Ahad, Julai 03, 2011

Langit mendung, menanti cerah - perlu hujan dipertengahan.

Sesuatu hasil memerlukan pengorbanan. Mudah, bukan.
Bagaimana nilai pengorbanan itu adalah ukuran samada kita takut untuk berubah atau titik tolak kearah lain yang lebih mencabar.

Puitis sangat ayat pun, bukan orang yang baca ini faham.

Aku terlalu banyak berfikir. Benda yang ringkas, aku gemar melalui jalan yang sukar. Padahnya, aku sendiri yang ambil risiko sedemikian. Risiko aku tanggung kadangkala tak dapat diluahkan. Itu lah kadang-kadang aku yang dipersalahkan.

OK. Bagi aku 5 minit hirup teh hijau LIPTON.

Aku dah kurang bercerita sesuatu yang lucu. Lucu pun memang ada lucah - topik kurang gemar. Kalau selak-selak balik, kisah lucu aku berlaku dalam kehidupan seharian dan kebanyakannya aku berjalan. Bila kita berada dikawasan keramaian pasti akan melihat 1001 ragam manusia. Dari seribu itu, pasti ada 2-3 yang dilihat akan menggamit jiwa dan meruntun perasaan.

Jumaat lepas aku telah bertemu dengan kejadian orang pengsan depan mata aku, depan aku dalam keadaan duduk menadah tangan doa diantara dua khutbah. Rupanya bukan pengsan, tapi mamat itu tidur.

Sabtu, yakni semalam aku telah melakukan sesuatu yang begitu 'amazing'. Antara episod hebat.

Semalam, kalau sesiapa yang mengikuti kelibat 'status' aku di FB mungkin lihat aku katakan aku hanya bawa cermin mata hitam, sehelai T-shirt dan sebuah kamera. Paginya, aku bersenam. Kemudian aku bersarapan pada pukul 8. Pukul 8.30 pagi aku keluar dari rumah. Sebelum keluar rumah, aku membaca peta Selangor, mengkaji jalan terdekat untuk ke Puchong, Bangi, Kajang dan Seremban.

Sepanjang perjalanan itu (ke Seremban), telah berjumpa kawan-kawan aku yang telah lama tidak bersua, dari masa aku jumpa belum bertunang, jadi dah. Belum berpunya, jadi dah. Dari freelancer, jadi dah tak freelancer. Dari tunang ke kahwin. Dan macam-macam. Ada juga kejadian yang telah memeranjatkan aku bila berjumpa kawan lama, telah mengundang rasa bersalah kepada orang lain.

Apa-apa pun, jodoh itu ditangan Allah. Mungkin aku sebahagian dalam rancangan-Nya untuk dua insan dipertemukan. (aku bukan ejen cari jodoh, OK?)

Selepas itu, aku buat mengikut plan aku - plan yang aku katakan amazing.

Aku tak nak ceritakan.

Bila cerita soal hati pula, mengenai 'keterbukaan hati' aku yang cuba untuk dibuka, aku rasa menemui kegagalan. Gagal. Seolah-olah aku masih tak boleh menerima lagi ketukan hati oleh manusia lain.

Seriyes, gagal!

Andaikata aku terus gagal untuk 3 bulan mendatang, rasanya aku perlu menulis cerpen. Ditemani secawan kopi, cawan itu perlu ada logo Starbucks, sebatang pensil mekanikal PILOT dan sebuah laptop jenama Apple.

PS: Bersedia untuk aktiviti meningkat hormon lelaki - menonton bola sepak.

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

happycloud berkata...

nak sebut jugak, laptop jenama apple -.- DANG

ruzovy berkata...

hati akan terbukak sendiri, insyaAllah

Tanpa Nama berkata...

part rasa bersalah tu mmg lawak!nk usha slect je rs.kadang2 kita tgk mcm x deserved tp ape yg sorg tu da wat smpai dia deserved utk memiliki~renung2kan..

-Sood (bukan nama sbnr)-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...