Ahad, Jun 26, 2011

Anakku Sazali adalah gambaran sebenar Malaysia.

Aku kembali minat untuk jadi pemerhati keadaan, memandangkan kestabilan di tempat kerja. (Kiraan aku bakal stabil bermula bulan depan, harapan). Jadi aku boleh bermain isu-isu yang ada disekitar aku.

Sebelum ini, aku banyak habiskan masa pelayaran internet berkaitan dengan bagaimana membina kekayaan tanpa diketahui orang, perbezaan gaya perbelanjaan mengikut generasi X, Y, Z dan juga kecenderungan orang Malaysia melabur. Pokoknya, aku banyak membaca makalah yang berkaitan dengan kewangan. Aku juga telah menghabiskan lebih RM100 mengenai kajian aku terhadap peratus pengaliran wang masyarakat pertengahan (dinilaikan bukan kepada status sosial, tapi status kewangan, golongan pekerja swasta).

Pagi tadi...aku bangun awal.

Ternampak surat khabar lama, semalam. Mengenai kes video seks Anwar Ibrahim. Aku baca dan selak dari muka surat seterus dan seterusnya. Aku banyak lompong-lompong kosong untuk aku mempertikaikan video itu.

Dalam akhbar itu, menurut pengedar video itu 'sanggup berkorban' demi negara semata-mata nak tunjukkan rakyat Malaysia pemimpin pembangkang itu adalah salah dan gila seks. Ini dah tak masuk akal, yang berkata adalah seorang Muslim maka kata-katanya macam dah tidak berpaksikan agama. Bukankah agama Islam itu menyarankan umatnya menyampai berita-berita yang baik.

Dalam akhbar itu juga, kesahihan video itu telah disahihkan oleh pakar dari US. Kenapa disahihkan oleh satu pihak sahaja. Ini boleh menimbulkan keraguan 'capability' pakar itu dibayar/dirasuah. Siapa yang pilih pakar dari universiti itu? Lagi satu, nama universiti itu...hurm.

Seterusnya, orang sepatutnya tak ada kaitan pun untuk berkata tentang video seks itu memberi komen dan pendapat sendiri. Umpama nak menyuruh makan dengan cerita itu. Padahal video itu tak ada kaitan dengan orang yang memberi komen. Aku andaikan seseorang itu banyak cerita mungkin takut dengan kuasa yang mereka miliki sendiri. Kemusykilan disitu.

Mengenai perhimpunan BERSIH pun satu hal.

Dulu, waktu sekolah aku telah diajar Malaysia adalah negara demokrasi.

Mudah. Negara demokrasi adalah negara yang dibentuk oleh rakyat itu sendiri. Rakyat yang menentukan siapa yang naik, siapa yang memerintah, berkuasa untuk mengetahui bagaimana duit rakyat itu disalirkan. Autoriti di tangan rakyat.

Sekarang, rakyat nak demostrasi yang menuntut sesuatu.

Disebabkan itu, rakyat telah diugut, "Kalau pergi, kau penjawat awam kena buang kerja,"

Rupanya, rakyat kita telah membela tuan yang sangat berkuasa.

Seperti dalam filem allahyarham P.Ramle. Sazali disogok-sogok dengan kekayaan, tapi bila dah ber'kuasa' lupa siapa yang membesarkannya. Seperti kita, memilih wakil rakyat dan ahli parlimen tapi mereka yang membebankan kita dengan kenaikan barang tertentu.










Dari segi pemerhatian aku, remaja sekarang yang aku jumpa dari sekitar 20-an di sini, kadang-kadang je nak buka cerita pasal isu negara. Mereka lebih gemar bertanya apa filem yang sedang ditayangkan di pawagam berhampiran, dengan FB kau main game apa, dengan wang yang diperolehi kau melancong kemana. Nak keluar duit beli suratkhabar pun malas sebab isinya adalah jelik untuk dibaca. Pukul 8 malam, bukan segmen berita. Mungkin siaran langsung EPL dari England, atau siaran ulangan Maharaja Lawak.

Aku baca suratkhabar pun, sekarang suka bermula dari belakang. Skuad Harimau Muda dan keseksian Marsha ditambah wajah Kilafairy.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

han eba berkata...

kah kah kah, keseksian marsha punya pasal,itu duk bacenye. HAHA.

surat khabar asyik cerita politik. politik politik politik. BOSAN -.-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...