM 500 = RM1000
--> 4 kain lap biasa X RM 2 = RM 8
--> 8 liter air = RM 16

Jumlah: RM 1024

BEZA KOS SISTEM A & B = RM 512


Dari beza masa:

Anggaran: Satu kereta mempunyai luas permukaan 1000 cm2

Sistem A: 
1) Spray air pada permukaan : 0.05 s / 10cm2 luas -> 5 s/ 1 biji kereta
2) Lap pertama : 0.3 s / 10cm2 luas                         -> 3s / 1 biji kereta
3) Spray kedua pada permukaan: 0.05s/10cm2 luas ->5s/ 1 biji kereta
4) Lap kedua: 0.3 s/10cm2 luas                                ->3s/ 1 biji kereta
Jumlah masa: 16s

Sistem B:
1) Pancut air menggunakan water jet (0.01s/10cm2 luas -> 1s/1 biji kereta
2) Simbah sabun: 0.3 s/ 10cm2 luas                                 -> 3s/1 biji kereta
3) Pancut air untuk bilasan                                               -> 1s/1 biji kereta
4) Lap pengeringan: 0.3s/10cm2 luas                               -> 3s/1 biji kereta
Jumlah masa: 8s

BEZA SISTEM MASA A&B: 8s

Satu kedai beroperasi selama 6 jam. Bayangkan ada dua kedai basuh kereta X(sistem A) dan Y(sistem B), dengan mengganggarkan operasi berterusan tanpa henti, mana akan dapat banyak pelanggan?

Keuntungan paling maksimum akan berpihak pada yang mana?

Dari segi gred kehijaun, mungkin sistem B tidak bagus sebab membazir air, air pula kena buang. Tapi, rutin perniagaan adalah keuntungan.

Setiap hari, aku dibayar gaji untuk mengkaji benda ini. 

Ilmu kejuruteraan sebenarnya tak perlu hingga masuk universiti baru diajar. Boleh diajar melihat pergerakan pelayan McD, KFC, pergerakan salesman dalam JUSCO, kesesakan kereta dan macam-macam lagi. Ini adalah salah sebab kenapa projek aku bernilai setengah juta tergantung.










Agak sukar hendak akui, apa yang dipelajari selama ini terasa buang masa, sebab tak praktikal untuk alam pekerjaan. Dulu, aku pun ada idea sedemikian rupa. Bila masuk alam realiti ini, baru aku faham kenapa sesetengah idea terlonggok dalam simpanan dokumen bawah meja bilik eksperimen.

Kebosanan mencipta kelainan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...