Ahad, Mei 15, 2011

Masyarakat Malaysia sebenarnya tengah tension.

Aku dah lama tak tengok berita jam 8. Sebab aku rasa memang ianya suatu yang karut. Baik aku tengok Biggest Loser, sekurang-kurangnya tengok orang gempal berpeluh lagi jujur dari tengok orang politik bermisai lebat dan berperut boroi yang banyak cakap, habuk tak ada.

Peserta Biggest Loser, iktizam nak buat. Memang buat dan nampak hasilnya.

Ini sibuk dok, kata rakyat didahulukan, rakyat paling utama, rakyat adalah penting dalam sesebuah negara. Alih-alih, kau haramkan nasi lemak, kau naikkan gula, kau naikkan harga minyak. Ptuih!

Tahun 90-an, walaupun aku budak sekolah rendah lagi, apa yang aku nampak adalah keselesaan. Selesa untuk keluar rumah berjalan. Sekarang bukan lagi macam itu. Keluar rumah dah ada tol (benda yang paling aku terkejut sejak balik sini). Harga minyak naik, itu tak boleh nak kawal la.

Lagi satu, kes-kes curi besi, pancung orang, tetak tangan, kelar leher, atau sodomi adalah berita yang jarang jadi isu. Paling teruk pun dulu, kes rogol-rogol, kes tangkap basah, kes pecah rumah.

Kiranya pada masa itu, rakyat mampu untuk ke hotel berasmara untuk ditangkap basah. Rumah banyak di pecah pun rumah orang berada. Banyak kali berlaku, bermaksud suasana 10 tahun lalu ramai orang mampu. Kes rogol-rogol ini aku tak berani komen, mungkin sebab dah berduit sangat, nak buat jenayah bosan-bosan, rogol la. Kes dadah pula banyak. Ini menunjukkan, rakyat waktu itu mampu membeli dadah. Jadi penyanyi, jual album dah boleh beli stok dadah setahun kot.

Sekarang, sebab yang sikit pun dah boleh jadi kes jenayah.

Putus tunang, rasa nak bunuh je perempuan itu.
Tengok muka perempuan cantik, tak dapat nak ramas buah dada, simbah asid.
Anak berebut tanah, bakar rumah kat tanah itu.
Suami bengang dengan isteri banyak cakap, gi pancung.

Aku rasa, rakyat Malaysia ini dalam keadaan yang tension.

















Aku tengok Buletin Utama, kes belakang rumah runtuh. Yang datang adalah ahli parlimen itu. TV3 minta penduduk komen. Penduduk komen la, pasal hujan yang kerap dan perubahan cuaca yang tak menentu punca faktor ini.

Kamera dan mikrofon di tala ke arah ahli parlimen itu...

"Ini kerajaan ### la. Bagaimana mereka bertindak, dan melakukan kerja."






Sumpah, aku dah jadi rakyat Malaysia yang tension - dengan media masa.

Zaman aku dulu, Nurul Amalina yang dapat berbelas A cakap dia berjaya sebab rajin tengok berita dan baca Berita Harian.

Aku setuju dengan adik aku, alihkan siaran dari berita ke kartun Doraemon.

Kebosanan mencipta kelainan.

2 ulasan:

han eba berkata...

dunia ni dah berubah. itu satu petanda

Lee Shauran berkata...

too stressed to write. hua3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...