Sering kali ditanya, apakah aku buat bila tiba hujung minggu.
Bekerja - kalau diperlukan.
Berjalan, apabila bontot panas duduk dalam rumah.
Membaca - apabila deretan buku dibeli belum dibelek.
Wayang - apabila dalam akhbar digembar-gemburkan kehebatannya.
Makan - apabila ada orang ajak makan.
Basuh kereta - bila kotor.
Shopping - bila pakaian sedia ada sudah sendat.
Ke pasar - mencari stok ikan.
Bila orang ditanya, kenapa aku tak keluar cari awek?
"Rilek. Baru 24."
Aku memang serius memikirkan umur aku 24, tapi aku belum serius ke arah kehidupan berdua yang dikatakan lebih baik. Memang ada memikirkan soal itu. Cuma sekadar persiapan ke arah itu. Tapi belum ada persiapan berada disitu.
Jadi, bila tiba hujung minggu dan aku deskripsikan bagaimana kehidupan hujung minggu berlalu mungkin tanggapan akan mengatakan - hidup aku memang membosankan.
Kalau aku tak bosan, memang tak akan ada penulisan blog lah!
Wiken ini, aku akan melakukan sesuatu yang bakal 'amazing' dalam epik kehidupan aku. Aku mahu jadi insan yang periang, penuh dengan senyuman, membuat lawak bangang dan menceriakan orang lain.
PS: Doakan aku menjadi insan yang hebat tapi pendiam.
Kebosanan mencipta kelainan.
3 ulasan:
Aminnnnnnnn..
kalau macam tu, jangan berdua. kalau berdua, dah tak bosan dah. bila dah tak bosan, tak ada la entri kat blog ni
kau bukan yang periang eh? owh...
Catat Ulasan