Sabtu, Julai 02, 2011

Kenapa kita perlu fikir 5 tahun akan datang?

Aku pernah bermimpi, aku akan menulis entri ini.
Bermimpi mengenai masa depan, tapi bukan 'masa depan'.

Soalan yang paling sukar hendak dijawab ketika sesi interview adalah soalan ini, "Dimana kamu selepas 5 tahun?". Sekarang aku dah habis fasa yang dikatakan permulaan. Fasa yang aku labelkan sebagai kelam-kabut, dan agak gelabah.

Sekarang, aku cuba masukkan nilai efisien dan sistematik, supaya lebih lancar. Paling utama, bukan kerja, tapi masa untuk keluarga, masa untuk diri sendiri berevolusi dan muhasabah.

Secara jujurnya, antara graduan luar negara dan graduan dalam negara ada bezanya. Aku memang akui, itu memang ada. Cuma nampak atau tidak. Dan aku amat respek graduan dalam negara itu sendiri - nilai berdikari mereka lebih dari graduan luar negara. Sebab suasana pembelajaran mereka, barangkali.









Aku telah melakukan berapa diskusi yang telah membuka minda aku, apakah persepsi graduan dalam negara terhadap graduan luar negara. Diskusi itu, sebenarnya boleh dilihat bagaimana keupayaan mereka menjawab soalan interview yang paling mahal ini:

"Where are you in five years?"

Tahun pertama - kerja kerana pengalaman.
Tahun kedua - tingkatkan harga diri, dengan penambahan ilmu.
Tahun ketiga - belum difikirkan.
Tahun keempat - belum juga difikirkan.
Tahun kelima - entah, malas nak fikir.

Tengah brainstorming pecah kepala, apakah nilai aku selepas 5 tahun.

Kebosanan mencipta kelainan.

1 ulasan:

happycloud berkata...

habis brainstorming jgn lupe bagi tahu, ape nilainya. HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...