Ahad, Mei 15, 2011

Ekstrasial Sial, cubaan untuk memuaskan diri.

Sejak aku masuk kerja ni, hanya 2 kali hujung minggu je aku tak OT.

Pandai-pandai lah korang kira waktu jam yang telah aku habiskan.

Minggu ini, aku telah tekadkan apa jua keadaan, masalah itu atau ini, arahan itu atau ini aku akan selesaikan Jumaat lepas dan aku cuba tidak ditarik ke Sabtu dan Ahad. Hoorah!. Aku berjaya untuk itu.

Perubahan drastik ini aku buat supaya aku tak mudah rasa bosan terhadap sesuatu. Tidak bosan dan rasa pagi Isnin aku mengomel, "Adoi, kerja lagi". Aku nak satu yang produktif, dan aku nak mulakan sesuatu itu dengan rasa gembira bukan dalam keadaaan terpaksa.













Bermula malam Jumaat, aku telah isikan pelbagai slot untuk memuaskan diri aku. Bukan pergi cucuk langit atau melepak sehingga ke malam. Cuma, secawan kopi dan duduk di depan komputer membaca benda yang aku minat (sekarang aku minat meneliti gaya bertudung yang pusing-pusing macam helikopter itu). Aku tengok wayang, layan balik Nur Kasih. Malam gi sorak kemenangan MU. Lepas itu cuci lensa aku, dah memikirkan destinasi ambil gambar bulan hadapan.

Aku cuba paksa diri tidur lambat dengan harapan memiliki perasaan bangun pukul 10 pagi. Bangun tidur capai kunci kereta, berjalan-jalan ke selatan Selangor pula.

Untuk rekodnya, aku layan cerekarama, drama Melayu, filem Melayu dan kartun-kartun yang dialih bahasa ke bahasa Melayu.


Orang tanya aku, "Orang muda macam kau ni selalu keluar dating wiken."

Dating? Hurm.

Aku belum dalam keadaan panik lagi.

Kebosanan mencipta kelainan.

3 ulasan:

happycloud berkata...

'sekarang aku minat meneliti gaya bertudung yang pusing-pusing macam helikopter itu'

nak try pakai ke? ;P hahah

Nadia berkata...

nape org lelaki leh curious cara pemakaian tudung itu..????

Asma berkata...

A'ah kan Nadia....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...